14/08/2026
๐ธ MAJLIS BACAAN YASIN UNIT KEJURURAWATAN HOSPITAL JERANTUT ๐ธ
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin anjuran Unit Kejururawatan Hospital Jerantut pada 14 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Surau Hospital Jerantut.
Majlis turut dihadiri oleh:
โจ Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Hafiz bin Azmi
โจ Ketua Penyelia Hospital, En. Mohd Hafiz bin Abd Ahmid
โจ KPJH, MT Hjh. Zarinah binti Man
โจ Ketua-ketua Unit Hospital Jerantut
โจ Serta warga kerja Hospital Jerantut
Alhamdulillah, sambutan daripada warga kerja Hospital Jerantut amat menggalakkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis kita. ๐คฒ๐ป๐น
Majlis Bacaan Yasin pada hari ini telah dipimpin oleh En. Saiful dari Unit Sajian. Semoga setiap bacaan, doa dan amalan yang kita lakukan bersama mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT. ๐คฒ๐ป
๐ท Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para penyumbang makanan dan minuman pada hari ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Semoga ukhuwah terus terjalin, surau terus diimarahkan dan setiap langkah kita sentiasa mendapat rahmat serta reda Allah SWT. ๐โค๏ธ
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi
Admin: AMN AriEn Hamidun