Klinik As-Salam HQ

Klinik As-Salam HQ Bangi | Kajang | Kajang Utama | Pekan Kerling | Kuala Kubu Bharu | Bandar Seri Putra | Semenyih | Bandar Indera Mahkota | Ampang | Lembah Keramat

Klinik As-Salam is a family-centred healthcare provider dedicated to delivering comprehensive, accessible, and patient-focused medical services to Malaysian communities. Guided by our vision to become the preferred provider of high-quality healthcare with exceptional care and experience, we continually strive to make healthcare simpler, safer, and more meaningful for every patient.

Semalam kita makan sedap-sedap. Hari ini, perut mula memulas.Mula-mula ingat “salah makan sikit je”.Lepas tu mula cirit-...
19/06/2026

Semalam kita makan sedap-sedap. Hari ini, perut mula memulas.

Mula-mula ingat “salah makan sikit je”.
Lepas tu mula cirit-birit. Muntah. Badan lemah. Demam p**a datang.

Dalam rumah yang sama, anak kecil pun mula mengadu sakit perut. Mak ayah mula risau.

Bila difikir balik, mungkin makanan yang dimakan nampak biasa sahaja. Restoran pun nampak ramai orang. Tempat pun nampak “pop**ar”.

Tapi inilah yang ramai terlepas pandang.

Restoran yang nampak meriah tidak semestinya bersih.
Makanan yang nampak sedap tidak semestinya selamat.

Sebab itu, kebersihan premis makanan bukan perkara kecil.

Jika tahap kebersihan tidak memuaskan, premis makanan boleh diarahkan tutup sementara kerana ia boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan dan membahayakan kesihatan orang awam.

Antara perkara yang kita boleh perhatikan sebelum makan:
✅ Ada banyak lalat atau bau kurang menyenangkan
✅ Makanan dibiarkan terdedah tanpa penutup
✅ Lantai, meja atau tandas nampak kotor
✅ Pekerja tidak menjaga kebersihan tangan
✅ Kawasan penyediaan makanan nampak tidak terurus

Keracunan makanan bukan sekadar “sakit perut biasa”.

Ia boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, sakit perut dan dehidrasi. Bagi kanak-kanak, warga emas, ibu hamil atau individu yang lemah imun badan, kesannya boleh jadi lebih serius.

Jadi sebelum pilih tempat makan, jangan tengok viral sahaja.
Jangan tengok murah sahaja.
Jangan tengok cantik untuk bergambar sahaja.

Tengok juga kebersihannya.

Pilih tempat makan yang bersih.
Sebab kesihatan keluarga lebih penting daripada makanan yang sekadar nampak menyelerakan.

"𝐃𝐫, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭? 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐤𝐞 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐩𝐚𝐮𝐬𝐞?" 👀Ramai wanita berusia 40-an mula perasan badan dan e...
19/06/2026

"𝐃𝐫, 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭? 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐤𝐞 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐩𝐚𝐮𝐬𝐞?" 👀

Ramai wanita berusia 40-an mula perasan badan dan emosi mereka tidak seperti dulu.

Stress biasanya berpunca daripada tekanan harian yang menyebabkan keletihan mental, manakala menopause p**a berlaku apabila hormon wanita mula berubah dan menurun, yang boleh memberi kesan kepada badan dan emosi.

Antara tanda yang sering dialami:
✅ Cepat marah atau mudah tersinggung
✅ Cepat penat walaupun rehat mencukupi
✅ Kurang fokus dan mudah lupa

𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫 𝐌𝐚𝐢𝐳𝐚?
Jom dapatkan temujanji anda harini
📞 03-9078 3030 / 013-380 2969
🌐 www.kliniksalam.com

16/06/2026

🌙 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 ✨

Semoga tahun baru Islam ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kebaikan buat kita semua 🤍

Awal Muharram juga mengingatkan kita untuk sentiasa memperbaiki diri dan menambah amalan sedikit demi sedikit 😊

“Puasa yang paling utama selepas Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram.”

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan 🌷

Selamat Menyambut Awal Muharram daripada kami As-Salam Group

16/06/2026

"𝐃𝐑, 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐓𝐎𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐎𝐏𝐀𝐔𝐒𝐄 𝐍𝐈?"

Kalau boleh, mesti ramai wanita nak tekan butang pause kan? 😅
Ramai pernah dengar tentang menopause, tetapi masih ramai yang tidak benar-benar memahami apa yang berlaku pada badan ketika fasa ini.

Antara perubahan yang mungkin dialami termasuk:

✅ Haid tidak teratur
✅ Badan terasa panas secara tiba-tiba (hot flashes)
✅ Sukar tidur
✅ Emosi mudah berubah
✅ Cepat penat

Ingin tahu apa lagi perubahan yang boleh berlaku sepanjang menopause?☺️
Jangan lupa nantikan video seterusnya

Nak dapatkan konsultasi dengan Dr Maiza?
Jom dapatkan appointment anda di Klinik As-Salam Ampang
📞 03-9078 3030 / 013-380 2969
🌐 www.kliniksalam.com

"𝗗𝗥, 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗜𝗩𝗘 𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗧 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗜"Itulah antara luahan yang sering kami dengar daripada pesakit yang...
15/06/2026

"𝗗𝗥, 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗜𝗩𝗘 𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗧 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗜"

Itulah antara luahan yang sering kami dengar daripada pesakit yang sudah lama bergelut dengan masalah kulit.

⁉️Ada yang berjuang dengan jerawat sejak zaman sekolah hingga dewasa.
⁉️ Ada yang semakin hilang keyakinan diri kerana rambut gugur yang berpanjangan.
⁉️ Ada juga yang terpaksa menahan rasa gatal, pedih dan tidak selesa setiap hari akibat masalah kulit yang berulang.

Kadang-kadang, bukan sebab tak cuba, tetapi kerana masih belum jumpa rawatan yang sesuai.

Kini, Klinik As-Salam Skin Clinic hadir untuk membantu anda mendapatkan rawatan yang lebih menyeluruh bersama doktor yang berpengalaman. Antara masalah yang kami bantu rawat:
✅ Jerawat & pigmentasi
✅ Tahi lalat & skin tag
✅ Jangkitan kulit, kulat & kudis
✅ Ekzema
✅ Rambut gugur
dan banyak lagi...

💡 Kulit yang sihat bukan sekadar untuk nampak cantik.

Ia juga tentang keyakinan diri, keselesaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Jangan biarkan masalah kulit mengganggu rutin harian anda lebih lama lagi‼

💬 Nak kulit yang lebih sihat dengan rawatan yang selamat dan profesional? Klinik As-Salam je...
🔗 wa.link/reuynh

𝗔𝗦-𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝘅 𝗙𝗣 𝗨𝗞𝗠: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 🤝As-Salam Group berpeluang mengadakan sesi perbi...
15/06/2026

𝗔𝗦-𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝘅 𝗙𝗣 𝗨𝗞𝗠: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 🤝

As-Salam Group berpeluang mengadakan sesi perbincangan bersama Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan inisiatif kesihatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Perbincangan merangkumi pelbagai aspek termasuk kesihatan komuniti, inovasi digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembangunan program berasaskan data serta pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh dan mampan.

Sebagai organisasi yang komited dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, As-Salam sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membangunkan program yang mampu memberi impak positif kepada komuniti.

Terima kasih kepada pihak Fakulti Perubatan UKM atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai inisiatif yang dapat menyumbang ke arah masyarakat yang lebih sihat, berdaya tahan dan sejahtera.

𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝟒𝟎-𝐀𝐍? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈 👀Bila usia semakin meningkat, badan juga mula melalui pelbagai perubahan yang ka...
14/06/2026

𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝟒𝟎-𝐀𝐍? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈 👀

Bila usia semakin meningkat, badan juga mula melalui pelbagai perubahan yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari.

Sebab itu, ada beberapa perkara penting yang wanita 40+ perlu mula pantau secara berkala:
✅ Kualiti tidur
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala
✅ Kesihatan tulang
✅ Kitaran haid

Jadi, wanita di luar sana, ambil tahu dan peka terhadap setiap perubahan yang berlaku pada badan anda supaya masalah kesihatan dapat dikesan lebih awal

𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫 𝐌𝐚𝐢𝐳𝐚?
Jom dapatkan temujanji anda harini
📞 03-9078 3030 / 013-380 2969
🌐 www.kliniksalam.com

🩺 𝗔𝗦-𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗢𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗡𝗗: 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗣𝗦𝗔 𝗛𝗢𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚𝗦Mencegah lebih baik daripada mengubati.Alhamdulillah, Klinik ...
13/06/2026

🩺 𝗔𝗦-𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗢𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗡𝗗: 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗣𝗦𝗔 𝗛𝗢𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚𝗦

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Alhamdulillah, Klinik As-Salam berbesar hati diberi peluang untuk menjayakan Program Saringan Kesihatan bersama UMPSA Holdings yang melibatkan lebih 200 kakitangan daripada pelbagai jabatan. 💚

Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan warga kerja untuk memantau tahap kesihatan mereka secara berkala.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalani pelbagai pemeriksaan kesihatan termasuk:
✅ Tekanan Darah
✅ Paras Gula
✅ Kolesterol
✅ Indeks J***m Badan (BMI)
✅ Pemeriksaan Perubatan
dan banyak lagi...

Ramai yang hadir mengakui bahawa program seperti ini membantu mereka memahami keadaan kesihatan diri dengan lebih baik, selain mengesan faktor risiko lebih awal sebelum ia menjadi lebih serius.

Kerana hakikatnya...

Kesihatan yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, malah membantu membentuk organisasi yang lebih produktif, bertenaga dan berdaya saing. ✨

Terima kasih kepada pihak pengurusan dan seluruh warga UMPSA Holdings atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah budaya kerja yang lebih sihat dan sejahtera.

🏢 Nak Klinik As-Salam hadir ke organisasi anda untuk Program Saringan Kesihatan, Vaksinasi, Wellness Program atau Corporate Health Screening?
💬 wa.link/37ucnx

"𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥, 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗘𝗧... 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗡𝗔𝗜𝗞?" 😅Ramai wanita yang mengalami PCOS berdepan masalah berat badan ...
12/06/2026

"𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥, 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗘𝗧... 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗡𝗔𝗜𝗞?" 😅

Ramai wanita yang mengalami PCOS berdepan masalah berat badan yang sukar dikawal walaupun sudah mencuba pelbagai cara.

⁉ Adakah ia berpunca daripada hormon?
⁉ Apa kaitan PCOS dengan insulin resistance?
⁉ Betul ke stress dan cortisol boleh menyebabkan berat badan semakin meningkat?

Jom sertai sesi LIVE bersama doktor kami untuk memahami isu ini dengan lebih jelas.
👩‍⚕: Dr Lalina Priya, Pegawai Perubatan Klinik As-Salam
🗓 12 Jun 2025
⏰ 3 - 4 petang
🔗 https://linktr.ee/liveassalam_

Tinggalkan soalan anda di ruangan komen dan kami akan cuba jawab secara langsung semasa sesi LIVE nanti.

12/06/2026

𝐃𝐫 𝐌𝐚𝐢𝐳𝐚 𝐓𝐮𝐬𝐢𝐦𝐢𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 👀

Berita baik buat wanita yang ingin mendapatkan konsultasi berkaitan kesihatan wanita, perubahan hormon dan menopause.

Dr Maiza Tusimin kini berada di Klinik As-Salam Ampang untuk membantu anda memahami perubahan yang berbalaku pada badan dengan lebih jelas, yakin dan menyeluruh.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
✅ Konsultasi Menopause
✅ Rawatan & Pengurusan Vaginismus
✅ Konsultasi Kesihatan Wanita

Nak berjumpa dengan Dr Maiza?
📍 Klinik As-Salam Ampang
📅 Jumaat & Sabtu TERPILIH

Jom dapatkan temujanji anda hari ini untuk konsultasi berkaitan kesihatan wanita dan mulakan langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat, selesa dan berkualiti.
📞 03-9078 3030 / 013-380 2969
🌐 www.kliniksalam.com

Address

No 3, 1A, Jalan Putra 4
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik As-Salam HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share