Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) Sarawak State Health Department, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

The health services provided by the Sarawak Health Department are delivered through a network of static and mobile facilities that provide promotive, preventive, curative and rehabilitative care.

31/07/2026

JENDELA FIKIR

Topik: Profesion Jururawat Tunjang Kesihatan Negara
Tetamu: Norlaila Mohd Husin, Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan, Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐„๐๐€๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐’ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€!Hari Hepatitis Sedunia, yang disambut pada 28 Julai setiap tahun, bertujuan untuk meningk...
30/07/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐„๐๐€๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐’ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€!

Hari Hepatitis Sedunia, yang disambut pada 28 Julai setiap tahun, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang hepatitis โ€” sekumpulan penyakit berjangkit yang dikenali sebagai hepatitis A, B, C, D, dan E โ€” serta menggalakkan pencegahan, diagnosis dan rawatan.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan menganjurkan dwi-webinar dengan topik "Hepatitis B and Hepatitis C" oleh Dr. Samuel Wong Leong Kheng, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Petra Jaya dan "Management of antenatal mothers with syphilis" oleh Dr. Tang Min Moon, Pakar Dermatologi, Hospital Umum Sarawak.

Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang - 4.00 petang
Platform: Google Meet
Pautan: http://meet.google.com/rks-jsup-pbt
Moderator: Dr. Haseanti Binti Hussein, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

JOM SAMA-SAMA KITA IKUTI SIRI WEBINAR HIV/STI/Hep C

HIV = Human Immunodeficiency Virus
STI = Sexually Transmitted Infections (Jangkitan Kelamin)
Hep C = Hepatitis C

Sorotan sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang turut menyaksikan Peluncuran Sambutan H...
30/07/2026

Sorotan sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang turut menyaksikan Peluncuran Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2026 yang disambut setiap 28 Julai.

Sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan JKN Sarawak dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hepatitis serta kepentingan pencegahan, saringan awal dan rawatan.

โœจ Sempena sambutan ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk orang ramai, antaranya:
๐Ÿ“Œ CME Webinar Hepatitis B & C pada 31 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Cabaran 300,000 Langkah melalui aplikasi BookDoc, bermula 28 Julai hingga 31 Ogos 2026

Kami mengalu-alukan penyertaan semua warga Sarawak. Bersama-sama kita amalkan gaya hidup sihat, tingkatkan kesedaran mengenai hepatitis, hapuskan stigma, dan jadikan saringan sebagai langkah awal melindungi diri serta orang tersayang.

๐Ÿ’š Hepatitis: Cegah. Saring. Rawat.

MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN SEKOLAH JPNSโ€“JKNS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BAGI MEMPERKASA KESEJAHTERAAN MURIDKUCHI...
29/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN SEKOLAH JPNSโ€“JKNS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BAGI MEMPERKASA KESEJAHTERAAN MURID

KUCHING, 28 Julai 2026 โ€“ Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Sekolah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dan Dr. Ho Ai Chia, Pakar Perunding Kesihatan Awam merangkap Ketua Seksyen Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dalam memastikan pengurusan kesihatan sekolah di negeri Sarawak terus diperkasa secara menyeluruh, sistematik dan berkesan.

๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ค๐ข๐ญ๐š. ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐ค๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ !Semak kelayakan PeKa Sihat untuk menikmati manfaat seperti:โœ… Sa...
29/07/2026

๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐ค๐ข๐ญ๐š. ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐ค๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ !

Semak kelayakan PeKa Sihat untuk menikmati manfaat seperti:
โœ… Saringan Kesihatan PERCUMA
โœ… Bantuan Rawatan Kanser sehingga RM1,000
โœ… Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000
โœ… Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000

Tiada pendaftaran dan bawa MyKad ke klinik panel untuk mendapatkan saringan kesihatan.

๐ŸŒ Semak kelayakan sekarang di www.pekab40.com.my


Adalah diharapkan agar orang ramai tidak memandang ringan terhadap Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan larangan mer...
28/07/2026

Adalah diharapkan agar orang ramai tidak memandang ringan terhadap Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan larangan merokok di tempat awam yang telah diwartakan sejak sekian lama.

Penguatkuasaan akta berkenaan bukan bertujuan menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi melindungi orang awam, khususnya golongan bukan perokok dan kanak-kanak, daripada bahaya asap rokok.

Untuk membaca artikel penuh, sila klik https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/28/merokok-di-kedai-makan-empat-lelaki-didenda-rm3000?fbclid=IwdGRjcATVHHVjbGNrBNUccGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHgRqZKorYwULGBmyDlmZkoki11RjpnbrlMtj1ecIBoyfJep3ZiTVotLnM441_aem_bEi4guS2eFhudJReDf6pEw

2026-07-28T11:56:00+08:00 Julai 28, 2026, Selasa - 11:56am KUCHING: Empat lelaki masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau dua bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas kesalahan merokok di kawasan larangan iaitu di kedai makan di sekitar Kuching. Hukuman i...

Tahukah anda? Malaysia mempunyai matlamat yang besar menjelang tahun 2030 untuk memerangi Hepatitis! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kita menyasarkan...
28/07/2026

Tahukah anda? Malaysia mempunyai matlamat yang besar menjelang tahun 2030 untuk memerangi Hepatitis! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kita menyasarkan pengurangan kes baharu Hepatitis B sebanyak 95% dan Hepatitis C sebanyak 80%.
Bagaimana kita boleh mencapainya? Melalui langkah ๐”๐‰๐ˆ โ€ข ๐Š๐„๐’๐€๐ โ€ข ๐‘๐€๐–๐€๐“ โ€ข ๐’๐„๐Œ๐๐”๐‡
๐Ÿ›ก๏ธ ๐‚๐„๐†๐€๐‡ (๐‡๐ž๐ฉ๐š๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ฌ ๐): Pastikan bayi anda menerima Dos Lahir (Birth Dose) dalam tempoh 24 jam pertama dan lengkapkan 3 dos vaksin untuk perlindungan sepanjang hayat
๐Ÿ” ๐”๐‰๐ˆ (๐’๐š๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง): Saringan kini lebih mudah dengan Kit Ujian Pantas (RTK-HCV). Bagi ibu hamil, saringan adalah WAJIB untuk mengelakkan jangkitan kepada bayi
๐Ÿ’Š ๐‘๐€๐–๐€๐“ (๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง): Jangan bimbang, rawatan antiviral (DAA) yang berkesan kini tersedia di Klinik Kesihatan (Penjagaan Primer) berhampiran anda. Ingat, Hepatitis B boleh dikawal, manakala Hepatitis C boleh sembuh!

Bertindak Sekarang. Jalani Saringan Hari Ini!

๐‰๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐” ๐Ÿ˜ทBuat anda yang gigih mencari rezeki di luar sana, kesihatan tetap nombor satu. Amalka...
28/07/2026

๐‰๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”
๐Ÿ˜ท

Buat anda yang gigih mencari rezeki di luar sana, kesihatan tetap nombor satu. Amalkan langkah-langkah berikut untuk melindungi diri daripada kesan jerebu:

๐Ÿ’ง ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐‡๐ข๐๐ซ๐š๐ญ: Sentiasa minum air kosong secukupnya.
๐Ÿ  ๐‡๐š๐๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ž๐๐š๐ก๐š๐ง: Kurangkan aktiviti di luar jika tiada keperluan.
๐Ÿงผ ๐‰๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข: Kerap cuci tangan, muka, dan mandi sejurus pulang dari luar.
๐Ÿ˜ท ๐†๐ฎ๐ง๐š ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Œ๐ฎ๐ค๐š: Pakai pelitup muka jika anda perlu keluar rumah/bekerja.

Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika anda berasa tidak sihat!

Untuk info lanjut mengenai bahaya jerebu, layari laman sesawang https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html




๐€๐–๐€๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐†๐”๐‹๐€ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐”๐๐˜๐ˆ! ๐ŸšจPernahkah anda terfikir berapa banyak gula yang anda 'telan' dalam satu tin minuman kege...
27/07/2026

๐€๐–๐€๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐†๐”๐‹๐€ ๐“๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐”๐๐˜๐ˆ! ๐Ÿšจ

Pernahkah anda terfikir berapa banyak gula yang anda 'telan' dalam satu tin minuman kegemaran anda?

๐Ÿฅค Minuman Berkarbonat (1 tin / 325 ml): Mengandungi 7 sudu teh gula.
โšก Minuman Tenaga (1 tin / 250 ml): Mengandungi 8 sudu teh gula.

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ?
Saranan pengambilan gula harian untuk individu dewasa (dengan keperluan 1500 Kcal) adalah tidak melebihi 7.5 sudu teh sehari. Ini bermakna, hanya dengan meminum satu tin minuman tenaga, anda sudah melepasi had maksimum yang disarankan untuk tubuh anda!

"๐Œ๐š๐ง๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š, ๐’๐ž๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง๐ฒ๐š."

Rasa manis itu memang sedap, tetapi kesan buruk pengambilan gula berlebihan seperti obesiti, kencing manis, dan penyakit jantung akan membebankan anda seumur hidup.

Ayuh bertindak!
๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ ๐’๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐Œ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ: Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.
๐Ÿ. ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐๐š๐Ÿ๐ฌ๐ฎ: Hadkan pengambilan minuman berkarbonat dan minuman tenaga.
๐Ÿ‘. ๐‰๐š๐๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐ข๐ฃ๐š๐ค: Sentiasa cakna dengan kandungan "gula tersembunyi" dalam makanan dan minuman anda.

Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman! ๐Ÿ˜






Salam Takziah buat keluarga mendiang Roseline Anak Garai, Penyelia Jururawat U7, berkhidmat di Hospital Miri, yang telah...
27/07/2026

Salam Takziah buat keluarga mendiang Roseline Anak Garai, Penyelia Jururawat U7, berkhidmat di Hospital Miri, yang telah meninggal dunia pada 25 Julai 2026 (Sabtu).

Semoga mendiang bersemadi dengan aman.

Address

Kabong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share