06/08/2026
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALMARHUM ISA
Seluruh warga kerja MERT Ambulance Service ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan waris di atas pemergian sahabat kami, Almarhum Isa.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan buat kami semua. Beliau seorang yang amat komited, berdedikasi, dan sentiasa bersiap sedia menabur bakti serta membantu pasukan dalam pelbagai tugasan medical standby. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Almarhum diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah buat Almarhum Isa.