Quantum Success Program - QSP

Call Directions Website Contact the practice

Quantum Success Program - QSP Kami sebuah Program Seni Kuasa Minda & Manip**asi Aura Terulung di Malaysia! Kami mencari Professional Therapist seterusnya!?

π—žπ—˜π— π—˜π—Ÿπ—˜π—žπ—”π—§π—”π—‘ π˜ƒπ˜€ π—žπ—˜π—§π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—šπ—”π—‘Pernah tak kita terfikir... mengapa semakin kita membenci seseorang, kadangkala orang itu ta...
08/09/2026

π—žπ—˜π— π—˜π—Ÿπ—˜π—žπ—”π—§π—”π—‘ π˜ƒπ˜€ π—žπ—˜π—§π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—šπ—”π—‘

Pernah tak kita terfikir...

mengapa semakin kita membenci seseorang, kadangkala orang itu tak jadi apaΒ² pun,

yg semakin susah, kesulitan dan menderita seolah-olah kita p**a, sepertinya kita sedang memberi 'makan' kepada kebencian kita itu hingga ia semakin membesar dan semakin meluap-luap p**a,

Mari kita kupas ianya bersamaΒ²,
Saudara saudari yg saya Cintai sekalian,

Yang pertama perlu diketahui dulu bahawa Minda Bawah Sedar kita ini tidak dapat membezakan sesuatu perkara itu sama ada Benar atau salah, Baik atau buruk, dan seterusnya begitulah,

Keduanya,

Ada perbezaan yg besar diantara 'Attachment' dengan 'Connection',

Attachment bermaksud Kemelekatan
Connection p**a bermaksud Keterhubungan
begini...

Baik kita membenci seseorang hatta Mencintai seseorang, bermakna apa yg Minda Bawah Sedar kita faham adalah kita sudah ada 'Attachment' (Kemelekatan) terhadap orang tersebut,

Bedanya, Minda kita tidak faham kemelekatan itu adalah kemelekatan yg toksik atau keterhubungan yg Positif,

Yg Minda kita faham anda dan dia sudah 'melekat bersama,' itu saja..., that's it,

Ini apa yg Minda Bawah Sedar kita faham ya... kerana ia tidak dapat membezakan keduanya spt yg saya terangkan di atas tadi,
Ironinya,

Kita hidup di Alam yg penuh dengan getaran dan juga aras frekuensi yg berbeda-beda menurut pancaran Energinya masing-masing,

Oleh yg demikian,

Bila kita membenci seseorang hatta Mencintai seseorang itu, secara harfiahnya kita sedang menyalurkan Energi kepada orang tersebut,

Penyaluran itu p**a berlaku secara automatik saja sama ada kita ada 'intention' padanya mahupun tidak,
Mudahnya,

Jika orang yang kita bencikan itu aras frekuensinya lebih Tinggi dan lebih Hebat dari kita, entah kenapa dan entah bagaimana Energi kita yg seolah 'disedut' olehnya p**a,

Kerana itulah orang yg kita benci itu tidak menjadi apapun, kekal hebat dan 'awesome' tapi anda yg seolah semakin 'jatuh', dilanda kesialan atau kesusahan mahupun rintangan yg tak kunjung pergi,

Sepertinya andalah yg sedang 'ditembak' semula oleh Energi yg anda sendiri 'lancarkan' pada awalnya (Energi kebencian itu),
Kemelekatan adalah sesuatu yg merugikan. Kita menyangka apabila kita membenci seseorang bermakna orang itu akan pergi dari hidup kita. Walhal dunia Quantum tidak bekerja seperti itu,

Kebencian itulah yg menyebabkan imejnya sentiasa wujud dalam bayangan kita, kehadirannya seolah dapat dirasai oleh tubuh kita, malah bayangannya sentiasa menghantui hari-hari kita,

Orangnya tak jadi apa pun... yg terkesan adalah Diri kita sendiri, emosi kita sendiri, pola fikir kita sendiri,
Ada satu lagi jenis Kemelekatan namun kita gelarnya sebagai Keterhubungan,

Ianya dipacu dan diletuskan oleh rasa Cinta dan setidaknya 'observer' sahaja terhadap orang tersebut tanpa ada penilaian,

Inilah konsep meditasi yg sudah menyata dalam kehidupan bernafas yg kita jalani sehari-hari,

Meditasi itu bukan lagi seputar ritualnya meditasi tetapi sudah menjelma dan meresap dalam perjalanan kehidupan kita ini sesungguhnya,
Inshaallah kita akan kupas lebih mendalam melalui Quantum Healing Masterclass nanti,

Kita akan pelajari sehabis-habisnya apa yg dikatakan Vibrasi, Energi & Frekuensi, segala hukum-hukumnya dan bagaimana itu semua dapat kita Manfaatkan ke dalam kehidupan kita ini baik jadikan ianya sebagai asbab Penyembuhan mahupun dapat dimanfaatkan untuk perjalanan kehidupan kita di masa mendatang,

Anda sudah BERSEDIA?!

ADA BAYANGΒ² HITAM DI BELAKANG ANDATahu tak sebenarnya setiap orang ada 'shadow self' masingΒ², Suatu 'sisi gelap' yang te...
17/07/2026

ADA BAYANGΒ² HITAM DI BELAKANG ANDA

Tahu tak sebenarnya setiap orang ada 'shadow self' masingΒ²,

Suatu 'sisi gelap' yang tersembunyi yang sebenarnya hanya kita sahaja yang ketahui,

Apa sebenarnya 'Shadow Self' ni???
Assalamualaikum WBt kepada semua sahabat dan taulan yang sentiasa bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari tanpa pernah berputus asa,
Untuk pengetahuan semua,

'Shadow Self' pernah dipop**arkan oleh seorang Ilmuwan yang bernama Carl Jung di mana beliau mengkaji berkenaan suatu sisi gelap atay sifat tersembunyi yang ada hampir pada setiap dari kita,

'Shadow' itu sendiri bermaksud 'bayang-bayang' yang mana dijadikan sebagai analogi bahawa ianya adalah sebahagian Diri kita namun mempunyai ritma yang tersembunyi yang berbeza dari Diri sebenar Diri kita ini,
Jadi apa itu 'Shadow Self' sebenarnya???

Secara mudahnya, pernahkan anda merasa meluat melihat seseorang atau kenalan yang mengenakan pakaian yang kelihatan sungguh menawan dan sangat menonjol?

Atau anda merasa menyampah dengan seseorang yang s**a bercakap banyak dan mesra dengan semua orang hingga anda rasa dia itu 'fake' sangat?

Atau juga anda melihat seseorang yang berjaya memiliki sesuatu seperti kenderaan baru, kediaman baru dengan perasaan cemburu atau begitu benci sekali?

Boleh jadi juga timbul perasaan marah atau melenting tak tentu fasal bila ada seseorang cuba ingin bergurau dengan anda atau sekadar bertanyakan soalanΒ² biasa tetapi anda rasa soalannya atau gurauannya itu seolah ingin menjatuhkan atau mempermalukan anda?
Ya!!!

Itu semua adalah suatu sifat yang hadir secara tiba-tiba dalam Diri yang digelar sebagai 'Shadow Self',

Kebiasaannya 'Shadow Self' merupakan suatu sisi gelap yang kita warisinya dari leluhur kita mahupun yang kita dapatkan dari pengalaman 'inner Child' kita,

Boleh dikatakan trauma atau luka batin yang tidak serius tetapi sebenarnya memberikan impak dan kesan yang sangat signifikan kepada Diri kita dalam hubungan sosial mahupun emosional diri kita sendiri,
Secara dasarnya,

Kita sebenarnya membenci atau meluat, atau menyampah mahupun melenting tak tentu fasal dengan seseorang itu adalah dikeranakan kita sebenarnya membenci, meluat atau menyampah dengan diri kita sendiri, ianya mcm cermin,

Sebagai contoh, misalnya Kita belum mampu memperoleh kenderaan baru maka kita menyampah melihat orang yang sedang gembira dengan kenderaan barunya dan berharap kenderaan orang itu akan mengalami kerosakan, tidak mampu membayarnya mahupun akan terjadi sesuatu yang membuatkan kegembiraan orang tersebut tidak bertahan lama, kita ingin 'fulfill' kepuasan diri kita sendiri,

Kita meluat dan merasa kurang senang dengan seseorang yang terlalu ramah dan kelihatan ceria hingga dis**ai oleh ramai orang dek kerana kita sendiri kelihatan tidak mesra orang ramai, kurang bercakap atau s**a menyendiri, kita sangat ingin jika orang itu akan dibenci oleh orang ramai p**a,

Itu semua antara contohΒ² 'Shadow Self' yang berlegar di kalangan kita semua,
Kasus seperti itu sebenarnya dapat disembuhkan melalui pendekatan 'Shadow Work' yang dibangungkan oleh Ilmuwan seperti Carl Jung sendiri,

'Shadow Work' adalah cara bagaimana kita menghadapi sifatΒ² buruk atau tersembunyi kita itu sendiri tanpa menafikannya walau sekecil apapun,
Kita harus TERIMA sifat itu dahulu dan barulah kita akan memprogramnya kembali menjadi suatu bentuk Kesadaran yang baru yang mana Kesadaran yang baru itu p**a harus diprogramkan dengan kembali semula kepada 'inner child' kita, trauma masa lalu kita, luka batin yg pernah kita alami dahulu,

Di sinilah letaknya bagaimana kita boleh bertemu kembali dengan Diri kita sendiri ketika berumur mungkin kanak-kanak, mungkin ketika kita remaja atau mungkin ketika kita mempunyai semangat, azam dan cita-cita yang begitu tinggi pada saat itu namun ianya semakin terhakis sedikit sedikit akibat dari perjalan kehidupan dan pelbagai rintangan yang kita alami hingga kita 'terprogram' secara automatik kepada suatu bentuk 'program' yang berbeza dari apa yang kita Impikan ketika kita kecil itu,
Inshaallah semua itu akan kita kupas sedalam-dalamnya, kita akan mengenali Diri kita sendiri, AKU yang sebenar-benar AKU,

siapa kita ini?
Dari mana kita datang?
Apa tujuan kita?
Ke mana kita akan kembali?

Sama-sama kita akan bangkitkan Naga dalam Diri, dari tulang sulbi dan biar Energi itu menjalar ke seluruh tubuh kita!

Aku Terima,
Aku Layak,
Aku Izinkan,

Izinkan kami membantu anda...

-Salam Semesta Alam-

π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π——π—˜π—žπ—”π—§ 𝗗𝗔π—₯π—œ 𝗨π—₯𝗔𝗧 π— π—˜π—₯π—œπ—›Tahu tak...Semua benda yang kita rasa wujud dan nampak di sekitar kita sebenarnya hanyalah il...
08/07/2026

π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π——π—˜π—žπ—”π—§ 𝗗𝗔π—₯π—œ 𝗨π—₯𝗔𝗧 π— π—˜π—₯π—œπ—›

Tahu tak...

Semua benda yang kita rasa wujud dan nampak di sekitar kita sebenarnya hanyalah ilusi visual,

Macamana p**a boleh jadi begitu?
Assalamualaikum WBt dan Salam Damai buat sahabat-sahabat semua,

Mari kita telusuri perlahan-lahan apa yang dimaksudkan dengan frasa ayat di atas,
Mudahnya begini,

Seperti yang kita selalu perhatikan, di sekitar kita adanya benda-benda 'solid' atau 'padu' yang kita biasa lihat di sekeliling sebagai contoh meja, kerusi, pen, cawan, almari, kasut dll,

Ya betul, semua itu ada bentuknya, warnanya dan sifatnya menurut perspektif kita itu tadi,
Namun tahukah anda bahawa semua materi atau benda yang kita 'nampak' itu sebenarnya adalah seputar ikatan atom yang saling mengikat dan terkait diantara satu sama lain malah yang sebenarnya apa yang kita 'lihat' itu sebenarnya hanyalah 0.0000001% sahaja keberadaannya.

Katalah jika kita boleh 'zoom' sedalam-dalamnya, kita akan dapati bahawa 9.9999999% lagi adalah merupakan 'empty space' atau 'ruang kosong' yang digelar sebagai 'void' atau 'ruang hampa' itu yang bukan merupakan materi 'solid' yang sebenarnya menguasai ruangan yang kita anggap wujud dan ada itu tadi,
Tetapi yang lebih menariknya...

'Ruang kosong' itu sebenarnya bukan benar-benar 'kosong' atau 'hampa', tetapi ia cuma tidak 'solid' atau 'padu' yang membawa maksud, jika kita boleh 'zoom' sedalam-dalamnya sehingga ke peringkat paling mikro..., di dalam ruangan itu (yang dikatakan kosong itu) sebenarnya terkandung vibrasi yang menari-nari mengikut alunan tertentu malah sangat sensitif sekali, pantang 'dicuit' mulalah ia akan bereaksi,

Sebagai contoh,

Jika ada Harapan yang dicetuskan, maka vibrasi itu akan menari mengikut rentak Harapan, jika kecewa diletuskan, maka vibrasi itu menari mengikut rentak kekecewaan, begitulah seterusnya seperti Keberanian, Kesembuhan, Kekayaan, dll,
Apabila vibrasi itu mula menari atau 'activate' menurut apa yang diletuskan itu, ianya mula memberi reaksi berantai yang mana pada asalnya getaran itu hanya berlaku di peringkat yang paling mikro tetapi akhirnya ia boleh merebak dan meluap luas hingga ke peringkat yang lebih besar,

jika ianya berlaku pada Pokok Badan kita ini misalnya (yang pada asal vibrasi itu terjadi di peringkat mikro), lalu akhirnya ia boleh merebak ke peringkat yang lebih besar, maka tubuh kita mula bereaksi menurut 'tarian' atau 'getaran' yang diaktifkan pada peringkat awal seperti yang dinyatakan tadi,

Mudah kata,

Jika getaran Kesembuhan bergetar pada aras Quantum itu mula merebak, maka tubuh akan mula merasakan Kesembuhan yang mulai menguasai Diri yang entah dari mana muncul dan dari mana datang yang sudah tentu dalam dunia Teologi biasanya ia terkait dengan 'Devine Power' iaitu Kesemestaan Tanpa Batas,
Getaran inilah yang kita gelarkan sebagai Getaran aras Quantum atau kita jenamakan sebagai Quantum Healing yang mana konsep kita adalah bukan merawat 'pesakit' tetapi kita merawat 'penyakit',

of course kita getarkan melalui dimensi yang selama ini kita gelarkan sebagai alam ghaib (kerana tidak nampak dek mata kasar) walhal ianya hanya di depan mata, ada di dalam Diri kita, ada di mana-mana dan tidak pernah terpisah atau jauh dengan kita hatta sesaat pun, bidalannya ibarat lebih dekat dari urat merih kita sendiri,

Ianya terkandung di dalam ruangan yang kita anggap 'ruang hampa' atau 'ruang kosong' itu tadi,
Jadi secara dasarnya, kita saling terikat dan terkait dengan vibrasi yang bergetar di sekitar kita,

Kerana itu Penyembuhan Quantum atau Quantum Healing itu dapat Terjadi dengan sesungguhnya adalah kerana kita ini semua adalah wujud hanya sebagai Energi atau Aura yang sedang menari-nari mengikut rentak atau irama yang sedang didendangkan atau diletuskan baik oleh orang lain mahupun Diri sendiri,

Tinggal bagaimana kita mahu Memanfaatkan, Memanip**asikan mahupun Mengakses Energi itu sesuai dengan apa yang kita mahukan,

Inshaallah kita akan huraikan lebih lanjut lagi dan apa kaitannya dengan Penyembuhan gaya Magnetism yang selalu kita bicarakan itu,

Izinkan kami~

-Frekuensi Makrifah-

POKOK BADAN & MENGENAL DIRIRamai orang menyangka Healing dari konteks yang kami bawa bermaksud menyembuhkan, Persoalanny...
13/02/2026

POKOK BADAN & MENGENAL DIRI

Ramai orang menyangka Healing dari konteks yang kami bawa bermaksud menyembuhkan,

Persoalannya di sini siapa yang menyembuhkan dan siapa p**a yang disembuhkan?
Baik,

Seperti yang kita semua ketahui, Pokok Badan kita ini adalah suatu mekanisma Terbaik yang dianugerahkan oleh Tuhan Semesta Alam iaitu salah satunya dapat Menyembuhkan Diri sendiri (Self-Healing),

Even kita tidak melakukan apa-apa sekalipun, tubuh berusaha memperbaiki diri malah melalui sekecil-kecil zarah (atom) dalam tubuh kita ini,

Namun proses itu biasanya terhambat (blocking) atau menjadi terlalu perlahan akibat dari Kesedaran kita sendiri sebenarnya,

Baik, mari kita mudahkan lagi kefahaman itu...
'Sakit' atau 'rasa sakit' yang kita alami sebenarnya merupakan 'sign' (tanda) yang secara automatik 'trigger' diri kita sebagai cara ianya berkomunikasi bahawa ada sesuatu yang tidak beres padanya,

Bila kita tidur di malam hari, Pokok Badan kita ini berusaha sedaya upaya memperbaiki sel-sel dalaman agar kembali kepada fitrahnya kembali,

Baik itu hal-hal yang melibatkan fizikal, trauma, luka batin, ketakutan, kerisauan dan semacamnya,

Namun proses yang sepatutnya berjalan dengan lancar dan menurut aturan Sunnatullah itu sering di 'hijack' oleh Kesadaran kita lebih tepat lagi fikiran kita dalam memaknai 'sakit' yang kita alami itu tadi,

Kita teruskan dengan amalan (habit) lama, kita teruskan dengan makanan yang sama, hiburan yang sama, pola fikir yang sama, emosi yang sama dan sikap juga peribadi yang sama juga tetapi mahu Hasil yang berbeda p**a,

Masakan mungkin...

Maka proses yang sepatutnya berlaku secara alami dan semulajadi itu tadi seolah terhambat (blocking) dan menjadikan perjalanannya terganggu lalu Penyembuhan seolah tidak berlaku atau tidak dapat kita rasai, paling mudah kita pun mengambil jalan singkat dengan mengambil ubat-ubatan yang bersifat 'melegakan sementara' namun tidak benar-benar Menyembuhkan sebenarnya,
Kerana itulah pentingnya Tubuh, Fikiran dan Hati yang merupakan komponen UTAMA Pokok Badan kita ini harus berada pada satu jajaran yang sama, haluan yang sama dan 'outcome' yang sama agar proses Penyembuhan atau biasa kita sebut 'Healing' itu tadi dapat berjalan dengan sempurna dan kembali kepada cara Fitrahnya semula,

Caranya dengan reset kembali Tubuh, Fikiran dan Jiwa itu dengan Keheningan,

Ingat...

Tiada siapa pun yang rosak di dunia ini, baik anda, saya, mereka, atau siapapun jua,

Yang membezakan kita adalah Kesadaran Diri masing-masing terhadap Pokok Badan kita ini,

Orang yang benar-benar MENGENAL DIRI bukanlah orang yang selalu bersembang sampai gajah pun boleh terbang atau berceloteh sampai mata putih naik ke atas bercerita bab 'kenal diri',

Orang yang benar-benar MENGENAL DIRI adalah orang yang benar-benar telah menyata akan apa yang dia teorikan selama ini baik itu pada Kesihatan Tubuh Badan, Kelancaran Finansial, Hubungan Persaudaraan, Ukhwah dan Silahturrahim, Ketenangan Jiwa, Bahagia Batinnya dan Merdeka Fikirannya,
Rahsia dalam mencapai itu semua sebenarnya terkandung dalam NIAT & DOA,

inilah cara kita dapat berkomunikasi dengan Super-Conscious kita sendiri,

Kami akan huraikannnya dalam Quantum Healing Masterclass yang diadakan pada 14 & 15 Februari ini di Selayang Height. Nak hadiri secara online pun boleh saja, namun kami lebih sarankan untuk Hadir berhadapan kerana anda dapat memperoleh Keilmuwan ini secara efektif lagi ditambah dengan sesi-sesi praktikal yang akan kami anjurkan,
Berbaki hanya 3 tempat duduk sahaja lagi,

Kami BUKA kepada mereka yang serius mahu memperbaiki Diri melalui jalannya Quantum Healing,

Kami juga mendoakan anda semua senantiasa diberikan Kesihatan, Keberlimpahan, Kebahagiaan, Ketenangan dan Kasih Sayang yang seluas-luasnya dari Kesemestaan Tanpa Batas!

Izinkan Kami...

Terjadilah!

-Frekuensi Makrifah-

KITA SEBENARNYA MENTAKUTI APA YANG KITA CIPTAKAN PADA MINDA KITA SENDIRISecara dasarnya,  pada Minda kita ini adanya sua...
11/02/2026

KITA SEBENARNYA MENTAKUTI APA YANG KITA CIPTAKAN PADA MINDA KITA SENDIRI

Secara dasarnya, pada Minda kita ini adanya suatu aplikasi semulajadi yang digelar sebagai Imaginasi.

Dengan Imaginasi inilah Minda kita sebenarnya boleh menjadi sangat kreatif. Misalnya kita boleh mengingati masa lalu yang telah berlalu atau membayangkan masa hadapan yang belum terjadi.
Dengan adanya aplikasi Imaginasi ini, maka, ianya dapat membantu dan memudahkan kehidupan kita sehari-hari,

Namun... ada satu isu yang menjadi polemik dewasa ini dengan aplikasi yang satu ini... apakah ianya???
Seperti yang kita semua ketahui,

Pada era yang penuh moden ini, informasi berlegar sangat laju dan sangat pantas. Berbeza pada masa lalu di mana informasi adalah sangat-sangat terhad dan sangatlah s**ar diperolehi. Maka, setiap informasi itu dianggap sebagai 'informasi emas' jika kita rajin menggalinya. Manusia sering tercari-cari jawapan kepada seriap persoalan dan siapa yang berusaha lebih, maka dialah yang memperoleh jawapan itu.

Berbeza p**a dengan zaman yang digelar zaman digital atau lebih tepat lagi zaman serba A.I. ini,

Informasi sekarang amatlah mudah diperolehi, malah seolah seperti sengaja dihamburkan sebanyak-banyaknya. Itu tidak dikira informasi yang berkategori 'sampah' p**a. Bersimpang-siur diantara kebenaran dan kebathilan malah berceracak p**a diantara fakta dan fitnah.
Di sinilah Diri kita diuji dengan keraguan yang semakin memarah di mana kesahihan sesuatu informasi itu menjadi sangat tipis dan fikiran kita sering bercelaru, mengalami 'denial syndrom', sering memberikan hujah falasi dan hingga kepada 'ad hominem' kepada orang lain jika sesuatu perbahasan itu tidak dapat dipertikaikan melalui fakta lagi.

Masyarakat kita sedang 'sakit'

Bukan 'sakit' pada luarannya, tetapi 'sakit' pada jiwa dan fikirannya.
Baik,

Apa kena mengena dengan aplikasi Minda yang digelar Imaginasi tadi?

Pertama sekali, kita harus tahu bahawa Minda kita ini sangat-sangat kreatif, seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi.

Disebabkan ianya sangat kreatif lalu ditambah p**a dengan hamburan informasi yang begitu banyak,

Fikiran kita mula mencipta imaginasi atau gambaran masa depan yang buruk (yang belum pun berlaku) juga sering membawa hati kita kepada kerisauan yang tidak berasas, anxiety, ketakutan yang tidak jelas, berdebar-debar dan jiwa yang sering merasa ragu-ragu.
Kita sering mengambil keputusan yang terburu-buru, tidak berlandaskan fakta dan ilmiah, juga selalu berfikir secara emosional dan reaktif bukan lagi secara logik dan responsif,

Kita juga sering mencipta naratif gambaran ketakutan pada minda kita ini sementelah Minda kita ini tidak dapat membezakan diantara benar atau salah mahupun kebenaran atau kebathilan.

Apa sahaja yang kita fokuskan adalah dianggap BENAR bagi Minda walaupun ia sebenarnya sesuatu yang salah dan bathil.

Kerana semua isu dan permasalahan yang berlegar menjadi polemik inilah yang menjadikan diri kita berada pada titik terendah dalam konteks Kesadaran Hakiki nantinya,
Oleh itu,

Kami berusaha bersama-sama dalam memacu Fikiran Kolektif bagi menyatukan Energi-Energi Murni hasil dari kesepaduan dan kesepakatan dalam ikatan vibrasi yang selaras dan juga kukuh.

Lebih ramai adalah lebih bagus lagi!

Kesepaduan atau Energi kolektif inilah nantinya yang mampu mengubah bagaimana pola vibrasi bumi ini bergetar semula menurut aturan Sunnatullah dan Sunnarasulnya sehingga dapat mempengaruhi pola fikir masyarakat p**a dan sehingga dapat mengubah sesuatu kemustahilan itu menjadi Peluang dan Kesedaran kepada Keberlinpahan,
Izinkan kami untuk membantu anda...

Kita akan bersama-sama belajar memulihkan bukan hanya fizikal, tetapi mental dan emosinal juga dapat dimanfaatkan bukan hanya buat Diri sendiri namun dapat digunakan untuk membantu orang lain juga yang memerlukan,

Kita tidak merawat 'penyakit', apa yang kita buat adalah memulihkan 'pesakit' melalui kaedah yang terdalam melalui aras Quantum. Inilah Rahsia yang selalu 'disembunyikan' agar kita terus-terus bergantung kepada ubat-ubatan yang sebenarnya hanya memberikan kelegaan sementara dan sebenarnya kita harus terikat kepadanya sampai bila-bila,
Berjumpa kita di Quantum Healing Masterclass pada 14 & 15 Februari ini di Selayang Height

Lapangkan dada, lapangkan hati, lapangkan jiwa.

Kita mula MENGENAL DIRI kita sendiri seterusnya menjadikan kehidupan kita lebih sejahtera dan damai hendaknya.

Izinkan kami...

Kami Doakan juga agar semua yang membaca ini dilimpahkan Kerahmatan, Kebahagiaan, Ketenangan dan Kasih Sayang yang seluas-luasnya dari Tuhan Semesta Alam!

-Frekuensi Makrifah-

KEMELEKATAN & KESEDARAN TERTINGGI Untuk melepaskan kemelekatan haruslah lepaskan dgn keheningan,Macamana tu?!Pertama sek...
06/02/2026

KEMELEKATAN & KESEDARAN TERTINGGI

Untuk melepaskan kemelekatan haruslah lepaskan dgn keheningan,

Macamana tu?!
Pertama sekali harus diketahui bahawa otak kita ini akan terus dan sentiasa bekerja sesuai dengan fitrah kejadiannya,

Semakin kita 'menekan-nekan' fikiran kita agar tidak 'berfikir' semakin itulah ia akan menjadi lebih kacau dan berceracak ke sana ke mari,

Manakan mungkin kita dapat menahannya dari menjalankan fungsinya atau Sunnatullah yang telah ditetapkan. Konsepnya sama sahaja seperti kita menahan nafas, macamana lama pun kita tahan akhirnya kita akan terap dipaksa untuk bernafas semula... confirm tercungap-cungap selepas itu, kerana kita cuba untuk melawan Sunnatullah tersebut,
Baik,

Persoalan yang paling utama di sini kenapa kemelekatan boleh terjadi dalam fikiran kita?

Kemelekatan sebenarnya terjadi akibat dari fokus kita terhadap sesuatu. Perlu diketahui juga bahawa kita terlalu benci sesuatu atau seseorang pun bermakna kita sedang memfokus padanya, kita terlalu risau akan sesuatu pun sebenarnya kita sebenarnya sedang memfokus kepada hal itu, malah berdendam dengan seseorang pun dapat membuatkan kita terfokus atau berkemelekatan dengan orang itu sebenarnya,

Pendek kata,

Minda Bawah Sedar kita ini tidak mengenal baik atau buruk, s**a atau benci, positif atau negatif, asalkan kita selalu memikirkan tentangnya walau 'mulut' kita kata kita dah tak mahu 'ingat' dia lagi, namun selagi fikiran dan hati kita sentiasa 'berzikir' tentangnya, maka kemelekatanlah namanya itu,
Oleh itu;

Fikiran liar tidak boleh ditentang dengan kekerasan atau 'menekannya' agar duduk 'diam',

Fikiran kita ini harus kita damaikan dan murnikan kembali,

Jika dalam 'Islamic Teachings' adanya konsep zikiran dengan kalimat-kalimat seperti Istighfar, Kalimah Tauhid, Bersalawat, dll. Itu semua bagi menggantikan fikiran liar kita itu tadi bagi menggantikannya dengan kalimat yang lebih Positif dan cukup Baik untuk kita amalkan,

Dalam Mindfulness p**a, saya sendiri akan ajarkan suatu teknik Keheningan yang Paling ampuh sekali bagi menangani isu Fokus dan juga bagaimana dapat kita memisahkan kemelekatan Diri kita dari sesuatu yang sering kita fokuskan malah fokus kita itu langsung tidak memberi manfaat,

Itu yang akan kita murnikan kembali,
Saya akan kongsikan Teknik Keheningan Mindfulness ini dalam Super-Conscious Therapy Class yang diadakan esok hari yang dijalankan secara online (GMeet).

Kelas ini merangkumi kepelbagaian amalan Mindfulness dan juga bagaimana kita dapat Mengenal Diri kita sendiri melalui pendekatan yang lebih sederhana dan terpandu,

Dari situ nanti kita akan mula menjawab persoalan tentang Penyaksian, Rahsia Basmalah, Pokok Badan, Sunnatullah dan Sunnarasul, kaedah membezakan Haq dan bathil, 4 Kesedaran manusia, cara berkomunikasi dengan Super-Consciousness (Super-Sedar), Quantum Doa, Kosmetik Ego, Emotional Addiction, dll
Dan kita juga akan menjawab soalan yang Paling Agung sekali di Dunia ini:

SIAPA AKU?
MENGAPA AKU DIHIDUPKAN?
APA TUGAS AKU DI SINI?
KE MANA AKU AKAN KEMBALI?

Saya Doakan kita semua senantiasa dilimpahkan Kerahmatan, Kebahagiaan, Kekayaan, Ketenangan dan Kasih Sayang yang seluas-luasnya dari Tuhan Semesta Alam,

Terjadilah!

*(Berminat untuk sertai, saya sediakan linknya di ruangan komen)

-Salam Semesta Alam-

Bakal berlabuh Februari ini... -Perawatan-Tenaga Dalam-Magnetism-Auratherapy-Ilmu Gerak-Mata KetigaBesi Kersani-Meditasi...
13/01/2026

Bakal berlabuh Februari ini...

-Perawatan
-Tenaga Dalam
-Magnetism
-Auratherapy
-Ilmu Gerak
-Mata Ketiga
Besi Kersani
-Meditasi

Sebuah Program Terlangka hanya satu-satunya di Malaysia... enroll NOW!

Tahukah anda bahawa Minda kita ini 1000x lebih hebat dan lebih luas kapasitinya berbanding dengan mana-mana storan pun d...
13/11/2025

Tahukah anda bahawa Minda kita ini 1000x lebih hebat dan lebih luas kapasitinya berbanding dengan mana-mana storan pun di dunia ini, sebagai contoh; pendrive, OTG, SDCard, ExtHDD, SSD dll.

Menurut Alam Spiritual lagi ianya tidak terbatas. Bermakna semakin kita optimumkan Minda kita ini semakin itu ianya mampu 'expanding' lebih luas lagi,

Konsepnya sama seperti otot, semakin kita optimumkan, semakin itu kemampuannya dapat dikembangkan,
Baik,

Yang jadi Menariknya,

Leluhur kita zaman dahulu sebenarnya tahu tentang rahsia kemampuan ini. Masakan tidak... mereka lebih awal mengkaji berkenaan Pokok Badan kita ini dan mula mengklasifikasikannya dalam bentuk tingkatan, lapisan, dan sebagainya

Sebagai contoh 3 lapisan tubuh, 8 lapisan nafsu, 7 peringkat Chakra, dll

Perlu diingat ya, zaman dahulu manusia memang mengkaji sesuatu perkara melalui pendekatan Ilmu Filsafat atau Falsafah berbanding kini manusia mengkaji sesuatu melalui pendekatan eksperimen dan data yang berulang-ulang,

2 konsep lapangan Ilmu yang berbeza namun sebenarnya membawa kepada satu hal yang sama iaitu membenarkan Keberadaan dan Kekuasaan Tuhan Sekalian Alam,
Oleh itu,

Bila leluhur kita sudah faham tentang selok-belok Pokok Badan ini, mereka mula mengambil pendekatan dengan menanamkn 'Kehebatan' itu (termasuk kebolehan tertentu, skill tertentu, pola fikir tertentu dll) mlalui DNA yg kemudian nantinya lepas ribuan tahun ianya akan digelar sebagai 'Saka' dan of course istilah 'Saka' ini akan disalahtafsirkan p**a antara 'gangguan jin' dengan apa yang terkandung pada DNA kita,

*(Biasanya perawat yang kurang mahir akan bantai semuanya jin sakalah)
Saya faham istilah itu s**ar di'murni'kan kembali, kerana apa yang tertanam dan didoktrinkan ke dalam minda kita itu sedikit sebanyak telah melekat kuat hingga menjadi kepercayaan dan keyakinan,

Itu belum yang terus melenting mahu ajak bertomoi kononnya kita mempromosikan jin saka p**a dan melabel kita ini ingin mengatakan bahawa jin saka sebagai 'sisi yang baik',

Walhal dia sendiri tak faham tentang apa yang saya mahu sampaikan,

*(Dalam Kitab Rahsia Alam Melayu saya ada kupas panjang lebar mengenai ini)
Dipendekkan cerita,

apabila leluhur kita memprogram sesuatu pada DNA mereka... Isunya adalah apa yg terprogram itu termasuk juga dengan data-data (yg telah di 'compressed' itu) pada DNA seperti kesedihan, kekecewaan, dendam dn kesumat malah ianya pun mengalir hingga ke lapisan-lapisan keturunan yang selepas-selepas itu,

Maka bila adanya sesuatu hal yang dapat 'trigger' atau menggoncang DNA kita itu tadi, maka data yang telah 'dikecutkan' itu mula terbuka dan mengalir lancar di pembuluh darah kita, natijahnya ada yang mengalami simptom-simptom dan isu-isu yang kadangkala dapat mengganggu urusan sehariannya, dan simptom inilah kadangkala sesetengah perawat gelarnya sebagai gangguan 'jin saka',
Dalam Quantum Healing apa yang ingin kita tekankan adalah bagaimana proses agar kita dapat kendalikan data-data pada DNA kita ini,

Kita akan fahami apa itu Epigenetics, kita akan fahami apa itu Reptilian Brain, kita akan mula belajar tentang apa itu Besi Kersani atau bangsa lain gelarnya sebagai Kundalini,

Kita juga akan menyelaraskan titik-titik Chakra, memahami simbol-simbol universal dan bagaimana untuk merawat Diri sendiri mahupun orang lain melalui pendekatan Auratherapy & Mesmerism,
Di sinilah nantinya 'Magic' akan berlaku, kelancaran Energi bermakna kelancaran juga pada jalan kehidupan dan juga finansial kita,

Kami bukan hadir mengajar... kami hanya berkongsikan dan mengaktifkan saja, selebihnya andalah sendiri yang mencapai kuncinya dan membuka pintunya sendiri,

Izinkan kami membongkarkannya bersama-sama,

Kami Doakan anda semua sentiasa dilimpahi Kerahmatan, Kebahagiaan, Keberlimpahan dan Kasih Sayang yang seluas-luasnya dari Kesemestaan Tanpa Batas! TERJADILAH!

-Frekuensi Makrifah-

Inshaallah 2 minggu lagi... lebih padu lebih menyala dan kita Bangkitkan Sang Phoenix bersamaΒ²! - Auratherapy- EFT & TFT...
11/10/2025

Inshaallah 2 minggu lagi... lebih padu lebih menyala dan kita Bangkitkan Sang Phoenix bersamaΒ²!

- Auratherapy
- EFT & TFT
- Chakra Attunement
- 'Third Eye' Activation
- Pengisian Ilmu Gerak
- Pembangkitan Tenaga Dalam
- Energy Healing
- Besi Kersani
- DNA Activation (leluhur)
- Super Consciousness

-Salam Semesta Alam-

JENIS-JENIS HIPNOSISSeperti yang kebanyakan umum mengetahui, Ilmu Hipnosis sebenarnya terbahagi kepada 2 kump**an UTAMA ...
11/02/2025

JENIS-JENIS HIPNOSIS

Seperti yang kebanyakan umum mengetahui, Ilmu Hipnosis sebenarnya terbahagi kepada 2 kump**an UTAMA iaitu π‘¨π’π’„π’Šπ’†π’π’• π‘―π’šπ’‘π’π’π’•π’Šπ’”π’Ž & 𝑴𝒐𝒅𝒆𝒓𝒏 π‘―π’šπ’‘π’π’π’”π’Šπ’”

Mari kita dalami lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan keduanya:
Boleh dikatakan Modern Hypnosis telah dibangunkan oleh bapa-bapa Hipnosis modern seperti Dr Sigmund Freud, Dr Milton Erickson, Dave Elman dan lain-lain yang mula memahami bagaimana otak dan minda manusia bekerja, menciptakan istilah Minda Sedar & Minda Bawah Sedar, kajian terperinci juga mula dilakukan dengan mengkaji cara kerja fikiran, kaitan kebiasaan dengan cara berfikir seseorang, pola ideo-dinamik dan juga perbedaan seseorang atau setiap orang itu dalam menerima saranan,

Contoh-contoh Modern Hypnosis adalah seperti; Clinical Hypnotherapy, Medical Hypnotherapy, Stage Hypnosis, Hypno-Forensic, Hypno-Motivation, Anodyne Awareness dan lain-lain lagi
Manakala Ancient Hypnotism p**a bermula sejak zaman berzaman tanpa kita tahu siapa yang memulainya kerana ianya telah wujud ribuan tahun sebelum ini tetapi boleh dikatakan bapa Ancient Hypnotism yang paling pop**ar di sepanjang sejarah Keilmuwan Hipnosis adalah seperti Dr Franz Anton Mesmer, Marquis De Puysegur, John Elliotson dan lain-lain yang pada awalnya membangunkan teori berkenaan cairan universal yang dipanggil sebagai Animal Magnetism barulah kemudiannya dikembangkan praktek di klinik-klinik awal sebelum terbangunnya apa yang dikatakan Modern Hypnosis itu tadi,

Antara contoh-contoh Ancient Hypnotism adalah seperti; Mesmerism, Magnetism, Reiki, Auratherapy, Energy Healing, Astral Projection, Metaphysical Hypnosis, Spiritual Hypnotherapy, Shaman Technique, Royal Touch dan lain-lain lagi,
Pendek kata,

Kedua-dua cabang ini berkembang dengan sangat Baik dan ianya menurut minat, kecenderungan dan preferensi setiap pengamalnya aja sebenarnya,

Namun sayangnya, Ancient Hypnotism kini tidaklah dianggap sebagai sebahagian dari Keilmuwan Hipnosis kerana ia kononnya tidak dapat dibuktikan secara Klinikal walhal Ancient Hypnotism juga merupakan awal mulanya bagaimana Keilmuwan Hipnosis itu berkembang menjadi sebuah Pengaruh yang sangat besar hingga ke seluruh Dunia sampailah ke HARI INI!
Lihat sahaja dua kump**an ini saling bertelagah dan berbalah sesama sendiri kerana masing-masing mengatakan bahawa yang satunya tidak 'valid' dalam perawatan moden, sesat lagi menyesatkan, terkeluar akidah dan yang satunya p**a mengatakan yang satu lagi terlalu logik, tidak sepenuhnya menyembuhkan atau s**ar difahami oleh orang awam kerana terlalu sulit dimengerti istilah-istilah modennya,

Kerana itu saya merupakan orang PERTAMA di Malaysia yang menghurai Keilmuwan Hipnosis melalui perspektif yang lebih terbuka terhadap kedua cabang ini lalu berusaha mengecilkan jurang diantara keduanya sejak saya muncul di pentas-pentas pada tahun 2015 (sebelum itu saya hanya mengajarkan secara personal mahupon di gelanggangΒ² kecil),

Kitab saya yang pertama yang bertajuk 'π‘΄π’†π’•π’‚π’‘π’‰π’šπ’”π’Šπ’„π’‚π’ π‘―π’šπ’‘π’π’π’”π’Šπ’”: π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π‘Ίπ’‚π’Œπ’•π’Š π‘Ήπ’‚π’‰π’”π’Šπ’‚ π‘Ήπ’–π’Žπ’‘π’–π’ 𝑡𝒖𝒔𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂' yang pernah dikeluarkan pada tahun 2017 dan dicetak ulang banyak kali itu telah mula membedah tentang hal ini malah Kitab kedua yang bakal saya luncurkan Mac ini yang bertajuk 'π‘²π’Šπ’•π’‚π’ƒ π‘Ήπ’‚π’‰π’”π’Šπ’‚ π‘°π’π’Žπ’– π‘΄π’†π’π’‚π’šπ’–: 𝑴𝒆𝒏𝒖𝒓𝒖𝒕 π‘―π’Šπ’‘π’π’π’”π’Šπ’” & π‘Ίπ’‘π’Šπ’“π’Šπ’•π’–π’‚π’' lebih dalam lagi membahaskan berkenaan terkaitnya elemen-elemen Spiritual dan Sains Quantum dalam Keilmuwan Hipnosis,

Kerana mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh lari dari realiti itu,
Antara Kelas yang saya jalankan bagi menerangkan duduk perkara tentang keduanya p**a misalnya kelas yang tertumpu dalam Modern Hypnosis iaitu 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒔 π‘΄π’Šπ’π’…π’‚ π‘©π’‚π’˜π’‚π’‰ 𝑺𝒆𝒅𝒂𝒓 & π‘¨π’‘π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š π‘―π’Šπ’‘π’π’π’”π’Šπ’” yang saya jalankan baik secara online mahupon offline, kelas berkala dan diterangkan satu persatu berkenaan Hipnosis dari sudut klinikal. Manakala Kelas yang berbasis Ancient Hypnotism ialah π‘¨π’–π’“π’‚π’•π’‰π’†π’“π’‚π’‘π’š + π‘΄π’†π’”π’Žπ’†π’“π’Šπ’”π’Ž π‘·π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž atau sebuah lagi kelas yang dinamakan π‘Έπ’–π’‚π’π’•π’–π’Ž π‘―π’†π’‚π’π’Šπ’π’ˆ 𝑴𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓𝒄𝒍𝒂𝒔𝒔 yang lebih sesuai diadakan secara berhadapan kerana prosesnya banyak melibatkan praktikal dan amali,
Platform ini disesuaikan khas buat mereka juga tergantung kepada minat, kecenderungan dan juga preferensi setiap orang yang mana dia mahu dalami sama yang berbentuk modern & Klinikal atau mereka yang lebih meminati cabang ancient dan tampak lebih sakti,

Yang penting kita tidak perlu berbalah mengenai siapa yang lebih benar dan siapa yang lebih ampuh tekniknya sama ada menggunakan yang modern mahupon yang ancient, kerana akhirnya yang menentukan kesembuhan setiap orang itu adalah Kecerdasan Tanpa Batas (Tuhan Semesta Alam) jua, tergantung jua kepada elemen-elemen lain seperti 'kekuatan Rappot' diantara kita dan subjek, Hypnotisablity seseorang, tahap suggestiblity dan sensitivity individu tersebut,

Tidak perlu berbalah, tidak perlu bertelagah, sebarkan aja Kasih Sayang sesama Insan kerana dengan Cinta itulah nantinya manusia disembuhkan secara alamiah bukan dengan paksaan dan bukan p**a dengan tanpa kerelaan,
Sekiranya anda BERMINAT ingin mendalami baik itu Keilmuwan yang berbasis Moden mahupon itu Keilmuwan yang berbasis Ancient,

Mulakan langkah PERTAMA dalam langkah anda sebagai Hypnotherapist mahupon sebagai Healer yang bertauliah, pilih aja melalui minat dan kesesuaian anda sendiri, Inshaallah!

Hujungnya anda sendirilah yang menentukannya, kami hanya bukakan jalan, anda yang membuka mangganya dan melangkah masuk ke Alam yang Penuh Misteri ini. Ingat! Kesaktian hanya didapatkan dengan Amalan, itulah kuncinya!

Akhir kata...
Salam Cinta, Salam Bahagia,

-Salam Semesta Alam-

Address

No. 7L, Jalan Dato' Musa
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Quantum Success Program - QSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Quantum Success Program - QSP:

Shortcuts

Share

Category