16/11/2026
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗦𝗣𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
🏆 𝙈𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝙆𝙍𝙀𝘼𝙏𝙄𝙑𝙄𝙏𝙄, 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝙍𝙂𝘼𝙄 𝘽𝘼𝙆𝘼𝙏‼️ 🎨
Setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang Pertandingan Mewarna Simpan SSPN. Pertandingan yang berlangsung pada 14 dan 15 November 2026 ini merupakan antara pengisian menarik bersempena 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮𝗶 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲.
Menerusi pertandingan ini, para peserta berpeluang menampilkan kreativiti, daya imaginasi serta bakat seni masing-masing melalui warna dan hasil karya yang cukup menarik. Setiap karya mencerminkan kesungguhan dan kreativiti luar biasa daripada anak-anak yang mengambil bahagian.
Sekalung penghargaan turut diberikan kepada semua peserta, ibu bapa, guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Setiap penyertaan membawa nilai tersendiri dan setiap bakat wajar diraikan. 💙
PTPTN sentiasa komited dalam menyemai kesedaran kepentingan perancangan pendidikan dan budaya menabung sejak usia muda melalui Simpan SSPN. Kerana masa depan yang gemilang bermula dengan langkah kecil yang bijak hari ini!
Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berkarya, teruskan mencipta kejayaan! 🌟