29/01/2023
Workation
Minggu ni saya dijemput oleh pihak hospital Gleneagles Kota Kinabalu sebagai pakar bius untuk pembedahan bypass jantung.
Bila sampai di KK saya terus pegi hospital untuk jumpa pesakit sebelum pembedahan esoknya.
Bapak A datang jauh dari Indonesia. Ambik 2 flight ke Kota Kinabalu semata-mata nak jumpa Dr Talal, pakar bedah jantung di sini.
Bila ditanya kenapa sanggup travel jauh ke KK, dijawabnya sebab Dr Talal ni direkemen oleh kawannya dan dia memang again terkenal di sana. Begitulah power word of mouth marketing.
Saya terharu kerana dijemput untuk kes ni pun atas dasar word of mouth juga.
Selepas selesai jumpa pesakit dan staf Dewan bedah, saya dibawa untuk check-in hotel yang disediakan oleh pihak hospital.
Bila sampai hotel, terdetik dalam hati 'wow aku pegi keja ke holiday nih'. Kira workation - work + vacation gittew. Memang cantik Magellan Sutera Resort ni. Ramai awek Korea kt sini ðŸ¤
Pembedahan bypass jantung Bapak A dibuat keesokan hari. Dalam kes macam ni kami kena lebih berhati-hati kerana dia ada 3 saluran darah jantung tersumbat teruk, tambah lagi saluran utama jantung (left main stem) tersumbat 90%.
Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan sangat lancar. Dr Talal memang sangat berpengalaman (otai) dan sangat teliti.
Pembedahan selesai waktu petang, malamnya tiub pernafasan sudah dicabut. Esok pagi sudah boleh duduk atas kerusi dengan selesa. Sakit pun dikawal baik dengan pain intervention. Petang sudah discaj keluar dari ICU ke wad.
Dua adik-beradik yang menemani Bapak A sangat puas hati dengan rawatan dan layanan yang diterima, langsung buat booking untuk health check-up di sini.
Saya juga terharu dengan layanan mesra Dr Talal dan staf Gleneagles Kota Kinabalu. CEO Dr Tan siap melawat ke ICU bertanya keadaan pesakit, dan siap bawak belanja dinner makan seafood lagi tu. So next time kalau mereka jemput saya akan datang lagi sebab they made me feel welcomed.
Apa yang saya belajar dari sini:
- Word of mouth is the best marketing. Strive to be the best you can be, and people will come to find you.
- Good outcome is not good enough. It has to be accompanied by great customer experience.
"people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel"
Disclaimer - pesakit beri kebenaran gambar dipos