KLINIK KESIHATAN PENEROK

KLINIK KESIHATAN PENEROK KAMI SEDIA MEMBANTU

18/01/2026
18/01/2026

"Dia nampak sihat sebelum terbang." Realiti Serangan Jantung Wanita yang Ramai Tak Tahu.

Salam Takziah buat keluarga pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Jeddah. Berita ini sangat mengejutkan kerana arwah dilihat sihat dan ceria sebelum berangkat.

Namun, dari sudut perubatan, inilah sifat sebenar penyakit jantung pada wanita. Ia licik. Ia senyap.

Ramai wanita (dan suami) ingat serangan jantung itu mesti sakit dada mencengkam macam dalam drama TV.
SALAH.

Simptom serangan jantung wanita BERBEZA dengan lelaki. Wanita sering mengalami simptom 'Atypical' (Tidak Tipikal) yang sering disalah tafsir sebagai "Angin" atau "Penat Travel":

✅ Rasa penat yang luar biasa (Fatigue) walaupun tak buat kerja berat.
✅ Sakit di bahagian rahang, leher, atau belakang badan (bukan dada kiri semata).
✅ Rasa loya, nak muntah, atau pedih ulu hati (sering ingat Gastrik).
✅ Berpeluh sejuk secara tiba-tiba.

Kenapa berisiko masa Travel/Umrah?
Perjalanan jauh, perubahan cuaca, dehidrasi, dan aktiviti fizikal (seperti Tawaf/Saie) boleh menjadi 'trigger' kepada jantung yang memang dah ada masalah tersembunyi.

Pesanan PHM:
1. Sebelum terbang jauh (terutamanya Umrah), buatlah Medical Check-up penuh. Jantung kita tiada alat ganti di kedai runcit.

2. Kaum Hawa, jangan abaikan rasa "penat lain macam". Kalau rasa tak sedap badan, terus ke kecemasan. Jangan tunggu balik Malaysia.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Address

Penerok, Ayer Masin
Kampong Ayer Masin
82300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLINIK KESIHATAN PENEROK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share