28/04/2022
[Amalan Malam Lailatul Qadar]
Cadangan amalan (Siri : 1)
🟢 Bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat, maka usahakanlah:
Tarawih 20 rakaat + 11 rakaat witir. InsyaAllah
🟢 Namun, bagi yang ada kesukaran,
Disebutkan di dalam حاشية الصاوي , bagi mereka yang sukar untuk lama berdiri (menghidupkan Ramadhan), maka ia boleh memilih untuk membaca bacaan yang pahalanya banyak seperti:
1️⃣- Membaca Ayat Kursi
Kerana ia adalah ayat Al-Quran yang paling afdol
Kelebihannya:
وورد أن من قرأها ليلة القدر كان أحب الى الله تعالى من ان يختم القرآن في غيرها من الليالي
"Barangsiapa yang membacanya pada malam Al-Qadr, adalah lebih disukai disisi Allah dari ia mengkhatamkan Al-Quran pada malam-malam lain"
2️⃣- Membaca Ayat terakhir (dua ayat terakhir) surah Al-Baqarah
Kelebihannya:
ورد من قام بهما في ليلة كفتاه
"Barangsiapa yang membaca kedua ayat tersebut, nescaya mencukupi baginya"
3️⃣-Membaca Surah Al-Zalzalah إذا زلزلت
لما ورد أنها تعدل نصف القران
"Ia menyamai setengah Al-Quran"
(Baca 2x = satu Al-Quran)
4️⃣-Membaca Surah Al-Kafirun. Kelebihannya:
لما ورد أنها تعدل ربع القران
"Ia menyamai 1/4 Al-Quran"
(4x= satu Al-Quran)
5️⃣-Membaca Surah Al-Ikhlas. Kelebihannya:
تعدل ثلثه
"Menyamai 1/3 Al-Quran"
(3x=satu Al-Quran)
7️⃣-Membaca Surah Yasin. Kelebihannya:
لما ورد أنها قلب القران وأنها لما قرأت له
"Ia adalah hati Al-Quran dan ia dibaca berdasarkan apa yang diniatkan"
8️⃣- Memperbanyakkan membaca Istighfar,
سبحان الله , الحمدلله، لا إله إلا الله,
Zikir zikir lain, berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ
(ويدعو) بما أحب لنفسه ولأحبابه أحياء وأمواتا
9️⃣- Berdoa apa yang disukai untuk dirinya, orang yang dikasihinya samada untuk orang hidup dan yang telah mati
(ويتصدق) بما تسير له
1️⃣0️⃣- Bersedekah sekadar apa yang mampu
(ويحفظ جوارحه) عن المعاصي
1️⃣1️⃣- Menjaga anggota badannya dari melakukan maksiat-maksiat
1️⃣2️⃣: Membaca doa berikut sebanyak 3x yang kelebihannya:
وقد ورد :
من قال لا اله الا الله الحليم الكريم , سبحان الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم ( ثلاث مرات )
كان كمن أدرك ليلة القدر
Seperti mereka yang mendapat Lailatul Qadar
فينبغي الإتيان بذلك كل ليلة ، قيل : أي من قال ذلك في ليلة يظنها ليلة القدر ولم تكن ليلة القدر وعمل فيها عمل صالحا فإنه يكون عمله فيها كعمل مثل ذلك في ليلة القدر
Maka sewajar untuk membacanya pada setiap malam. Qeela (dikatakan):
"Barangsiapa yang membaca yang ia menyangka ia adalah malam Al-Qadr sedangkan ia bukan malam Al-Qadr lalu beramal soleh padanya, maka sesungguhnya amalannya pada malam tersebut seperti (beribadah) malam Al-Qadr.
والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب
Perhatian: Kelebihan bacaan Al-Quran yang dinyatakan adalah tidak sama dengan mereka yang memperbanyakkan membaca Al-Quran, namun jika boleh menggabungkan keduanya adalah lebih baik dari tidak beramal
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Darul Fath Wal Madad