MIND X

Call Directions Website Contact the practice

MIND X Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling Negeri Johor Berikut antara perkhidmatan yang kami tawarkan :

1. Sesi kaunseling secara bersemuka

2. Support Group

4.

Psikososial & Kaunseling atas talian

3. Topik Perbincangan

Perkembangan Individu
Perkembangan kanak-kanak dan remaja
Perkembangan kerjaya
Perkembangan keluarga & Perkahwinan
Perkembangan warga emas
Pengurusan tekanan dan trauma
Keibubapaan
Kesihatan Mental
Pencegahan/Penyalahgunaan dadah dan bahan
Ujian Psikologi

5. Aplikasi Perkhidmatan Kaunseling & Ujian Psikologi Atas Talian

Sila layari website mindx.my untuk keterangan lanjut

14/09/2026
☕✨ SEMBANG SANTAI, INSPIRASI HEBAT! ✨☕Sempena SINAR @ YPKDT 2026 – Sinergi Kasih Johor, jangan lepaskan peluang mengikut...
13/09/2026

☕✨ SEMBANG SANTAI, INSPIRASI HEBAT! ✨☕

Sempena SINAR @ YPKDT 2026 – Sinergi Kasih Johor, jangan lepaskan peluang mengikuti Slot Coffee Talk: “Sembang Santai, Inspirasi Hebat!” bersama Dr. Athrash Sallehan, Doktor Perubatan, Mental Health Advocate dan pengasas Atma Cognitive Centre.

Dalam suasana santai dan dekat dengan masyarakat, perkongsian ini bakal mengetengahkan inspirasi serta pandangan mengenai kesejahteraan mental, kekuatan diri dan bagaimana kita boleh membina kehidupan yang lebih positif dan bermakna. 🌱💜

📅 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi
📍 Dewan Utama, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Tangkak

Program ini merupakan sebahagian daripada kemeriahan SINAR @ YPKDT 2026, yang berlangsung pada 19–20 September 2026, menghimpunkan pelbagai aktiviti kekeluargaan, pendidikan, kerjaya, kesihatan, keusahawanan, pertandingan dan pameran untuk seluruh masyarakat. Untuk maklumat lanjut pengisian program sila layari main page kami @ ypkdt .

💜 SINERGI BERSAMA, SINAR UNTUK SEMUA

HARI BERSAMA PELANGGAN YPKDT Perkhidmatan Psikologi, Kaunseling & Motivasi serta Carevan MIND-X💜 Dekati • Dengar • Bantu...
03/09/2026

HARI BERSAMA PELANGGAN YPKDT
Perkhidmatan Psikologi, Kaunseling & Motivasi serta Carevan MIND-X

💜 Dekati • Dengar • Bantu • Sejahtera

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan s**acitanya menjemput kakitangan kerajaan di Kota Iskandar dan Bangsa Johor yang berhampiran untuk hadir ke Hari Bersama Pelanggan kami.

Satu ruang santai dan mesra untuk mendapatkan khidmat sokongan, perkongsian serta informasi berkaitan kesejahteraan psikologi dan emosi.

✨ Antara perkhidmatan yang disediakan:
🔹 Kaunter Informasi
🔹 Konsultasi Psikologi & Kaunseling
🔹 Saringan Kesejahteraan Psikologi
🔹 Perkongsian Motivasi
🔹 Lawatan Carevan MIND-X

🎁 Menarik!
Dapatkan cenderahati eksklusif daripada YPKDT jika anda hadir bersama kami!

📅 7 September 2026 (Isnin)
⏰ 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Parkir Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar

Jadikan kesejahteraan diri sebagai keutamaan.

Luangkan masa, hadir bersama kami dan temui ruang untuk didengari, difahami dan dibantu. 💜

HARI BERSAMA PELANGGAN YPKDT
Perkhidmatan Psikologi, Kaunseling & Motivasi serta Carevan MIND-X

💜 Dekati • Dengar • Bantu • Sejahtera

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan s**acitanya menjemput kakitangan kerajaan di Kota Iskandar dan Bangsa Johor yang berhampiran untuk hadir ke Hari Bersama Pelanggan kami.

Satu ruang santai dan mesra untuk mendapatkan khidmat sokongan, perkongsian serta informasi berkaitan kesejahteraan psikologi dan emosi.

✨ Antara perkhidmatan yang disediakan:
🔹 Kaunter Informasi
🔹 Konsultasi Psikologi & Kaunseling
🔹 Saringan Kesejahteraan Psikologi
🔹 Perkongsian Motivasi
🔹 Lawatan Carevan MIND-X

🎁 Menarik!
Dapatkan cenderahati eksklusif daripada YPKDT jika anda hadir bersama kami!

📅 7 September 2026 (Isnin)
⏰ 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Parkir Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar (bersebelahan TASKA YPKDT)

Jadikan kesejahteraan diri sebagai keutamaan.

Luangkan masa, hadir bersama kami dan temui ruang untuk didengari, difahami dan dibantu. 💜

🔥 Rasa susah nak berkomunikasi dalam keluarga? Anda tak keseorangan! Stres dengan rutin harian kat rumah sampai pecah pa...
09/04/2026

🔥 Rasa susah nak berkomunikasi dalam keluarga? Anda tak keseorangan! Stres dengan rutin harian kat rumah sampai pecah pale!

Kadang-kadang kita nak faham… tapi jadi salah faham.
Nak luah… tapi tak tahu cara.

💛 Jom sertai Sesi Kaunseling Kelompok
Topik: Komunikasi Dalam Keluarga & Pengurusan Emosi Dalam Kalangan Suri Rumah

✨ Khas untuk wanita (isteri/ibu/suri rumah) yang:
✔️ Nak baiki hubungan dengan suami & anak
✔️ Nak belajar teknik komunikasi berkesan
✔️ Nak ruang selamat untuk berkongsi & didengar

📍 Pejabat YPKDT Iskandar Puteri, Johor
📅 Isnin / Jumaat
⏰ 2 jam sahaja

👩‍🏫 Dikendalikan oleh kaunselor
📲 Scan QR pada poster untuk daftar sekarang!
⚠️ Tempat terhad – Tutup 12 April 2026

📞 DM 016-2700017 (Admin YPKDT).. Taip : KELOMPOK

💬 Kadang bukan tak sayang… cuma tak tahu cara nak sampaikan. Jom belajar bersama.

5-6 April 2026 (Sabtu-Ahad) | Dataran Tasik KluangMenerima jemputan dari pihak Pejabat Daerah Kluang sempena Mehlah Klua...
07/04/2026

5-6 April 2026 (Sabtu-Ahad) | Dataran Tasik Kluang

Menerima jemputan dari pihak Pejabat Daerah Kluang sempena Mehlah Kluang (Kluang Karnival)

Bersama tim YPKDT daerah Kluang dalam menyediakan ruangan pameran khas untuk warga Kluang.

Jika berminat untuk menjemput kami ke acara/program anda, sila hubungi talian MIND-X - 016-2700017 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih.

16/02/2026

UCAPAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YPKDT
SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Negeri Johor khususnya warga kerja, rakan strategik serta para penerima manfaat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Perayaan ini bukan sahaja simbol permulaan yang baharu, malah menjadi lambang perpaduan, kasih sayang dan penghargaan terhadap nilai kekeluargaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat majmuk di negeri kita.

Sebagai agensi yang komited memperkasa rakyat Johor, YPKDT sentiasa mengangkat semangat kebersamaan dan inklusiviti dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan. Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita, dan melalui semangat muhibah inilah kita terus membina masyarakat yang sejahtera, harmoni dan progresif.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati serta berganding bahu dalam membangunkan Bangsa Johor yang lebih cemerlang pada tahun 2026 ini.

Gong Xi Fa Cai.
Semoga Tahun Baharu ini membawa rezeki melimpah ruah, kejayaan berpanjangan dan kebahagiaan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada,
Ketua Pegawai Eksekutif
dan seluruh warga kerja
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Pembukaan Carevan MIND-X Tahun 202614 Feb 2026 (Sabtu) | Felda Tenggaroh  Timur 1Menerima jemputan dari pihak Pertubuhan...
16/02/2026

Pembukaan Carevan MIND-X Tahun 2026

14 Feb 2026 (Sabtu) | Felda Tenggaroh Timur 1

Menerima jemputan dari pihak Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Felda Tenggaroh sempena Program Funwalk Kasih Tenggaroh.

Menyediakan reruai pameran YPKDT daerah Mersing dan bahagian interaktif khas untuk para pengunjung pelbagai peringkat umur.

Jika berminat untuk menjemput kami ke acara/program anda, sila hubungi talian MIND-X - 016-2700017 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih.

12 Feb 2026 | Dewan Seri Mahligai Hospital KulaiMemenuhi jemputan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor khas untuk kak...
13/02/2026

12 Feb 2026 | Dewan Seri Mahligai Hospital Kulai

Memenuhi jemputan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor khas untuk kakitangan Hospital Kulai bagi "Program Wanita Sejahtera (MATAHARI) : Wellness Wanita - Dari Dalam Ke Luar".

Slot yang diberikan bertajuk "Sesi Kesejahteraan Emosi & Mental". Kehadiran kakitangan seramai 60 orang yang terlibat di dalam program ini.



Dalam psikologi, avoidant attachment (gaya keterikatan mengelak) ialah corak emosi & hubungan di mana seseorang sangat b...
03/02/2026

Dalam psikologi, avoidant attachment (gaya keterikatan mengelak) ialah corak emosi & hubungan di mana seseorang sangat berdikari, kurang selesa dengan keintiman, dan cenderung menjauh bila hubungan jadi terlalu rapat.

Ringkasnya: “Aku ok sendiri, tak perlu sangat orang lain.” 😶‍🌫️

Apa itu Avoidant Attachment?

Ia biasanya terbentuk sejak zaman kanak-kanak, bila:

Keperluan emosi sering diabaikan

Penjaga bersikap dingin, tidak konsisten, atau terlalu menuntut berdikari

Anak belajar: “Bergantung pada orang = kecewa”

Sebagai mekanisme perlindungan, emosi dipendam.

Ciri-ciri biasa

Orang dengan avoidant attachment selalunya:

Sukar meluahkan perasaan

Tidak selesa bila pasangan terlalu “clingy”

Mengutamakan kebebasan & ruang peribadi

Elak konflik emosi → diam, menarik diri

Nampak tenang, tapi sebenarnya tak pandai minta sokongan

Dalam hubungan:

Tak s**a komitmen terlalu cepat

Bila pasangan rapat → mereka menjauh

Bila pasangan menjauh → mereka rasa “lega”

Contoh ayat dalaman

“Aku tak perlukan sesiapa pun”

“Emosi ni menyusahkan”

“Kalau aku buka hati, nanti aku terluka”

“Jangan harap orang lain, selamatkan diri sendiri”

Kesan jangka panjang

Jika tidak disedari:

Hubungan jadi cetek atau tidak tahan lama

Pasangan rasa ditolak / tidak dihargai

Sukar bina keintiman emosi sebenar

Emosi terpendam boleh keluar sebagai stress, burnout, atau sinis

Boleh berubah ke?

Ya, boleh. 👍
Avoidant attachment bukan personaliti kekal.

Langkah asas:

Sedar corak sendiri (ini paling penting)

Belajar kenal & namakan emosi

Latih minta sokongan kecil-kecilan

Komunikasi jujur tanpa lari

Terapi (terutama attachment-based therapy) sangat membantu

Bezakan dengan “independent yang sihat”

Independent Sihat Avoidant Attachment

Boleh berdikari & rapat Berdikari tapi takut rapat
Boleh minta tolong Enggan bergantung
Selesa dengan emosi Elak emosi
Ada sempadan Ada tembok

   7-8 Januari 2026 (Rabu & Khamis)Bengkel Fasa Akhir bagi Laporan Projek Penyelidikan Keberkesanan Modul Intervensi Sku...
13/01/2026



7-8 Januari 2026 (Rabu & Khamis)

Bengkel Fasa Akhir bagi Laporan Projek Penyelidikan Keberkesanan Modul Intervensi Skuad MIND-X Tahun 2026 bersama pihak penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diadakan di Hotel Tenera, Bangi selama 2 hari.

Turut serta, Encik Ahmad Najahal Hafriz bin Zulkifli, Ketua Bahagian Pembangunan Kanak-kanak & Remaja YPKDT, Puan Nur Hidayah binti Mohd Assabri, Ketua Unit Kaunseling & Motivasi YPKDT dan Encik Juri Azzuwan bin Kamaruddin, Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Kluang.

Address

Bilik Kaunseling MIND X, Bangunan Dato Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Johor Bahru
79603

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60162700017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIND X posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MIND X:

Shortcuts

Share