Persatuan Cerebral Palsy Johor

Persatuan Cerebral Palsy Johor NGO offering premiere services for children and young adults with cerebral palsy. In July 1988, the Special Education School shifted to the present building.

Persatuan Cerebral Palsy Johor (JCPA) is one of the organizations in Malaysia which specialises in educating, training, treating and providing special needs for children with Cerebral Palsy (CP). JCPA was formed with the initiative and effort of Dr. Samuel Abraham, a paediatric medical consultant. In June 1967, JCPA was formed with a pro-term Committee consisting of representatives from the Govern

ment Hospital, Department of Welfare, Department of Education, Army and Voluntary Organizations. The aim was the eventual establishment of a day school and therapy centre for children with CP. On April 24th 1968, JCPA was formally registered with the Registrar of Societies. In February 1968, the treatment and education of 8 children began in a borrowed room at the Jubilee Home. In 1969, the State Government permitted the use of an old Government Quarters at Bukit Meldrum. Finally in 1970, the Association was provided with a permanent site at 138, Jalan Dato Menteri through the generosity of the State government. It started with 3 classrooms in the morning and 3 classrooms in the afternoon with 6 teachers. Another milestone reached in 1988 was the Association’s participation, as one of the Founder members, in the National Spastic Children’s Association.

DIARI CPJ:  20 Julai 2026🤝 TERIMA KASIH KERRY GROUP BUSINESS SERVICES (ASPAC) SDN. BHD. 💚Persatuan Cerebral Palsy Johor ...
23/07/2026

DIARI CPJ: 20 Julai 2026

🤝 TERIMA KASIH KERRY GROUP BUSINESS SERVICES (ASPAC) SDN. BHD. 💚

Persatuan Cerebral Palsy Johor (CPJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerry Group Business Services (ASPAC) Sdn. Bhd. atas sokongan dan komitmen yang diberikan melalui Program Corporate Social Responsibility (CSR) di CPJ.

sukarelawan Kerry telah meluangkan masa bersama warga CPJ dengan menyertai aktiviti gotong-royong, menyumbang makanan dan goodies kepada para pelajar serta membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif untuk anak-anak istimewa kami. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif komuniti Kerry yang menggalakkan kakitangannya menyumbang kembali kepada masyarakat.

Sokongan dan keprihatinan yang diberikan bukan sahaja menceriakan hari anak-anak kami, malah menjadi inspirasi untuk terus memperkasakan kehidupan individu Cerebral Palsy di Johor.

Terima kasih kerana bersama-sama mencipta impak yang bermakna. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan pada masa hadapan.

💚 Together We Care, Together We Make a Difference.

We are looking for motivated and skilled individuals to fill the following vacant position:If you are interested and mee...
22/07/2026

We are looking for motivated and skilled individuals to fill the following vacant position:

If you are interested and meet the stated requirements, please send your application to:

📧 Email: [email protected]

📞 Contact: 014-7752688

Don’t miss the chance to be part of the Cerebral Palsy Johor

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SENTIASA DALAM INGATAN BANGSA JOHORAlmarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat...
20/07/2026

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SENTIASA DALAM INGATAN BANGSA JOHOR

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada usia 77 tahun, pada malam 22 Januari 2010.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, turut dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8 pada tahun 1984.

Almarhum Sultan Iskandar, merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, merupakan seorang sultan yang tegas dan sentiasa menitikberatkan disiplin dalam pemerintahan Baginda.

Baginda juga seorang sultan berjiwa rakyat yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.

Al-Fatihah

DIARI CPJ:  17 JULAI 2026🩺 LATIHAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) BERSAMA COLUMBIA ASIA HOSPITAL TEBRAU💙 Persatuan ...
20/07/2026

DIARI CPJ: 17 JULAI 2026

🩺 LATIHAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) BERSAMA COLUMBIA ASIA HOSPITAL TEBRAU

💙 Persatuan Cerebral Palsy Johor (CPJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak Columbia Asia Hospital Tebrau atas sokongan, kerjasama serta kesudian berkongsi ilmu dan kepakaran sepanjang latihan ini berlangsung. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan warga CPJ, malah mencerminkan komitmen Columbia Asia Hospital Tebrau dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi impak positif kepada komuniti.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus berkekalan dan membuka lebih banyak peluang untuk bekerjasama dalam program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama. ❤️

🥥 KELAPA PANDAN SEGAR 🥥Hasil Tanaman Agro Persatuan Cerebral Palsy Johor💧 Air manis semula jadi🌴 Dipetik segar dari kebu...
18/07/2026

🥥 KELAPA PANDAN SEGAR 🥥

Hasil Tanaman Agro Persatuan Cerebral Palsy Johor

💧 Air manis semula jadi
🌴 Dipetik segar dari kebun
💚 Setiap pembelian menyokong latihan kemahiran perantis CPJ

HANYA RM6 SEBIJI

📞 Tempahan & Pertanyaan: 014-775 2688

🥥 Segar • Manis • Berkhasiat • Bermakna

🌿 Tahukah Anda? 🥬Setiap sayur hidroponik yang anda beli daripada Persatuan Cerebral Palsy Johor (CPJ) bukan sekadar sega...
17/07/2026

🌿 Tahukah Anda? 🥬

Setiap sayur hidroponik yang anda beli daripada Persatuan Cerebral Palsy Johor (CPJ) bukan sekadar segar dan berkhasiat, malah membawa sinar harapan kepada anak-anak istimewa kami.

Melalui Program Agro Terapi CPJ, mereka mempelajari kemahiran baharu, membina keyakinan diri, meningkatkan tahap berdikari serta merasai kepuasan hasil usaha mereka sendiri melalui aktiviti penanaman hidroponik.

💚 Setiap pembelian anda membawa perubahan.
Hasil jualan akan digunakan untuk menyokong program terapi, pendidikan khas, latihan vokasional dan kebajikan anak-anak Cerebral Palsy di CPJ.

🥬 Sayur Segar • Berkualiti • Hasil Tanaman Hidroponik

📞 Tempahan & Pertanyaan: 014-775 2688

❤️ Beli Sayur, Menyemai Harapan.
Setiap pembelian anda bukan sekadar membeli sayur, tetapi turut menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah buat anak-anak istimewa di Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Bersama-sama kita menyemai harapan dan mencipta peluang untuk mereka berkembang. 🌱

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Jo...
15/07/2026

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Penaung Diraja Persatuan Cerebral Palsy Johor pada 16 Julai 2026 bersamaan 1 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia YAM Che' Puan Mahkota, memberkati setiap langkah dan melimpahkan rahmat-Nya sentiasa.

Sembah takzim daripada seluruh warga Cerebral Palsy Johor 💛

🍯 Beli Madu Kelulut Asli CPJohor!100% Asli & Semula JadiDihasilkan tanpa bahan pengawet atau bahan kimia, bagi mengekalk...
15/07/2026

🍯 Beli Madu Kelulut Asli CPJohor!

100% Asli & Semula Jadi
Dihasilkan tanpa bahan pengawet atau bahan kimia, bagi mengekalkan khasiat dan keaslian madu kelulut.

Kualiti Terjamin
Madu kelulut kami diperoleh daripada habitat semula jadi dan diproses dengan teliti bagi memastikan kualiti terbaik.

❤️ Setiap Pembelian Membawa Makna
Sokongan anda membantu menyediakan latihan kemahiran serta peluang pekerjaan kepada Perantis Bengkel Vokasional Cerebral Palsy Johor (CPJohor).

📞Tempahan & Pertanyaan : Hubungi kami di 014-7752688.

Penyakit berjangkit boleh mendatangkan risiko yang lebih tinggi kepada murid-murid Cerebral Palsy (CP).  Disebabkan sist...
14/07/2026

Penyakit berjangkit boleh mendatangkan risiko yang lebih tinggi kepada murid-murid Cerebral Palsy (CP). Disebabkan sistem imun yang lebih lemah, masalah pernafasan dan kesukaran menelan yang dialami oleh sesetengah murid CP, jangkitan boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius jika tidak dicegah dan dirawat dengan segera.

Murid-murid Cerebral Palsy (CP) lebih mudah mengalami komplikasi serius apabila dijangkiti penyakit berjangkit. Oleh itu, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi melindungi kesihatan mereka.

Sekalung Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi di atas pelantikan sebagai MENTERI BESAR JOHOR KE-20 (12 ...
12/07/2026

Sekalung Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi di atas pelantikan sebagai MENTERI BESAR JOHOR KE-20 (12 Julai 2026).

Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan, kekuatan serta keberkatan dalam memimpin Negeri Johor ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Address

No. 138, Jalan Dato' Menteri
Johor Bahru
80100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072235452

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Cerebral Palsy Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Cerebral Palsy Johor:

Shortcuts

Share