RPWP Healthcare

Call Directions Website

RPWP Healthcare Social Enterprise that focus on developing healthcare products

12/10/2026

MEMBUKA DUNIA SUNYI, MERAPATKAN JURANG KOMUNIKASI

Alhamdulillah, selesai sudah program Saringan Pendengaran Sempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini!

Pengalaman kali ini benar-benar membuka mata dan memberi seribu satu makna buat kami di Yayasan Pelangi Malaysia. Banyak perkara baharu yang kami pelajari, terutamanya tentang bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih efektif bersama komuniti pekak, ahli keluarga, dan para pendidik mereka.

Komunikasi bukan sekadar suara atau bunyi adalah tentang kefahaman. Kami belajar menggunakan bahasa isyarat, penulisan, ekspresi muka, serta alat bantu yang sesuai demi memberikan pemahaman terbaik buat penerima manfaat dan keluarga mereka.

Teruja Tahu Tahap Pendengaran Diri & Keluarga!

Menariknya, program kali ini turut dihadiri orang ramai yang tidak pernah membuat ujian pendengaran sebelum ini. Masing-masing teruja dan gembira apabila dapat melihat sendiri keadaan telinga serta mengetahui tahap pendengaran mereka dan ahli keluarga.
Satu Langkah Menuju Perubahan

12/10/2026

Tiada sambutan Hari Audiologis Sedunia yang lebih bermakna melainkan menghabiskan masa seharian bersama sahabat kerjasama dari USM dan organisasi berbilang displin, menghayati semula erti sebenar nilai kehidupan bersama golongan di usia senja.

Audiologi bukan sekadar sains merawat telinga, ia adalah usaha menyambung kembali jambatan kemanusiaan. Mengembalikan pendengaran mereka bermakna memecahkan tembok kesunyian, memulihkan maruah, dan mengembalikan hak mereka untuk terus berbual, ketawa, dan dihargai.

Selamat Hari Audiologis Sedunia. Kerana tiada siapa yang patut ditinggalkan dalam sunyi.

12/10/2026
12/10/2026

Selamat Hari Audiologis Sedunia

Apa jadi bila komuniti Putrajaya singgah untuk check pendengaran?Sempena Mini Karnival Komuniti Putrajaya 2026, kami ber...
09/10/2026

Apa jadi bila komuniti Putrajaya singgah untuk check pendengaran?

Sempena Mini Karnival Komuniti Putrajaya 2026, kami berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat yang singgah ke saringan pendengaran.

Ada yang datang sebab ingin tahu. Ada yang sekadar singgah melihat apa yang kami buat. Ada juga yang mengambil peluang untuk memeriksa pendengaran sendiri.

Antara perkara yang menarik ialah apabila kita mula berborak tentang pendengaran, barulah ada yang berkongsi pengalaman mereka, susah nak faham percakapan di tempat bising, selalu minta orang ulang ayat atau rasa pendengaran sudah berubah berbanding dahulu.

Kadang-kadang, kita terlalu biasa dengan keadaan sendiri sampai tak sedar ada sesuatu yang perlu diperiksa.

Terima kasih kepada komuniti Putrajaya yang sudi singgah dan mengambil tahu tentang kesihatan pendengaran.

Penghargaan juga kepada team ENT dan Audiologis Hospital Putrajaya, Hospital An-Nur serta semua pihak yang menjayakan program ini.

Semoga selepas ini, lebih ramai sedar bahawa menjaga pendengaran bermula dengan mengambil tahu tentangnya.

“Dunia orang Pekak mesti sunyi…”Saya pun pernah fikir macam tu.Tapi selepas berada dalam program besar bersama komuniti ...
30/09/2026

“Dunia orang Pekak mesti sunyi…”

Saya pun pernah fikir macam tu.

Tapi selepas berada dalam program besar bersama komuniti orang Pekak

Rupanya...

Ada gelak ketawa.
Ada persembahan.
Ada perniagaan.
Ada keluarga & kawan-kawan.

Kadang saya rasa lagi meriah daripada kita.

Yang menariknya, mereka datang dari pelbagai lokasi dan masing-masing ada cerita serta cara komunikasi sendiri.

Saya pernah belajar BIM, tapi di sana saya sedar komunikasi sebenarnya jauh lebih luas daripada apa yang saya tahu.

Dan saya sangat tersentuh melihat keluarga serta individu yang boleh mendengar turut berada di situ untuk menyokong, bekerja bersama dan melayan komuniti dengan begitu sabar dan mesra.

Hari itu mengubah satu perkara dalam fikiran saya.

Selama ini, kita mungkin terlalu mudah melihat orang Pekak melalui apa yang mereka tidak boleh dengar.

Tetapi bila berada bersama mereka, saya nampak apa yang mereka boleh lakukan.

Mereka bekerja.
Mereka berniaga.
Mereka berkarya.
Mereka bersosial.

Mereka mampu.

Dan mungkin mereka bukan perlukan kita untuk melihat mereka dengan rasa kasihan.

Mereka cuma perlukan ruang, peluang dan cara komunikasi yang membolehkan mereka difahami, sama seperti kita.

Pernah tak terfikir… macam mana rasanya melihat dunia melalui bahasa yang berbeza?Esok, kita bukan sekadar datang untuk ...
25/09/2026

Pernah tak terfikir… macam mana rasanya melihat dunia melalui bahasa yang berbeza?

Esok, kita bukan sekadar datang untuk melihat persembahan atau menyertai aktiviti.

Kita datang untuk mengenali, memahami dan meraikan komuniti Orang Pekak.

Menariknya, komunikasi manusia bukan hanya tentang suara.

Ada bahasa isyarat.
Ada ekspresi.
Ada gerak tubuh.

Ada cara kita berhubung tanpa perlu satu perkataan pun.

Dan sempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2026, kami turut bersama anda untuk satu perkara yang sangat dekat dengan komunikasi:

Saringan Pendengaran PERCUMA

Mungkin selama ini kita anggap pendengaran kita perkara biasa.

Esok, ambil sedikit masa untuk check.
Bawa ibu ayah.
Bawa pasangan.
Bawa anak-anak.
Atau datang sendiri.

📅 Sabtu, 26 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

🤟 Belajar BIM
🎭 Saksikan persembahan kebudayaan
🖼 Lihat pameran & pembentangan
🛍 Sokong lebih 50 usahawan Pekak & OKU
🎉 Sertai aktiviti menarik & cabutan bertuah
🎟 Masuk PERCUMA & terbuka kepada semua.

Datang untuk meraikan komunikasi dalam pelbagai bentuk.

Dan singgah untuk mengenali pendengaran anda sendiri.

Jumpa kami esok!

✨ ONLY 2 DAYS TO GO! ✨

The countdown is officially on! 💙🤟

This 26 September 2026, join us for Sambutan Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2026 — a day dedicated to celebrating the Deaf community, promoting inclusion, empowering Deaf and OKU entrepreneurs, and standing together for Deaf People’s Human Rights.

As we get closer to the big day, we are proud to introduce and recognise our Platinum & Gold Sponsors, whose generous support has helped make this celebration possible. 🌟

💎 PLATINUM SPONSORS
⭐ KPJ Healthcare Berhad
⭐ Yayasan Sime Darby
⭐ Starbucks Malaysia

🥇 GOLD SPONSORS
⭐ ZUS Coffee
⭐ Grab Malaysia
⭐ GXBank
⭐ Tenaga Nasional Berhad (TNB)
⭐ Indah Water Konsortium (IWK)
⭐ Director Think Tank

A heartfelt thank you to all our sponsors for standing with the Deaf community and supporting a more inclusive Malaysia. 🤟💙

📅 26 September 2026 (Saturday)
⏰ 8.00 AM – 4.00 PM
📍 IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
🎟️ FREE ENTRY — Everyone is Welcome!

ONE DEAF, ONE COMMUNITY.
See you in 2 DAYS! 🙌

DeafCommunity DeafAwareness InclusionMatters OneDeafOneCommunity IDD2026 KualaLumpur

Behind the scenes Audiologis…Kadang-kadang bila tengok hearing aid, kita nampak macam “alat kecik” je.Tapi di sebalik tu...
25/09/2026

Behind the scenes Audiologis…

Kadang-kadang bila tengok hearing aid, kita nampak macam “alat kecik” je.

Tapi di sebalik tu ada banyak benda yang perlu kita fahami.

Teknologi, fungsi, setting dan yang paling penting, bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keperluan setiap individu.

Sebab setiap orang datang dengan cerita dan keperluan yang berbeza.

Jadi, sebagai audiologis, belajar tak berhenti setakat apa yang kita dah tahu shj.

Kita tetap kena refresh, explore dan share pengalaman supaya kita boleh buat keputusan yang lebih baik untuk setiap pesakit.

Terima kasih Pn. Mawarni & team Audiologis HPJ untuk perkongsian dan sesi training.

Kalau Anak Anda Diberi Satu Peluang Untuk Menunjukkan Bakatnya…Apa agaknya yang dia akan buat?Mungkin dia akan berdiri d...
18/09/2026

Kalau Anak Anda Diberi Satu Peluang Untuk Menunjukkan Bakatnya…

Apa agaknya yang dia akan buat?

Mungkin dia akan berdiri di hadapan orang ramai dan bercerita.

Mungkin dia akan menghasilkan sesuatu dengan warna dan imaginasinya.

Atau mungkin… kita akan jumpa satu sisi anak yang selama ini belum pernah kita lihat.

Sebab itu ruang untuk anak-anak mencuba sangat penting.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul ﷺ di Masjid Sungai Ramal Luar Sabtu ini, anak-anak dijemput menyertai:

Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad SAW
Pertandingan Mewarna

Jom bawa anak-anak anda datang sekali, beri mereka peluang untuk mencuba, berkarya dan mengasah bakat terpendam.

Dan untuk ibu ayah, sambil menemani anak-anak, apa kata check pendengaran sekali?

• Pemeriksaan salur telinga menggunakan kamera
• Saringan pendengaran
• Untuk kanak-kanak & dewasa

Tak pernah check pendengaran?
Inilah peluang untuk ambil tahu keadaan pendengaran diri sendiri dan keluarga.

📅 19 September 2026, Sabtu
⏰ 8.00 pagi
📍 Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang

RPWP Healthcare

Salam Ramadan buat semua.Dalam kesibukan ibadah dan keluarga,jangan lupa kesihatan pendengaran juga perlukan perhatian.P...
19/02/2026

Salam Ramadan buat semua.

Dalam kesibukan ibadah dan keluarga,
jangan lupa kesihatan pendengaran juga perlukan perhatian.

Pemeriksaan awal, langkah kecil yang bermakna.

Address

A-01-05, Jalan Seri Kenari 10 Taman Seri Kenari
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 10:30 - 20:00
Tuesday 10:00 - 20:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 20:00
Friday 10:00 - 20:00
Saturday 10:00 - 20:00
Sunday 10:00 - 20:00

Telephone

+60166261801

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RPWP Healthcare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share