MAINJ Urus Sdn Bhd

MAINJ Urus Sdn Bhd MAINJ Urus Sdn Bhd (Pusat Hemodialisis MAINJ) adalah anak Syarikat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Telefon Pejabat : 07-2353362/70
Whatsapp : 018-3844662

Ditubuhkan sebagai Pusat Hemodialisis MAINJ untuk memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit buah pinggang.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H✨Sesungguhnya Aidiladha hadir bagi mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlas...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H✨

Sesungguhnya Aidiladha hadir bagi mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberatan, ketenangan dan kebahagiaan.

25/05/2026

PERHATIAN WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH

🇲🇾 Waktu Malaysia
📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447H
🕰 Anggaran waktu : 5.18 petang – 11.57 malam

Hari Arafah adalah antara hari paling mulia di sisi Allah.
Jangan lepaskan peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh buat diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak dan seluruh umat Islam.

Antara doa terbaik yang boleh diaminkan pada Hari Arafah:

🤲 Ya Allah, selamatkan kami daripada api neraka dan masukkan kami ke dalam Syurga Firdaus.

🤲 Ya Allah, ampunkan dosa kami yang zahir mahupun tersembunyi.

🤲 Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah dan dalam iman yang sempurna.

🤲 Ya Allah, lembutkan hati kami untuk mencintai Al-Quran, solat dan majlis ilmu.

🤲 Ya Allah, jauhkan kami daripada riak, ujub, hasad dengki dan fitnah dunia.

🤲 Ya Allah, kurniakan kami rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan.

🤲 Ya Allah, lindungi keluarga kami daripada perpecahan, kesedihan dan ujian yang berat.

🤲 Ya Allah, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dunia dan akhirat.

🤲 Ya Allah, permudahkan segala urusan hutang, kesihatan dan kehidupan kami.

🤲 Ya Allah, satukan kami kembali bersama orang-orang yang kami sayangi di Syurga Firdaus.

🤲 Ya Allah, lindungi kami daripada fitnah Dajjal, azab kubur dan azab api neraka.

🤲 Ya Allah, jangan Engkau tarik nikmat iman dan Islam daripada kami walau sesaat.

🤲 Ya Allah, kuatkan kami untuk terus istiqamah melakukan amal soleh hingga akhir hayat.

🤲 Ya Allah, berikan ketenangan hati, jiwa yang sabar dan kehidupan yang penuh rahmat.

🤲 Ya Allah, makbulkan segala doa dan hajat kami yang baik di dunia dan akhirat.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤍

Jangan lupa tutup doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.” Hadis Rasulullah ﷺ

Semoga setiap yang membaca dan mengaminkan doa ini diberikan keberkatan hidup, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan pengakhiran yang husnul khatimah.

10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad.Bagi yang tidak menunaikan ...
18/05/2026

10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad.

Bagi yang tidak menunaikan haji, kita disunatkan untuk berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah, khususnya pada 8 Zulhijjah iaitu Puasa Tarwiyah dan 9 Zulhijjah iaitu Puasa Arafah.

Jika tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk merebut peluang 10 awal Zulhijjah ini dengan amal yang ikhlas, rezeki yang diberkati dan hati yang semakin dekat kepada-Nya.

SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2026 "Our Nurses.Our Future.Empowered Nurses Save Lives"MAINJ Urus Sdn Bhd telah meraikan Sambut...
13/05/2026

SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2026
"Our Nurses.Our Future.Empowered Nurses Save Lives"

MAINJ Urus Sdn Bhd telah meraikan Sambutan Hari Jururawat 2026 sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para jururawat. Sambutan ini juga turut diserikan dengan pemotongan kek penghargaan sebagai penghormatan kepada insan-insan yang sentiasa komited dalam memberikan penjagaan dan rawatan yang terbaik kepada pesakit di Pusat Hemodialisis MAINJ Urus Sdn Bhd.

Semoga sambutan ini menjadi tanda penghargaan atas segala pengorbanan,komitmen dan jasa para jururawat yang sentiasa berkhidmat dengan penuh ikhlas demi masyarakat.

✨SELAMAT HARI JURURAWAT✨Terima kasih kepada semua jururawat atas dedikasi, keprihatinan, kesabaran dan komitmen yang tid...
12/05/2026

✨SELAMAT HARI JURURAWAT✨

Terima kasih kepada semua jururawat atas dedikasi, keprihatinan, kesabaran dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memberikan rawatan serta penjagaan terbaik kepada setiap pesakit. Jasa anda amat dihargai.

✨Sekalung Tahniah✨Pihak MAINJ Urus Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Ha...
09/05/2026

✨Sekalung Tahniah✨

Pihak MAINJ Urus Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.

Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada:

Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor Tahun 2026.

Pada 9 Mei 2026 bersamaan 23 Zulkaedah 1447H

✨Sekalung Tahniah✨Pihak MAINJ Urus Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mo...
09/05/2026

✨Sekalung Tahniah✨

Pihak MAINJ Urus Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasri bin Md. Ali
Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’
Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.

Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada:

Yang Berhormat Dato’ Haji Nasri bin Md. Ali
Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Atas pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor Tahun 2026.

Pada 9 Mei 2026 bersamaan 23 Zulkaedah 1447H

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak kepada seluruh umat Islam.Semoga Ramadan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita ...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbaharui niat, memperkukuh keimanan. Semoga setiap ibadah diterima dan setiap usaha diberkati🤲🏻

18/02/2026

Ayuh Hidupkan Malam Ramadan dengan Solat Sunat Tarawih!

Ramadan hadir setahun sekali, jangan biarkan ia berlalu tanpa makna. Sama ada solat di masjid atau di rumah, marilah kita bersama-sama menghidupkan malam Ramadan dengan Solat Sunat Tarawih.

Rebut peluang ini. Malam ini kita mula.






RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR7 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat I...
11/02/2026

RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR

7 hari lagi menjelang bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang diwajibkan kepada semua umat Islam untuk berpuasa.Sama-sama kita persiapkan diri kita.

"YA ALLAH, PERTEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN"🤲

Address

Bangunan Wakaf Johor, Batu 6 Jalan Skudai
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 07:00 - 21:00
Tuesday 07:00 - 21:00
Wednesday 07:00 - 21:00
Thursday 07:00 - 21:00
Friday 07:00 - 21:00
Sunday 07:00 - 21:00

Telephone

+6072353370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAINJ Urus Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MAINJ Urus Sdn Bhd:

Share