07/08/2026
๐ฏ SIRI EDUKASI INDUSTRI MADU #01
KENALI MADU ASLI DI MALAYSIA ๐ฒ๐พ
Bismillah. Sempena pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, kita mulakan satu usaha kecil โ satu siri, satu perkongsian ilmu tentang madu.
Malaysia mempunyai kepelbagaian madu asli yang cukup menarik โ Madu Tualang, Madu Hutan, Madu Apis cerana dan Madu Kelulut.
๐ Berbeza spesies lebah.
๐ณ Berbeza asal usul dan persekitaran sarang.
๐ฏ Maka, ciri madunya juga boleh berbeza.
Sebab itu, memahami madu bukan sekadar melihat sama ada ia pekat atau cair. Penggunaan nama madu juga perlu dibuat dengan lebih tepat dan telus berdasarkan asal usulnya.
Contoh yang mudah:
๐ Apis dorsata bersarang pada Pokok Tualang (Koompassia excelsa) โ Madu Tualang.
๐ณ Apis dorsata pada pokok atau lokasi hutan lain โ Madu Hutan.
๐ Apis cerana โ Madu Apis cerana.
๐ Lebah tanpa sengat (Meliponini) โ Madu Kelulut.
Maka satu perkara mudah untuk kita ingat:
โSemua Madu Tualang ialah Madu Hutan, tetapi bukan semua Madu Hutan ialah Madu Tualang.โ
Perkongsian ini bukan untuk menentukan madu mana yang lebih hebat, jauh sekali untuk merendahkan mana-mana jenis madu atau pengusahanya.
Ia tentang ILMU โข SAINS โข KETELUSAN โข INTEGRITI โ supaya pengguna lebih memahami apa yang mereka beli, dan pengusaha p**a lebih tepat dalam menerangkan apa yang mereka hasilkan.
Insya-Allah, melalui Siri Edukasi Industri Madu ini, kita akan berkongsi satu topik pada satu masa โ daripada asas jenis madu, kelembapan, fermentasi dan HMF sehinggalah kepada kaedah moden dalam menilai ketulenan madu.
Ketelusan membina kepercayaan.Kepercayaan mengukuhkan industri. ๐ฒ๐พ๐ฏ๐
Semoga perkongsian ilmu pada pagi Jumaat ini memberi manfaat kepada pengguna, penternak, pengusaha dan seluruh komuniti industri madu Malaysia. Aamiin. ๐คฒ
Siri Edukasi Industri Madu #01
Disediakan oleh: Mohd Iszairi Ismail
Setiausaha Agung, GPUKM | Pengasas KeluBee