01/04/2020
TERUS DAPAT MESEJ
Tuan, kenapa tuan kata cengkih boleh membantu menguatkan tenaga batin?
Oklah, Hamba Musafir cuba jawab dari sudut petua dan juga kajian ya. Dahulu pernah juga Hamba Musafir tanya dengan guru-guru lama yang memberikan petua tersebut. Mereka kebanyakkannya bukanlah ahli sains ataupun pengkaji zat-zat yang terkandung dalam cengkih tu. Jadi jawaban mereka lebih cenderung kepada amalan dan permerhatian mereka.
"Adan tengoklah kudup bunga tu (cengkih) , kalau dikhatankan (dibuang kelopak) rupanya tak ubah seperti qalam (kemaluan) kita. Keras ia ketika kering, layu ia setelah dibasah (dikunyah)." Itu sahaja jawaban yang guru beri dan buatkan Hamba Musafir faham maksud yang tersirat disebalik khasiat tumbuhan kecil ini.
Jika dibahaskan dari sudut kajian p**a, syzygium aromaticum ni dari keluarga Myrtaceae. Famili tumbuhan dengan tanda pengenalannya juga kearah terapi bauan. Masa Hamba Musafir kerja di Jabatan Perhutanan dahulu, belum ada Hamba Musafir jumpa didalam hutan. Sebabnya, ia bukan berasal dari tanah melayu. Ianya berasal dari kep**auan maluku Indonesia.
Rasanya yang pedas menggambarkan unsurnya yang bersifat perangsang. Ambilan yang sedikitnya sahaja pun sudah cukup untuk membuatkan banyak air liur yang keluar. Ianya juga bertindak sebagai afrodiak iaitu agen yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.
Hamba Musafir nak nyatakan juga bahawa ianya bukan bermanfaat untuk lelaki sahaja ya. Sebab ianya turut bertindak sebagai emanagog iaitu agen pencetus pengeluaran haid yang sihat. Jadi, mana-mana sahabat yang mengalami masalah senggugut teruk pun boleh buat pengamalan yang sama.
Banyak lagi khasiat cengkih kalau kita kaji sebenarnya tau. Bukan untuk tenaga batin sahaja.
HM Shahdan Shamsudin
-Biar Tak Kaya, Yang Penting Power-