D Aliff Physiotherapy Center

Directions Contact the practice

D Aliff Physiotherapy Center No 3- 02, Jalan Medan Aliff Harmoni 1/1,
81200 Damansara Aliff
Johor Bahru
016-2446949

🏔️ TEKAD: EKSPEDISI GUTHRIE EVEREST 2026 🏔️Sebuah perjalanan yang bukan sekadar menawan puncak, tetapi tentang TEKAD, ke...
12/09/2026

🏔️ TEKAD: EKSPEDISI GUTHRIE EVEREST 2026 🏔️

Sebuah perjalanan yang bukan sekadar menawan puncak, tetapi tentang TEKAD, keberanian, pengorbanan dan semangat untuk terus melangkah walaupun berdepan cabaran. 🏔️💪🏻

Jangan lepaskan peluang menyaksikan dokumentari TEKAD – Ekspedisi Guthrie Everest 2026, yang akan ditayangkan:

📺 Astro30
đź“… 13 September 2026
⏰ 8.00 malam

Kami di D Aliff Physiotherapy Centre amat berbesar hati dan berterima kasih kerana nama kami turut disebut dalam bahagian “Special Thanks” dokumentari ini. ❤️

Satu penghargaan yang sangat bermakna buat kami kerana diberi peluang, walaupun dalam kapasiti kecil, untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini.

Tahniah kepada seluruh pasukan Ekspedisi Guthrie Everest 2026 atas semangat, ketabahan dan pencapaian yang cukup membanggakan.

From rehabilitation to the highest peak — every journey begins with progress.

D Aliff Physiotherapy Centre
STRIVE 4 PROGRESS 🏔️💪🏻

11/09/2026

Hari Keluarga Pusat Dialisis & Kesihatan MBBU 2026 ❤️

Bukan sekadar berkumpul, tetapi mengeratkan silaturahim, menghargai kebersamaan dan mencipta memori bersama.

Alhamdulillah, satu pengalaman yang cukup bermakna di Swiss-Garden Hotel Melaka pada 5 & 6 September 2026.

“Peradia Disantuni, Ukhuwah Diberkati.”

Semoga ikatan yang dibina terus kukuh, dan setiap usaha dalam menjaga kesihatan serta kesejahteraan komuniti terus dipermudahkan. 💪🏻❤️

📍 Melaka Bandar Bersejarah

D Aliff Care Center

To every dedicated Physiotherapistwho restores strength, inspires hope,and helps people take one step closerto recovery ...
08/09/2026

To every dedicated Physiotherapist
who restores strength, inspires hope,
and helps people take one step closer
to recovery every day

Happy Physiotherapy Day


MovementForAHealthierTomorrow Strive4Progress DAliffPhysiotherapyCentre

D Aliff Physiotherapy Centre X Zero9 AcademyKenali diri. Kenali potensi. Capai prestasi terbaik!Setiap atlet mempunyai k...
03/07/2026

D Aliff Physiotherapy Centre X Zero9 Academy

Kenali diri. Kenali potensi. Capai prestasi terbaik!

Setiap atlet mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Di D Aliff Physiotherapy Centre, kami membantu mengenal pasti tahap prestasi semasa serta risiko kecederaan agar latihan yang dijalankan lebih selamat, berkesan dan terarah.

đź“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: CC Perak

🌟 WE’RE HIRING! 🌟D Aliff Physiotherapy Centre sedang berkembang dan kami mencari seorang Female Physiotherapist yang ber...
15/06/2026

🌟 WE’RE HIRING! 🌟

D Aliff Physiotherapy Centre sedang berkembang dan kami mencari seorang Female Physiotherapist yang bersemangat, berdedikasi dan ingin berkembang bersama pasukan kami.

👩‍⚕️ Jawatan: Female Physiotherapist

📌 Kelayakan:
✅ Diploma / Bachelor’s Degree in Physiotherapy
âś… Fresh graduates digalakkan memohon
âś… Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
âś… Minat dalam rehabilitasi muskuloskeletal, sukan dan prestasi atlet adalah satu kelebihan
âś… Mempunyai sikap positif dan semangat kerja berpasukan

đź’Ľ Apa yang kami tawarkan:
✔️ Gaji yang kompetitif
✔️ Insentif prestasi
✔️ Sokongan CPD & pembelajaran berterusan
✔️ Peluang perkembangan kerjaya
✔️ Persekitaran kerja yang mesra dan profesional
✔️ Pendedahan kepada Sports Rehabilitation & Athlete Performance Testing

📍 Lokasi:
D Aliff Physiotherapy Centre
3-02, Jalan Medan Aliff Harmoni 1/1,
81200 Johor Bahru, Johor

📞 016-244 6949
đź“§ [email protected]

đź“© Hantarkan CV anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang membantu individu bergerak dengan lebih baik, pulih dengan lebih cepat dan mencapai prestasi terbaik mereka.

✨ STRIVE 4 PROGRESS
🏔️ YOUR JOURNEY • YOUR EVEREST

SportsPhysiotherapy PhysioMalaysia Strive4Progress YourJourneyYourEverest

11/06/2026

🔍 Kenali pergerakan badan anda dengan lebih tepat!

@ D Aliff Physiotherapy Centre, kami menggunakan The MAT (Movement Assessment Tool) dan Muscle Meter untuk menilai keseimbangan, kawalan pergerakan, kekuatan otot serta risiko kecederaan.

âś… Analisis pergerakan
âś… Penilaian kekuatan otot
âś… Kenal pasti kelemahan dan ketidakseimbangan
âś… Sesuai untuk atlet dan orang awam

Dapatkan screening anda hari ini dan ambil langkah pertama ke arah prestasi yang lebih baik dan badan yang lebih sihat.

📞 Hubungi: 016-244 6949 untuk tempahan slot.
http://www.wasap.my/60162446949

SportsRehab InjuryPrevention AthleteProfiling :::

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Khafiz Al Kicok atas pencapaian luar biasa berjaya menawan gunung tertinggi...
04/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Khafiz Al Kicok atas pencapaian luar biasa berjaya menawan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest pada 18 Mei 2026.

Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha dan komitmen En. Khafiz dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Kepercayaan yang diberikan menjadi motivasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan fisioterapi yang terbaik, profesional dan berkualiti kepada setiap pesakit.

🏔️ Tahniah En. ! Anda membuktikan bahawa langit bukanlah hadnya, malah puncak Everest juga mampu ditawan.

21/05/2026

TAHNIAH SAUDARA KICOK, ANAK JOHOR TAWAN PUNCAK EVEREST!!!

Alhamdulillah. Tahniah & Syabas buat Saudara Mohd Khafiz Bachok Khafiz Al Kicok atau lebih dikenali dengan panggilan Kicok, anak Johor dari Pontian!

Pada sekitar jam 7.39 pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu (18 Mei 2026), di ketinggian 8,848.86 meter, tepat di puncak tertinggi bumi, Gunung Everest, anak Johor ini telah menulis sejarah dan telah menghunjamkan semangatnya tepat di puncak tertinggi bumi dalam ekspedisi musim bunga 2026 bersama pasukan dari Mongolia dan Nepal.

Ini bukan kejayaan pertamanya. Saudara Kicok telah membuktikan dirinya kepada dunia melalui beberapa kejayaan:

🏔 Gunung K2 (8,611m) — Gunung ke-2 tertinggi dunia, individu ke-5 Asia Tenggara yang berjaya menawan puncaknya

🏔 Gunung Manaslu (8,163m) — Gunung ke-8 tertinggi dunia, Pasukan Malaysia pertama

🌍 Tiga Puncak Tertinggi Benua — Telah ditawan dengan penuh keberanian

🏔 dan terbaharu, Gunung Everest (8,848.86m) — Puncak tertinggi di muka bumi!

Kejayaan ini bukan sekadar catatan peribadi, ia adalah bukti bahawa anak-anak Johor mampu mencapai apa yang orang kata mustahil.

Semoga semangat Saudara Kicok menjadi ilham kepada generasi muda Johor untuk terus mendaki, tidak kira di puncak gunung, mahupun di puncak kehidupan.

Tahniah sekali lagi, Saudara Kicok! Seluruh Bangsa Johor berbangga dengan anda!

Onn Hafiz Ghazi
MAJU JOHOR

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah

Address

No 3, Jalan Aliff Harmoni 1/1, Damansara Aliff Johor Bahru 07-2446611
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D Aliff Physiotherapy Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D Aliff Physiotherapy Center:

Share