26/01/2024
๐ณ๐ปโโ๏ธ..Santai Dhuha
DOSA DI TANGGA MASJID
Nak sentuh perkara kecil sahaja. Begini cerita nya....Jumaat lepas ketika ke masjid, saya berhenti di tangga utama masjid memerhati mereka yang datang ke masjid untuk solat jumaat.
Di tangga masjid telah banyak kasut dan selipar diletak dekat tangga oleh orang yang datang awal. Seorang jemaah yang tiba saya lihat menolak kasut dan selipar dengan kakinya di tangga untuk meletak kasutnya. Datang seorang lagi pun serupa juga, habis lintang pukang kasut orang yang datang awal.
Seorang ustaz tiba tiba menepuk bahu saya bertanya apa yang saya sedang fikirkan. Saya bertanya.
Tidakkah berdosa perbuatan mereka menolak kasut orang lain kerana nak letak kasut sendiri?
Ustaz ini senyum, berdosa katanya, kerana mereka yang datang awal telah mendapat tempat itu sebagai haknya, sama seperti dia mendapat hak di dalam masjid. Mereka yang menolak kasut orang itu mementing diri. Awak datang lewat, carilah tempat yang kosong untuk letak kasut. Yang terlebih baik, kasut di dusun dalam susunan yang tertib, tidak berselerak. Jom kita ubah.
Niat sudah baik untuk bersolat, tetapi disertai perbuatan dosa. Ianya kecil, tetapi mungkin menyakiti hati orang lain. Kita kadang tidak sedar kita mengumpul dosa.
FIKIRKANLAH. MEREKA YANG BERUSAHA MENJADI BAIK, MESTILAH MEMIKIRKAN DOSANYA WALAU KECIL.
Wallahu'alam moga bermanafaat
๐ Allah SWT
๐ Muhammad SAW