24/10/2026
“Saya kesian tengok anak, takde semangat. Belajar pun tak masuk kepala dan tak fokus. Exam dah dekat.”
Itulah luahan seorang ibu kepada terapis kami di NR Therapy Centre.
Jauh mak ayah ini datang dari Terengganu, membawa anak yang sedang belajar di universiti untuk berikhtiar.
Anak mengalami brain fog, sukar fokus dan low mood. Bila membaca, terasa kosong. Apa yang dibaca susah nak masuk.
Mak ayah mana yang tak risau melihat anak bergelut begitu? Pengajian perlu diteruskan, tetapi nak membaca dan menyiapkan kerja pun terasa berat.
Malam selepas sesi, kami menerima mesej daripada ibunya.
“Alhamdulillah… nampak ada perkembangan positif sikit.”
Sebelum ini, anak kerap menelefon, mengadu bila membaca terasa blank, tak masuk dan tak boleh fokus.
Melihat anak kembali dapat membaca dan membuat kerja, itulah perkembangan yang besar maknanya buat seorang ibu.
Alhamdulillah. Kami turut bersyukur atas perkembangan awal yang dikongsikan ini.
Setiap individu mempunyai perjalanan berbeza, dan keadaan anak masih perlu dipantau dengan sokongan yang bersesuaian.
Terima kasih atas kepercayaan kepada NRTC.
Semoga Allah memudahkan urusan keluarga ini dan mengurniakan ketenangan serta kekuatan buat anak untuk meneruskan pengajian. 🤍
NR Therapy Centre | Bandar Saujana Putra
Rehat berkualiti, sokongan untuk kesejahteraan diri.
Hubungi kami:
https://wasap.my/601116134357