Hospital Besut - Rasmi

Directions Website Contact the practice

Hospital Besut - Rasmi Dirasmikan pada 17 Julai 1976 oleh KDMM Al Marhum Tuanku Ismail Nasaruddin Shah

Hospital ini telah dibina pada 1975 diatas tapak yang berkeluasan 7.8 hektar bagi mengantikan hospital lama yang beroperasi sebelum perang dunia kedua di Kampung Raja.

𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 (𝐠𝐨 𝐠𝐫𝐞𝐞𝐧) 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 ?Mulakan sekarang 🌐
15/10/2026

𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐣𝐚𝐮 (𝐠𝐨 𝐠𝐫𝐞𝐞𝐧) 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 ?

Mulakan sekarang 🌐

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐀 : 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟓𝐒𝟐 - 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐍susun peralatan dengan kemas, teratur, selamat dan mudah dicapai
15/10/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐀 : 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟓𝐒

𝟐 - 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐍

susun peralatan dengan kemas, teratur, selamat dan mudah dicapai

𝐏𝐢𝐧𝐤 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐁𝐫𝐞𝐚𝐬𝐭 𝐂𝐚𝐧𝐜𝐞𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐞𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟔𝙏𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙒𝙚 𝙍𝙞𝙨𝙚, 𝙏𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙒𝙚 𝙁𝙞𝙜𝙝𝙩!!!Jom bersama kami dalam program...
14/10/2026

𝐏𝐢𝐧𝐤 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐁𝐫𝐞𝐚𝐬𝐭 𝐂𝐚𝐧𝐜𝐞𝐫 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐞𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝙏𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙒𝙚 𝙍𝙞𝙨𝙚, 𝙏𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙒𝙚 𝙁𝙞𝙜𝙝𝙩!!!

Jom bersama kami dalam program Pink Outreach Breast Cancer Awareness Campaigns 2026 anjuran Unit Pembedahan Am, Hospital Besut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Besut!!!

𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗲𝘀𝘂𝘁 & 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗲𝘀𝘂𝘁

📅 Tarikh : 31 Oktober 2026 (SABTU)
📍 Tempat : Taman Rekreasi Agro Darau, Besut
⏰ Masa : 7 Pagi - 2 Petang

✨Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! ✨

🧑🏻‍🩰 Senaman Aerobik /Chair-robic
🩸 Derma Darah
🏥 Pemeriksaan Kesihatan
🎀 Pemeriksaan Saringan Payudara
🦷 Pemeriksaan Gigi
🏕️ Pameran kesihatan awam
🪄 Booth menarik
🎨 Pertandingan Mewarna
🎁 Cabutan bertuah

💗 Luangkan masa bersama keluarga dan komuniti sambil meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, khususnya kanser payudara.
🌸 Datang beramai-ramai!
🌸 Sebarkan kesedaran.
🌸 Jaga kesihatan bersama.







𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧Pada 10 Oktober setiap tahun, masyarakat di seluruh ...
13/10/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧

Pada 10 Oktober setiap tahun, masyarakat di seluruh dunia menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental.

Pada tahun ini, sambutan 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 mengangkat tema “𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗗𝗶𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗶: 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗡𝘆𝗮𝘁𝗮, 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶” yang menekankan kepentingan mendengar pengalaman individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Program PharmaWalk yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu telah menarik penyertaan seramai kira-kira 1,200 orang peserta.

Sehubungan dengan itu pasukan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Besut telah membuka sebuah reruai (booth) kesedaran kesihatan mental dengan kerjasama Unit Farmasi Hospital Besut dan PKD Besut sempena program PharmaWalk.

Reruai tersebut telah menerima kunjungan hampir 100 orang peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti menjawab soalan berkaitan stigma masyarakat terhadap pesakit mental.

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai di samping membetulkan salah faham serta mengurangkan stigma terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Para peserta kelihatan sangat gembira apabila turut membawa pulang pelbagai hadiah apabila menyertai aktiviti di booth psikiatri.

Langkah ini merupakan salah satu usaha berterusan untuk mempromosi kesedaran kesihatan mental bagi memupuk sikap prihatin dan empati serta mewujudkan masyarakat yang lebih memahami dan menyokong kesejahteraan mental.

- oleh MO Psikiatri HOSBES

DI SEBALIK TABIR...PROGRAM JOM SIHAT – CAKNA KESIHATAN SIRI 3 TAHUN 2026 DAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT S...
05/10/2026

DI SEBALIK TABIR...

PROGRAM JOM SIHAT – CAKNA KESIHATAN SIRI 3 TAHUN 2026 DAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PULAU PANJANG, GONG NERING DAN GONG GUCHIL, JERTEH

DIBAWAKAN OLEH HOSPITAL BESUT DAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DENGAN KERJASAMA PKD BESUT SERTA PKPD BESUT

Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Lokasi: Masjid An Nur, Kg. Pulau Panjang, Jerteh.

PROGRAM JOM SIHAT – CAKNA KESIHATAN SIRI 3 TAHUN 2026 DAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA BERSAMA KOMU...
05/10/2026

PROGRAM JOM SIHAT – CAKNA KESIHATAN SIRI 3 TAHUN 2026 DAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG PULAU PANJANG, GONG NERING DAN GONG GUCHIL,

DIBAWAKAN OLEH HOSPITAL BESUT DAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL DENGAN KERJASAMA PKD BESUT SERTA PKPD BESUT

Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
Lokasi: Masjid An Nur, Kg. Pulau Panjang, Jerteh.

Pengisian program:
1) Ceramah mengenai perkhidmatan Unit Kecemasan oleh Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Besut, Dr Ahmad Ghaus bin Ghouse
2) Ceramah Kesihatan Mata, Katarak dan Diabetes Retinopati oleh Pakar Mata Hospital Besut, Dr Nur Atiqah binti Hassan
3) Ceramah Keselamatan Pesakit sesuai tema tahun ini untuk Penyakit Tidak Berjangkit oleh Pakar Perubatan dalaman, Dr Shahira binti Ramli

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian dan mata, booth farmasi, promosi derma organ, derma darah, promosi keselamatan pesakit oleh Unit Kualiti dan ahli Jawatankuasa Keselamatan Pesakit Hospital Besut, booth MySalam, pameran BOMBA, booth Tabung Haji dan Andalusia, Jualan Rahmah dengan pelbagai aktiviti menarik lain.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid An Nur Kg Pulau Panjang, Hj Sanusi bin, ucapan pengenalan mengenai perkhidmatan perubatan di Hospital Besut oleh Pengarah Hospital Besut, Dr. Nor Ilyani binti Hasbullah, diikuti perasmian oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besut, Dato’ Dr. Mohd Johari @ Mohasjone bin Mohamad

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan keselamatan pesakit, pencegahan penyakit kronik, penjagaan kesihatan, di samping mengeratkan kerjasama antara Hospital Besut, ALPH, semua agensi terlibat dan komuniti. Program berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.

21/09/2026

Sempena lawatan YB Menteri Kesihatan, pihak hospital telah memberi walking briefing mengenai kekurangan ruang rawatan untuk petugas merawat pesakit, kesesakan pesakit dan waktu menunggu lama kerana kekurangan sumber dan infrastruktur yang telah berusia dan terhad. Kekangan ini tidak lagi dapat menampung pesakit yang ramai dan perkembangan perkhidmatan kepakaran di hospital ini.

Terima kasih atas keprihatinan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad dan Dato' Dr Mohd Azman bin Yacob dan Dr Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali bersama pasukan BPP KKM atas komitmen untuk menambah baik fasiliti di Hospital Besut.



𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐑. 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐄𝐅𝐋𝐘 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐊𝐄 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆...
20/09/2026

𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐑. 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐄𝐅𝐋𝐘 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐊𝐄 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

TARIKH: 20 SEPTEMBER 2026 (AHAD)

Buat julung kalinya, telah berlangsung lawatan kerja rasmi YB Menteri Kesihatan ke Hospital Besut dan YBMK telah diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBrs, Dr. Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Hariza binti Hussin, TPKN Perubatan JKNT.

Ketibaan dif-dif kehormat telah disambut oleh YBrs Dr Nor Ilyani binti Hasbullah, Pengarah Hospital Besut, Dr Mohd Hazwan bin Ruhimi, Timbalan Pengarah, Pengerusi ALPH Dato' Dr Johari, semua pakar-pakar perubatan, semua ketua-ketua unit, penyelia-penyelia hospital dan ramai anggota Hospital Besut serta Ahli Lembaga Pelawat.

Turut hadir adalah Encik Muhamad Fadzil bin Ali (TPKN Pengurusan), Puan Ruzita binti Awang (TPKN Farmasi) dan Dr. Zaihan binti Othman(TPKN Pergigian), Dr. Badrul Munir bin Mohd Arif Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah dan Dr. Normahizan binti Ahmad wakil Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr. Saifur Rahman bin Muhammad (Pengarah HSNZ) dan Dr. Amran bin Japar (Pengarah Hospital Kemaman).

YB Menteri Kesihatan telah dibawa meninjau keadaan fasiliti Klinik Pakar Oftalmologi, Klinik Pakar Ortopedik, Klinik Pakar Psikiatri, Bilik prosedur Ekokardiografi, Unit Kecemasan dan Klinik Respiratori merangkap ruang rawatan harian (daycare) serta Bilik prosedur endoskopi.

Setelah selesai lawatan diikuti perbincangan dan hasilnya YB Menteri Kesihatan telah meluluskan peruntukan bernilai lebih 4.5 juta untuk menaik taraf beberapa fasiliti kritikal dan untuk perolehan alatan perubatan yang mendesak di Hospital Besut. YB Menteri Kesihatan juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan projek bangunan tambahan iaitu blok surgikal baru di Hospital Besut dalam permohonan Rancangan Malaysia Ke 13 mendatang.

Terima kasih atas keprihatinan yang tinggi KKM untuk menambahbaik capaian masyarakat daerah Besut dan sekitar kepada rawatan kesihatan dan perubatan serta memperbaiki infrastruktur yang uzur dan kritikal di hospital ini demi kemaslahatan penduduk.

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐘𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭, 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan tel...
20/09/2026

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐘𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭, 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Besut, Jerteh Terengganu hari ini.

Hospital ini telah memulakan operasinya sejak ia dirasmikan oleh KDMM Tuanku Ismail Nasaruddin Shah, Sultan Terengganu pada 17 Julai 1975. Sehingga 2025, lebih 180,000 penduduk mendapatkan perkhidmatan di hospital ini. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah wad kecemasan, klinik rawatan pediatrik, obstetrik & ginekologi, klinik ortopedik, oftalmologi dan lain-lain perkhidmatan.

YB Menteri sempat meninjau keadaan fasiliti di wad kecemasan, respiratori dan oftalmologi serta menyantuni pesakit, waris serta petugas kesihatan.

Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBrs, Dr. Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs Dr Nor Ilyani binti Hasbullah, Pengarah Hospital Besut.

📌 LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIAHospital Besut bakal menerima Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Malaysia, ...
19/09/2026

📌 LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Hospital Besut bakal menerima Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada 20 September 2026 (Ahad).

Selamat datang ke Hospital Besut.

Address

Jalan Pasir Akar
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Besut - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Besut - Rasmi:

Shortcuts

Share