Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan An

ak, 14 Klinik Desa dan 7 Klinik 1 Malaysia beroperasi di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat memberikan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta perkhidmatan sokongan seperti rehabilitasi, radiology (x-ray), pemakanan dan dietary, perkhidmatan sosial perubatan.
2. Kawalan Penyakit dan Persekitaran meliputi program kawalan penyakit berjangkit, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit TB/Kusta, kawalan HIV/AIDS, kesihatan persekitaran, kawalan mutu air minuman, bekalan air kesihatan awam dan sanitari (BAKAS), inspektorat dan perundangan.
3. Farmasi yang memberikan perkhidmatan ubat-ubatan di klinik-klinik di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat.
4. Kualiti dan Keselamatan Makanan.

10/07/2026

Hanya 10 Minit Seminggu Untuk Kawasan Bebas Denggi

"Satu bekas kecil menakung air, cukup untuk jadi tempat pembiakan Aedes."
Jangan tunggu sehingga kawasan kita mencatatkan kes
denggi baru nak bertindak. Cegah awal dengan langkah Cari & Musnah rutin ini:
1. Periksa: Pasu bunga & takungan air.
2. Tutup: Bekas penyimpanan air dengan rapat.
3. Bersihkan: Palung air yang tersumbat.
4. Buang & Kosongkan: Barang terpakai serta bekas kosong.
Lindungi diri, keluarga, dan komuniti anda hari ini.

08/07/2026

Jom kita baca Teknik Kawal Emosi πŸͺ·βœ¨

07/07/2026

Endometriosis merupakan situasi di mana lapisan tisu dalam dinding rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari dan dinding pelvis. Tisu tersebut akan turut berdarah semasa kedatangan haid dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik seperti senggugut yang teruk dan sebagainya.

Dikongsikan keadaan-keadaan yang boleh dialamioleh wanita yang menghadapi endometriosis.

Dapatkan pemeriksaan daripada pakar kerana masalah ini boleh dikawal dengan rawatan yang sewajarnya.

07/07/2026

πŸ’§ Air yang bersih, makanan yang selamat, keluarga yang sejahtera. πŸ₯—βœ¨

Tahukah anda? Keselamatan makanan bermula daripada perkara yang paling asas – menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.

Air yang tercemar atau bahan mentah yang tidak berkualiti boleh menjadi medium penyebaran bakteria, virus dan parasit yang menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti cirit-birit, keracunan makanan dan jangkitan usus.

βœ… Amalkan langkah mudah ini:
πŸ’§ Gunakan air yang bersih dan selamat untuk memasak serta mencuci makanan.
πŸ₯¬ Pilih bahan mentah yang segar daripada pembekal yang dipercayai.
🚰 Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan air bersih sebelum dimakan atau dimasak.
🧊 Pastikan bahan mentah disimpan pada suhu yang sesuai bagi mengekalkan kualiti dan keselamatannya.

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya keselamatan makanan dalam setiap penyediaan hidangan. Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini mampu melindungi kesihatan keluarga dan komuniti pada masa hadapan.

🌍 Daripada Bebanan kepada Penyelesaian – Makanan Selamat di Mana Jua.




Jom menimba ilmu bersama-sama kami!Ketahui tentang ketagihan gajet dari sudut klinikal dan psikologi.Diharapkan ilmu ini...
06/07/2026

Jom menimba ilmu bersama-sama kami!

Ketahui tentang ketagihan gajet dari sudut klinikal dan psikologi.

Diharapkan ilmu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.

Untuk sertai secara VC,sila klik link di bawah:

CME GADGET ADDICTION ANJURAN PKD HULU LANGAT
Monday, Jul 6 β€’ 14:00 – 17:00
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/dnw-fjhd-xmh

05/07/2026
05/07/2026

Tiada Kompromi Terhadap Pelanggaran Larangan Merokok

Nampak papan tanda larangan merokok, jangan buat-buat tak nampak ya.

Ramai masih anggap merokok di kawasan larangan perkara kecil. Hakikatnya, asap rokok dan v**e memberi kesan kepada orang di sekeliling termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Penguatkuasaan Akta 852 kini lebih tegas. Mulai 15 Oktober 2025, tiada lagi pengurangan kompaun bagi kesalahan di bawah Akta 852.

Merokok di kawasan larangan?

Kompaun RM250!

Kesalahan berulang? Boleh terus dibawa ke mahkamah.

Tahukah anda, terdapat 28 kawasan dan tempat larangan merokok yang telah diwartakan di bawah Akta 852.

Undang-undang ini bukan untuk menyusahkan perokok, tetapi untuk melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok dan v**e.

Jadi, kalau nampak tanda 🚭, hormatilah hak orang lain untuk menghirup udara yang lebih bersih.

Jika anda sedang berusaha untuk berhenti merokok, ini mungkin masa terbaik untuk bermula.

Dapatkan bantuan dan sokongan melalui Program Berhenti Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia di jomquit.moh.gov.my

πŸ“– Baca artikel penuh di ruangan komen.

02/07/2026

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA. Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh me...
01/07/2026

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.



Sumber: FB KKM

30/06/2026

Ayuh kita berikrar sebagai penderma organ. Pendaftaran kini mudah di aplikasi MySejahtera

Address

Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

0387367770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share