16/04/2026
TATACARA UNTUK MEMOHON PENGGANTIAN SIJIL / TRANSKRIP YANG HILANG ATAU ROSAK
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Berikut dinyatakan tatacara untuk memohon penggantian sijil/transkrip yang hilang atau rosak.
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan gantian sijil/transkrip yang hilang/rosak:
1. Borang permohonan BPL-KKM/UPP-01/Pin. 1/2023.
2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan Kump**an A)
3. Salinan Pendaftaran Lembaga (bagi program yang berkaitan sahaja)
4. Laporan polis bagi dokumen yang telah hilang.
5. Dokumen asal (bagi penggantian dokumen yang rosak)
6. Bayaran RM50 bagi setiap permohonan melaui Kiriman Wang Pos/Draf Bank.
7. Kiriman Wang Pos/Draf Bank hendaklah:
- Dibuat di atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Tulis nama, nombor kad pengenalan, no telefon dan tujuan bayaran di belakang kiriman wang pos/bank draft.
- Kiriman wang pos / bank draft yang diterima TIDAK BOLEH melebihi daripada tarikh luput.
8. Sampul POS LAJU beralamat sendiri (sampul oren untuk pos di dalam semenanjung atau sampul biru untuk pos ke Sarawak/Sabah) - sekiranya sijil/transkrip perlu dipos.
i. Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar melalui emel ke [email protected]
ii. Segala hardcopy dokumen di atas (Dokumen di nombor 1 hingga π hendaklah dipos ke alamat:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3 & 6, No 26 Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 3
62675 Putrajaya
(U.P. KPSUK Unit Peperiksaan dan Persijilan