Dr Zubaidi Hj Ahmad

Dr Zubaidi Hj Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr Zubaidi Hj Ahmad, SKUDAI, Johor Bahru.

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Dapatkan kelas kesihatan Dr Zubaidi di https://needsvenue.onpay.my/

HATI BERLEMAK: MASALAH SENYAP YANG RAMAI TAK SEDARRamai orang fikir hati berlemak hanya berlaku kepada mereka yang obes ...
30/07/2026

HATI BERLEMAK: MASALAH SENYAP YANG RAMAI TAK SEDAR
Ramai orang fikir hati berlemak hanya berlaku kepada mereka yang obes atau tidak sihat.

Hakikatnya, ia boleh berlaku walaupun pada individu yang nampak kurus dan aktif.

Hati berlemak berlaku apabila lemak terkumpul berlebihan di dalam hati.

Jika tidak dikawal, ia boleh mengganggu fungsi hati secara perlahan tanpa simptom awal yang jelas.

Antara faktor risiko yang biasa:

❗ Pemakanan tinggi gula dan lemak
❗ Kurang aktiviti fizikal
❗ Berat badan berlebihan atau turun naik
❗ Gaya hidup tidak seimbang

---

KENAPA HATI BERLEMAK BERBAHAYA?

Kerana hati memainkan peranan penting dalam:

🍽️ Metabolisme makanan
πŸ§ͺ Proses detoksifikasi badan
⚑ Penghasilan tenaga

Bila fungsi hati terganggu, seluruh sistem badan boleh terkesan secara berperingkat.

---

TANDA AWAL YANG SERING DIABAIKAN

❗ Mudah letih
❗ Rasa tidak selesa di bahagian perut
❗ Berat badan sukar turun
❗ Kurang bertenaga walaupun rehat cukup

---

APA YANG BOLEH DIBANTU?

Perubahan gaya hidup adalah langkah utama seperti:

βœ… Kawal pengambilan gula
βœ… Kurangkan makanan berproses
βœ… Aktifkan gaya hidup harian
βœ… Jaga berat badan ideal

---

SOKONGAN NUTRISI UNTUK HATI

Selain itu, tubuh juga perlukan sokongan antioksidan untuk membantu keseimbangan dalaman.

Tocotrienol Softgel boleh dijadikan pilihan kerana:

βœ… Bertindak sebagai antioksidan semula jadi
βœ… Menyokong kesihatan sel dan organ termasuk hati
βœ… Membantu keseimbangan sistem badan
βœ… Mudah diamalkan setiap hari & diluluskan KKM
Jika berminat untuk mendapatkan TOCOTRIENOL SOFTGEL, boleh klik link di bawah πŸ‘‡

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor β€’ Coach Wellness A’fiyat
Boleh dapatkan TOCOTRIENOL SOFTGEL di :

🌐 WEBSITE :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house

πŸ›οΈ TIKTOK :

https://vt.tiktok.com/ZS9rS5ousbyRc-6wJwM/

Hari ini saya ingin berkongsi tentang isu viral yang tersebar.Sehingga ramai yang meninggal ubat kolesterol sendiri kera...
30/07/2026

Hari ini saya ingin berkongsi tentang isu viral yang tersebar.

Sehingga ramai yang meninggal ubat kolesterol sendiri kerana percaya pada kenyataan kononnya ubat statin boleh menyebabkan dementia.

β€œUbat kolesterol yang dimakan bertahun-tahun… boleh menyebabkan demensia?”

Ramai warga emas mula risau apabila mudah lupa, sukar fokus atau mengalami brain fog selepas mengambil statin.

Namun, berdasarkan bukti semasa, statin tidak terbukti menyebabkan demensia, jika tahap kolesterol dalam julat normal.

Malah, ada kajian besar menunjukkan pengguna statin mungkin mempunyai risiko demensia yang lebih rendah.

Jadi, mengapa sesetengah pesakit tetap mengalami masalah ingatan?

Adakah kerana statin… atau sebenarnya disebabkan strok kecil, diabetes, tekanan darah tinggi, kekurangan vitamin B12, masalah tiroid, kurang tidur atau ubat lain?

Jangan terus hentikan statin sendiri. Punca sebenar perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

Dalam Kelab A’fiyat Dr Zubaidi, saya akan kongsikan pemeriksaan yang perlu dibuat dan cara menilai sama ada masalah ingatan benar-benar berpunca daripada ubat atau masalah kesihatan lain.

Jom sertai kami.

Terima kasih

Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Doktor Perubatan dan Coach Wellness A'fiyat.

30/07/2026

ALAHAN PADA UBAT AMOXICILLIN
"Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya mohon pandangan doktor.

Saya mengalami alergi teruk terhadap kebanyakan antibiotik dari kumpulan pen*silin, dan amoxicillin memberikan kesan yang paling kuat terhadap saya.

Setiap kali saya tersilap mengambilnya β€” sama ada dalam bentuk ubat atau suntikan β€” saya akan mengalami beberapa reaksi yang sangat menakutkan, antaranya:

1. Bengkak di muka dan mata, mata jadi berair dan terasa seperti ada pasir yang menggesel di dalamnya.

2. Panas di dada dan tekak, diikuti dengan kesukaran bernafas yang ketara kerana saluran pernafasan terasa bengkak dan sempit.

3. Kulit saya juga menjadi merah, panas, dan seperti melecur, seolah-olah terkena air panas.

4. Jantung saya berdegup laju, saya berdebar dan menggigil, dan pernah satu ketika saya hampir pengsan kerana tidak dapat bernafas dengan betul.

Saya sudah maklumkan perkara ini kepada doktor setiap kali mendapat rawatan, tetapi saya tetap takut jika berlaku kecemasan dan saya tidak dapat berkomunikasi ketika itu.

Persoalan saya:

1. Apakah yang saya perlu lakukan untuk melindungi diri saya dalam situasi kecemasan, contohnya jika tidak sedarkan diri?

2. Perlukah saya memakai gelang amaran perubatan atau menyimpan kad kecemasan dalam dompet?

3. Adakah terdapat ujian tertentu untuk menentukan ubat antibiotik yang benar-benar selamat untuk saya?

4. Patutkah saya menyimpan EpiPen atau antihistamin seperti cetirizine atau prednisolone bersama saya setiap masa?

5. Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh saya ambil apabila menerima rawatan di klinik atau hospital?

Saya sangat menghargai pandangan dan nasihat Dr Zubaidi.

Semoga Allah terus memberkati usaha doktor dalam menyampaikan ilmu dan membantu masyarakat.

Terima kasih."

********

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas perkongsian yang jujur dan penting ini. Apa yang puan alami adalah satu bentuk alergi ubat serius, dan berdasarkan gejala yang puan nyatakan, ia sudah masuk ke tahap anafilaksis – satu reaksi alergi yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

---

Kenapa Ini Berbahaya?

Reaksi seperti bengkak muka dan tekak, kesukaran bernafas, kulit melecur, dan berdebar serta menggigil menunjukkan sistem imun anda menyerang tubuh sendiri akibat kehadiran ubat tertentu.

Bila saluran udara bengkak, oksigen tidak dapat sampai ke paru-paru β€” ini boleh menyebabkan pengsan, kerosakan organ, bahkan kematian.

Apa yang puan boleh lakukan sekarang :

1. Wajib maklumkan kepada semua penyedia rawatan kesihatan

βœ… Letakkan label Alergi PENISILIN – Risiko Anafilaksis dalam setiap rekod klinik, hospital, farmasi atau aplikasi kesihatan.

2. Pakai gelang amaran perubatan (Medical Alert Bracelet)

βœ… Penting jika anda tak sedar diri – gelang ini akan maklumkan pasukan perubatan agar tidak berikan ubat yang boleh membahayakan anda.

3. Simpan Kad Kecemasan (Emergency Card)

βœ… Letakkan dalam dompet dan telefon. Tulis: "Saya alergi teruk pada semua ubat pen*silin, termasuk Amoxicillin. Risiko anafilaksis. Jangan beri tanpa pengesahan doktor.".......

************

Link penuh artikel di :

ALAHAN PADA UBAT AMOXICILLIN β€œAssalamualaikum Dr Zubaidi, saya mohon pandangan doktor. Saya mengalami alergi teruk terhadap kebanyakan antibiotik dari kumpulan pen*silin, dan amoxicillin memb…

KENAPA ADA ORANG MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT?Pernah Terfikir Kenapa Sesetengah Orang Selalu Sakit?Ada orang walaupun muda ...
29/07/2026

KENAPA ADA ORANG MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT?
Pernah Terfikir Kenapa Sesetengah Orang Selalu Sakit?

Ada orang walaupun muda dan aktif, kerap dijangkiti selesema, demam, atau mudah letih.

Kadang-kadang kita fikir ia disebabkan cuaca atau tekanan kerja semata-mata, tetapi sebenarnya tubuh memerlukan sokongan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat dan bertenaga.

----

APA YANG BERLAKU DALAM TUBUH?

Tubuh kita terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh melemahkan sistem imun:

πŸ‘‰ Pencemaran udara dan persekitaran
πŸ‘‰ Tekanan fizikal dan mental
πŸ‘‰ Kurang tidur atau rehat tidak cukup
πŸ‘‰ Diet yang kurang seimbang

Jika badan tidak mendapat nutrien penting, terutama Vitamin C, sistem imun tidak dapat berfungsi dengan optimum. Ini membuatkan tubuh lebih mudah dijangkiti penyakit walaupun kita masih muda.

----

MANFAAT VITAMIN C UNTUK TUBUH

Vitamin C membantu tubuh melawan faktor-faktor ini dengan cara:

βœ” Menyokong sistem pertahanan badan secara semula jadi
βœ” Bertindak sebagai antioksidan melawan radikal bebas
βœ” Membantu tubuh pulih selepas tekanan fizikal dan mental
βœ” Menyokong tenaga dan kesejahteraan tubuh sepanjang hari

---

KENAPA VITAMIN C?

βœ” Memberikan sokongan Vitamin C harian yang lengkap
βœ” Mudah diambil, sesuai untuk gaya hidup moden
βœ” Membantu tubuh kekal sihat dan bertenaga
βœ” Kualiti dipercayai dan terbukti
Sesuai untuk mereka yang:

πŸ”Ά Mudah jatuh sakit walaupun muda
πŸ”Ά Cepat penat sepanjang hari
πŸ”Ά Kurang makan buah dan sayur
πŸ”Ά Mahu menyokong sistem imun secara konsisten

Tubuh yang kuat dan sihat bermula dari nutrien yang mencukupi setiap hari.

Jangan tunggu badan memberi amaran lebih serius.

Mulakan langkah menjaga kesihatan dari sekarang dengan Vitamin C Nutriforte. πŸ’›
Jika berminat untuk mendapatkan VITAMIN C NUTRIFORTE, boleh klik link di bawah πŸ‘‡

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Coach Wellness A’fiyat
Boleh dapatkan VITAMIN C NUTRIFORTE di :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/non-acidic-vitamin-c-1000mg-with-bioflavonoids-60-s-

DIET KETAT TAPI BERAT TAK TURUN? INI SEBABNYARamai sangka lagi ketat diet, lagi cepat kurus.Hakikatnya… diet terlalu ket...
29/07/2026

DIET KETAT TAPI BERAT TAK TURUN? INI SEBABNYA
Ramai sangka lagi ketat diet, lagi cepat kurus.

Hakikatnya… diet terlalu ketat boleh buat badan jadi lebih susah turun berat.

Bila anda terlalu berlapar atau sekat makan secara ekstrem, tubuh akan masuk mode β€œsurvival”.

----

Apa yang berlaku?

β€’ Metabolisme jadi perlahan
β€’ Badan simpan lebih banyak lemak
β€’ Otot mula berkurang
β€’ Mudah penat & cepat putus asa

Akhirnya… makan sedikit pun berat tetap tak turun.

----

✨ BILA MAKAN DENGAN CARA BETUL:

β€’ Metabolisme kekal aktif
β€’ Badan rasa selamat, bukan tertekan
β€’ Lemak lebih mudah dibakar
β€’ Tenaga lebih stabil sepanjang hari

----

BUKU INI SESUAI UNTUK:

βœ” Wanita yang dah cuba diet ketat tapi gagal
βœ” Individu yang cepat putus asa dengan diet
βœ” Yang mahu cara lebih realistik & konsisten

πŸ“– Buku Diet Intermittent Fasting Gaya Wanita ajar cara turunkan berat tanpa perlu diet ekstrem. Pendekatan yang lebih lembut ini bantu tubuh kekal seimbang dan tidak stress.

----

πŸ’› Jangan seksa badan untuk kurus. Bila tubuh rasa selamat, barulah lemak sedia dilepaskan…
Ingin dapatkan Buku Diet Intermittent Fasting Gaya Wanita, boleh klik link di bawah πŸ‘‡

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Coach Wellness A'fiyat
Boleh dapatkan Buku Diet Intermittent Fasting Gaya Wanita di πŸ‘‡

https://needsvenue.onpay.my/order/form/ifwanita

KENAPA DOKTOR SELALU NASIHATKAN PESAKIT SUPAYA KURANGKAN MAKANAN YANG DIPROSES?Ramai yang bertanya kepada saya..."Doktor...
29/07/2026

KENAPA DOKTOR SELALU NASIHATKAN PESAKIT SUPAYA KURANGKAN MAKANAN YANG DIPROSES?
Ramai yang bertanya kepada saya...

"Doktor, kalau saya makan makanan segera sekali-sekala, tak apa kan?"

Sekali-sekala mungkin bukan masalah.

Tetapi jika ia menjadi rutin hampir setiap hari...

Badan akan menerima kesannya sedikit demi sedikit.

---

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MAKANAN DIPROSES?

Makanan diproses ialah makanan yang telah melalui pelbagai proses sebelum sampai ke pinggan kita.

Contohnya:

βœ” Nugget

βœ” Sosej

βœ” Burger segera

βœ” Mi segera

βœ” Minuman manis dalam botol atau tin

βœ” Kudapan yang tinggi garam, gula dan lemak

Makanan ini memang mudah dan cepat.

Tetapi jika diambil terlalu kerap, ia boleh menyebabkan pengambilan gula, garam dan lemak menjadi berlebihan.

---

KESANNYA BUKAN BERLAKU DALAM SATU HARI

Ramai berkata...

"Saya makan macam ni bertahun-tahun, tak ada apa-apa pun."

Hakikatnya...

Perubahan kesihatan selalunya berlaku secara perlahan.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada:

βœ” Peningkatan kolesterol

βœ” Trigliserida yang tinggi

βœ” Pertambahan berat badan

βœ” Lemak di hati (fatty liver)

βœ” Risiko penyakit metabolik

---

KENAPA OMEGA-3 MENJADI SALAH SATU NUTRIEN YANG DIBERI PERHATIAN?

Dalam masa ramai mengambil makanan diproses...

Ramai juga sebenarnya kurang mengambil ikan laut berlemak.

Sedangkan ikan laut merupakan sumber semula jadi EPA dan DHA.

Omega-3 (EPA & DHA) membantu:

βœ” Menyokong kesihatan jantung

βœ” Menyokong kesihatan salur darah

βœ” Membantu keseimbangan trigliserida

βœ” Membantu mengurangkan keradangan dalam badan

βœ” Menyokong fungsi otak

---

NV FISH OIL sesuai untuk :

βœ” Individu yang kurang makan ikan laut berlemak

βœ” Mereka yang kerap makan di luar

βœ” Individu yang mahu menyokong kesihatan jantung

βœ” Mereka yang mahu menjaga fungsi otak

βœ” Individu yang mahu mengamalkan gaya hidup lebih sihat

---

TETAPI INGAT...

Tiada suplemen yang boleh menghapuskan kesan pemakanan yang tidak seimbang.

Omega-3 akan memberi manfaat yang lebih baik apabila disertai dengan:

βœ” Lebihkan makanan segar

βœ” Kurangkan makanan ultra-proses

βœ” Banyakkan sayur dan buah-buahan

βœ” Kekal aktif setiap hari

βœ” Tidur yang mencukupi

Kesihatan yang baik dibina daripada pilihan kecil yang dibuat setiap hari.

---

RAMAI SALAH FAHAM

❌ "Saya masih muda, jadi boleh makan apa sahaja."

❌ "Kalau ambil suplemen, tak perlu jaga pemakanan."

❌ "Makanan diproses tidak memberi kesan jika dimakan setiap hari."

Hakikatnya...

Suplemen hanyalah pelengkap.

Asas kepada kesihatan yang baik tetap bermula daripada apa yang kita letakkan di dalam pinggan setiap hari.
Jagalah pemakanan hari ini...

Kerana badan kita akan mengingatinya untuk bertahun-tahun akan datang.
Berminat ingin mendapatkan NV FISH OIL, boleh klik link di bawah πŸ‘‡

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Coach Wellness A’fiyat
Boleh dapatkan NV FISH OIL di :

🌐WEBSITE

πŸ‘‰ https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/new-fish-oil-500mg-60-softgels

Boleh dapatkan Promo Kombo NV FISH OIL untuk 3 botol :

πŸ‘‰ https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-combo-jimat-omega3-3-unit-nv-fish-oil-

πŸ›οΈ LAZADA :

πŸ‘‰ https://shorturl.at/3Gt7T

πŸ“¦TIKTOK :

πŸ‘‰ https://vt.tiktok.com/ZS9rSuJkeRM21-22YgA/

JANTUNG TAK SAKIT, TAPI KENAPA BADAN ASYIK LETIH?Ini antara soalan yang sering ditanya."Doktor, saya dah buat pemeriksaa...
29/07/2026

JANTUNG TAK SAKIT, TAPI KENAPA BADAN ASYIK LETIH?
Ini antara soalan yang sering ditanya.

"Doktor, saya dah buat pemeriksaan kesihatan.

βœ… Tekanan darah normal.
βœ… Gula normal.
βœ… Kolesterol terkawal.

Tetapi badan tetap cepat penat dan kurang bertenaga."

Jika anda pernah mengalami keadaan ini, anda tidak keseorangan.

----

KENAPA IA BOLEH BERLAKU?

Walaupun tiada penyakit yang jelas, badan tetap memerlukan tenaga yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Tenaga ini dihasilkan di dalam setiap sel badan.

Apabila penghasilan tenaga berkurang, badan akan mula rasa cepat letih walaupun aktiviti harian tidak terlalu berat.

----

JANTUNG ADALAH ORGAN YANG PALING KUAT BEKERJA

Jantung berdegup tanpa henti setiap hari.

Ia mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan sepanjang masa.

Untuk melakukan tugas ini, jantung memerlukan bekalan tenaga yang berterusan.

----

APA ITU CoQ10?

CoQ10 ialah nutrien semula jadi yang membantu proses penghasilan tenaga dalam sel badan.

Ia banyak terdapat pada organ yang memerlukan tenaga tinggi seperti jantung.

----

KEBAIKAN CoQ10

βœ”οΈ Membantu menghasilkan tenaga dalam sel

βœ”οΈ Menyokong fungsi jantung

βœ”οΈ Membantu meningkatkan tahap kecergasan harian

βœ”οΈ Membantu mengurangkan rasa cepat letih

βœ”οΈ Bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel badan

----

SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL CoQ10?

β€’ Individu yang sering rasa letih

β€’ Mereka yang berumur 40 tahun ke atas

β€’ Warga emas

β€’ Pesakit jantung

β€’ Mereka yang mengambil ubat kolesterol

----

CADANGAN PENGAMBILAN:

πŸ’Š Co-enzyme Q10 50 mg sehari

Ambil selepas makan untuk membantu penyerapan yang lebih baik.

----

KESIMPULAN :

Kadang-kadang masalahnya bukan kerana badan "sakit".

Tetapi kerana badan kekurangan tenaga untuk berfungsi pada tahap terbaik.

CoQ10 membantu menyokong penghasilan tenaga supaya jantung dan badan terus kekal cergas setiap hari.

Semoga bermanfaat.
Boleh dapatkan Co-enzyme Q10 melalui link di bawah πŸ‘‡

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Coach Wellness A’fiyat
Boleh dapatkan CoEnzyme Q10 di :

🌐 WEBSITE

πŸ‘‰ https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/coq10-50mg-60-s

πŸ“¦ TIKTOK

πŸ‘‰ https://vt.tiktok.com/ZS9rSmC4saAkU-YEoqC/

ANAK KERAP DEMAM TAK SEMESTINYA BADAN LEMAHRamai ibu bapa fikir demam, batuk atau selsema pada anak hanyalah perkara bia...
29/07/2026

ANAK KERAP DEMAM TAK SEMESTINYA BADAN LEMAH
Ramai ibu bapa fikir demam, batuk atau selsema pada anak hanyalah perkara biasa.

Hakikatnya, jika terlalu kerap berlaku, ia mungkin petanda sistem pertahanan badan anak belum cukup kuat.

Di klinik, saya sering jumpa kanak-kanak yang:

– Mudah selesema
– Cepat dijangkiti batuk di sekolah
– Demam beberapa kali dalam tempoh sebulan

Kenapa ini boleh berlaku?

1️⃣ Sistem imun kanak-kanak masih dalam proses membina kekuatan

2️⃣ Pemakanan harian kurang nutrien penting

3️⃣ Kurang pendedahan kepada makanan seimbang

4️⃣ Aktiviti sekolah yang padat dan keletihan

5️⃣ Kurang tidur dan waktu rehat tidak mencukupi

Masalahnya, imun yang lemah tidak selalu menunjukkan tanda yang jelas.

Kadang-kadang ia hanya muncul sebagai:

– Anak cepat penat
– Mudah dijangkiti selsema
– Lambat pulih selepas sakit

Di sinilah pentingnya sokongan nutrisi yang mencukupi.

----

PERANAN NUTRIEN UNTUK MENYOKONG IMUN ANAK

Nutrien seperti Vitamin C, Vitamin D dan Zink membantu:

βœ” Menyokong sistem pertahanan badan
βœ” Membantu tubuh melawan jangkitan
βœ” Menyokong proses pemulihan selepas sakit
βœ” Membantu anak kekal aktif di sekolah dan ketika bermain

Bila badan mendapat nutrien yang mencukupi, sistem imun dapat berfungsi dengan lebih baik setiap hari.

Bukan hanya ketika sakit, tetapi sebagai sokongan harian.

---

Kenapa ramai ibu bapa memilih IMMU NEEDZ?

βœ” Mengandungi Vitamin C untuk menyokong pertahanan badan
βœ” Vitamin D penting untuk fungsi imun
βœ” Zink membantu tubuh melawan jangkitan
βœ” Tablet kunyahan – mudah diambil oleh kanak-kanak

---

Sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang:

– Kerap demam atau selesema
– Aktif di sekolah dan sukan
– Kurang selera makan
– Memerlukan sokongan nutrisi harian

---

KESIMPULAN

Imun anak tidak terbina dalam sehari.

Ia terbina sedikit demi sedikit melalui pemakanan, rehat dan sokongan nutrisi yang konsisten.

Jaga sebelum anak kerap sakit.
Sokong badan sebelum imun menjadi lemah.

Jika berminat dengan IMMUNEEDZ, boleh tinggalkan β€œIMMU” di komen atau klik link di bawah πŸ‘‡
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Coach Wellness A’fiyat
Boleh dapatkan IMMUNEEDZ di πŸ‘‡

🌐 https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/immuneedz-60-s-vitamin-c-chewables-

Kombo SET ANAK SIHAT (Immuneedz & NV Fish Oil)

πŸ‘‰ https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg

πŸ›οΈ LAZADA :

πŸ‘‰ https://shorturl.at/TOfm7

πŸ“¦ TIKTOK :

πŸ‘‰ https://vt.tiktok.com/ZS9rSHP2qeHov-kDf1p/

APA PUNCA TAHAP GULA RENDAH DALAM DARAH?Tahap gula darah rendah, atau hipoglisemia, boleh disebabkan oleh beberapa fakto...
29/07/2026

APA PUNCA TAHAP GULA RENDAH DALAM DARAH?
Tahap gula darah rendah, atau hipoglisemia, boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

---

Berikut adalah beberapa punca utama:

1. Penggunaan ubat diabetes:

Terlalu banyak insulin atau ubat diabetes lain boleh menyebabkan gula darah turun terlalu rendah.

2. Makan tidak mencukup karbohidrat:

Tidak makan cukup karbohidrat selepas mengambil ubat diabetes boleh menyebabkan hipoglisemia.

3. Aktiviti fizikal berlebihan:

Bersenam lebih daripada biasa tanpa menyesuaikan pengambilan makanan atau ubat boleh menurunkan gula darah.

4. Pengambilan alkohol:

Minum alkohol tanpa makan boleh menyebabkan gula darah rendah, terutama pada orang dengan diabetes.

5. Masalah kesihatan lain:

Penyakit hati, kegagalan buah pinggang, atau ketumbuhan seperti insulinoma juga boleh menyebabkan hipoglisemia.

Jika anda mengalami tanda-tanda hipoglisemia seperti rasa lapar, gementar, berpeluh, atau degupan jantung yang cepat, penting untuk mengambil tindakan segera untuk menaikkan gula darah anda.

Buat pemeriksaan doktor untuk melihat punca sebenar.

Address

SKUDAI
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 05:00 - 17:00
Tuesday 05:00 - 17:00
Wednesday 05:00 - 17:00
Thursday 05:00 - 17:00
Friday 05:00 - 17:00

Telephone

+60197022391

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Zubaidi Hj Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Zubaidi Hj Ahmad:

Shortcuts

Share