12/08/2026
Ingat nak buat cermin mata je, rupanya ada foreign body melekat pada mata...👁️⚠️
Pesakit ni datang untuk periksa power cermin mata seperti biasa. Tapi bila kita buat pemeriksaan kesihatan mata menggunakan slit lamp, ternampak ada benda asing yang terselit pada permukaan kornea mata!
Sebab tu dalam perkhidmatan optometri, kami tak sekadar periksa power mata. Pemeriksaan kesihatan mata menyeluruh sangat penting kerana:
⚠️Boleh Jadi Tanpa Gejala: Kadang-kadang bendasing kecil tidak menyebabkan rasa sakit yang keterlaluan awal-awal, tapi berisiko tinggi menyebabkan jangkitan kuman atau parut kekal.
⚠️Tindakan Pantas & Rujukan: Bila dikesan awal, kita terus rujuk pesakit untuk prosedur pembuangan benda asing dengan selamat.
⚠️Hasil Sembuh Yang Baik: Selepas mata sembuh sepenuhnya, barulah pesakit boleh sambung semula proses membuat cermin mata dengan selesa dan selamat.
Jangan tunggu mata rasa sakit baru nak jumpa optometris. Buat pemeriksaan kesihatan mata secara berkala! ✨