06/08/2026
..☀️🔥🥵
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, khususnya antara jam 11 pagi hingga 4 petang, berikutan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Sinaran Ultraungu (UV) pada tahap ekstrem dan sangat tinggi, hari ini.
Berdasarkan semakan di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kota Kinabalu merekodkan bacaan Indeks UV pada tahap ekstrem, manakala Sibu, Kota Bharu, Senai, Bayan Lepas dan Petaling Jaya berada pada kategori sangat tinggi.
Apabila Indeks UV berada pada tahap sangat tinggi, iaitu bacaan lapan hingga 10 atau ekstrem iaitu 11 ke atas, kulit yang terdedah boleh mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat sekiranya tiada perlindungan.
Sumber: Buletin TV3