Hospital Permai Johor Bahru

Hospital Permai Johor Bahru Pelopor Minda Sihat

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO TINGKAH LAKU BUNUH DIRI 💛Pada 29 Julai 2026, Jabatan Psikiatri, Hospital Permai Johor Bahru de...
06/08/2026

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO TINGKAH LAKU BUNUH DIRI 💛

Pada 29 Julai 2026, Jabatan Psikiatri, Hospital Permai Johor Bahru dengan kerjasama Unit NCD, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Tingkah Laku Bunuh Diri bagi staf Kesihatan HPJB, Frontliner Klinik Kesihatan dan Gatekeeper Negeri Johor di Auditorium Ixora, Hospital Permai Johor Bahru.

Seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada warga Hospital Permai, petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan serta Gatekeeper Negeri Johor telah menghadiri bengkel ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keyakinan peserta dalam mengenal pasti, menilai dan mengurus individu yang berisiko mengalami tingkah laku bunuh diri.

Melalui sesi ceramah, perbincangan kes dan latihan interaktif, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perkhidmatan masing-masing.

Semoga bengkel ini dapat memberi kesedaran yang lebih mendalam mengenai kepentingan pencegahan bunuh diri, memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran peserta, serta menjadi manfaat kepada masyarakat melalui pengesanan awal, intervensi yang berkesan dan sokongan yang lebih menyeluruh kepada individu yang memerlukan.

Bersama kita memainkan peranan dalam mencegah bunuh diri kerana setiap nyawa amat berharga. 💛

03/08/2026
MEPS COLLOQIUM : NATIONAL TRIAGE Empowering National Triage : Standardisation, Safety And Quality Through The Malaysian ...
29/07/2026

MEPS COLLOQIUM : NATIONAL TRIAGE
Empowering National Triage : Standardisation, Safety
And Quality Through The Malaysian Triage Scale (MTS) telah dianjurkan oleh Malaysian Emergency Paramedical Society (MEPS) dengan kerjasama Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, National EMTS Triage Service Technical Committee dan Hospital Permai Johor Bahru telah diadakan pada 27 & 28 Julai 2026 Di Auditorium Ixora, Hospital Permai Johor Bahru.

Kolokium ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, YBrs. Dr. Hirman bin Ismail. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, Buku Garispanduan Triage Kebangsaan turut dilancarkan secara rasmi sebagai rujukan utama dalam memantapkan lagi kualiti cabang perkhidmatan kecemasan negara. Majlis perasmian turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Kepakaran Perkhidmatan Kecemasan Malaysia, Dr. Ridzuan bin Dato' Mohd Isa, Ketua Kepakaran Perkhidmatan Kecemasan Negeri Johor, Dr. Mohd Amin bin Mohidin, Pengarah Hospital Permai, Dr. Johari bin Khamis, serta Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Tn. Hj. Zulhelmi bin Abdullah.

Dengan tema "Empowering National Triage: Standardisation, Safety, and Quality through the Malaysian Triage Scale (MTS)", kolokium ini mendapat sambutan hangat apabila berjaya menarik sebanyak 250 penyertaan Penolong Pegawai Perubatan dari sektor awam, sektor swasta, serta badan berkanun seluruh Malaysia

Penganjuran Kolokium selama dua hari ini padat dengan perkongsian maklumat dan perbincangan interaktif bagi memastikan penyeragaman kriteria Malaysian Triage Scale (MTS) dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh di semua fasiliti kesihatan.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, rakan kerjasama dan semua jawatankuasa terlibat dalam menjayakan kolokium ini.

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRUPada 7 Julai 2026, Hospital Permai Johor...
07/07/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU

Pada 7 Julai 2026, Hospital Permai Johor Bahru menerima lawatan kerja Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib bagi meninjau pengoperasian perkhidmatan, kemudahan serta keperluan hospital dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan mental negara. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad.

Sepanjang lawatan, YB Timbalan Menteri telah meninjau beberapa fasiliti utama hospital dan menerima taklimat mengenai operasi, cabaran semasa serta perancangan pembangunan Hospital Permai Johor Bahru yang disampaikan oleh Pengarah Hospital Permai Johor Bahru, YBrs. Dr. Johari bin Khamis.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan mental melalui penyediaan kemudahan, infrastruktur dan sumber yang mencukupi demi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kesejahteraan pesakit.

HEBAHAN | KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JKMNJ DAN PERBINCANGAN PENGUKUHAN KERJASAMA PENGURUSAN KES KANAK-KANAK29.06.2026 - J...
01/07/2026

HEBAHAN | KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JKMNJ DAN PERBINCANGAN PENGUKUHAN KERJASAMA PENGURUSAN KES KANAK-KANAK

29.06.2026 - Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP), Hospital Permai Johor Bahru telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor serta Perbincangan Pengukuhan Kerjasama Pengurusan Kes Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

Delegasi JKSP telah diketuai oleh Puan Noratikah Mohd. Seri, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor Bahru. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Puan Noradzilah Binti Noroden, Timbalan Pengarah Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan serta menyelaras aspek pengurusan kes yang dirujuk antara Hospital Permai Johor Bahru dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, khususnya melibatkan kes-kes kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk kes yang memerlukan perlindungan, kebajikan, serta penilaian dan intervensi forensik psikiatri secara segera.

Semoga jalinan kerjasama strategik yang terjalin antara kedua-dua agensi ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan pengurusan kes kanak-kanak dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berkesan, seterusnya menjamin kepentingan terbaik serta kesejahteraan setiap kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan intervensi.

A New Milestone in Adult Autism Management A significant milestone was achieved in the history of Adult Autism Managemen...
03/06/2026

A New Milestone in Adult Autism Management A significant milestone was achieved in the history of Adult Autism Management in Malaysia, particularly within the state of Johor. The Autism Awareness Day, organized by Hospital Permai Johor Bahru on May 14, 2026, highlighted the immense enthusiasm of caregivers and medical professionals in managing this condition.

The event drew 128 participants for the forums and talks, alongside 62 booth exhibitors, all deeply engaged in discussions surrounding the Adult Autism spectrum. Key topics included sexual maturation, emotional dysregulation during puberty, career and academic progression, as well as relationships and marriage. In addition to specialists from the Southern region, the event featured speakers from the International Islamic University of Malaysia (IIUM) who addressed academic hurdles, public facility challenges in local universities, and available amenities.

The diverse array of exhibition booths beautifully demonstrated the spirit of collaboration between medical professionals and key community bodies. Active participants included the Hospital Permai Occupational Therapy Department, the Medical Social Welfare Unit (SWO) Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), and PERKESO, alongside private Early Intervention Programme (EIP) bodies. Notably, a special booth was dedicated to one of our esteemed speakers, Mr. Arif Ho—an IIUM PhD candidate and recognized Adult Autism Icon of Selangor (Ikon Anak Istimewa Selangor)—who showcased and sold his insightful book, Fiqh Autism.

The full-day event concluded on a high note with vibrant engagement and quiz prizes awarded to attentive participants. Moving forward, we look forward to planning more initiatives to continuously empower both caregivers and medical professionals.

Address

Jalan Persiaran Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6072311000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Permai Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Permai Johor Bahru:

Shortcuts

Share

Category