08/08/2026
π―π PERLAWANAN PERSAHABATAN DART & PING PONG KERSPENJ β KSK JUPEM JOHORππ―
Alhamdulillah, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Dart dan Ping Pong antara Kelab Rekreasi dan Sosial Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor (KERSPENJ) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor (JUPEM) pada 7 Ogos 2026 di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, persahabatan dan gaya hidup aktif dalam kalangan warga kedua-dua jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KERSPENJ atas penganjuran serta semua warga JUPEM dan KERSPENJ yang telah menyertai dan menjayakan perlawanan persahabatan ini.
Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh serta dapat diteruskan melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang. β€οΈ