Psikiatri HTAA / Mentari Balok

Psikiatri HTAA / Mentari Balok MENTARI Balok ditubuhkan di bawah Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTAA di Klinik Kesihatan Balok

Page Mentari Balok ini dibuka dan diseliakan oleh Jabatan Kesihatan Mental dan Psikososial Hospital Tengku Ampuan Afzan ((HTAA)

Mentari Balok adalah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia

Mentari Balok dibuka di dalam kawasan Klinik Kesihatan Balok untuk mempermudahkan masyarakat

di kawasan sekitar untuk mendapatkan khidmat nasihat psikiatri tanpa perlu bersusah payah ke Jabatan Psikiatri di HTAA. Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh message kepada admin atau terus datang ke Mentari Balok. Kepada yang ingin mendapatkan khidmat nasihat psikiatri juga boleh terus datang ke Mentari Balok seperti yang tertera di bawah:

Waktu Urusan:

Isnin, Rabu, dan Khamis:
Jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Alhamdulillah telah berlangsung Kursus CPG Management of Bipolar Disorder (2nd Edition) Peringkat Negeri Pahang pada 12 ...
17/06/2026

Alhamdulillah telah berlangsung Kursus CPG Management of Bipolar Disorder (2nd Edition) Peringkat Negeri Pahang pada 12 Jun 2026, bertempat di BCIC Lodge Indera Mahkota.

Kursus sehari yang melibatkan ceramah dan perbincangan kes ini telah menerima penyertaan seramai 71 orang peserta. Para peserta terdiri dari Pakar Perubatan Psikiatri, Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, paramedik dan anggota allied health dari seluruh Negeri Pahang.

Syabas dan tahniah kepada jawatakuasa penganjur yang berusaha. Semoga kursus bermanfaat dan menambah ilmu dan keyakinan untuk merawat pesakit Bipolar.


Alhamdulillah telah berlangsung CME Psikiatri Kluster Pahang Timur 2026 siri 1 pada 10 April 2026 secara atas talian. CM...
23/05/2026

Alhamdulillah telah berlangsung CME Psikiatri Kluster Pahang Timur 2026 siri 1 pada 10 April 2026 secara atas talian.

CME ini bertujuan berkongsi pengetahuan psikiatri dikalangan kakitangan pelbagai jawatan di dalam Kluster Pahang Timur. Seramai 90+ peserta telah menghadiri CME.

Topik kali ini adalah Su***de Risk Management in Hospital yang telah di sampaikan oleh Dr Hajar dan Dr Hjh Umi Kalsom yang juga merupakan Pakar Psikiatri yang melawat Hospital Muadzam Shah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Siri 2 akan berlangsung pada 14 Ogos 2026 dengan tajuk Managing Aggressive Patients in MOHD Facilities dan Siri 3 pada 11 Disember 2026 dengan tajuk Common Psychiatric Disorder.




Semoga

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel TOT Psychiatric Triaging Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2026 pada 8 Mei 2026 b...
23/05/2026

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel TOT Psychiatric Triaging Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2026 pada 8 Mei 2026 bertempat di BCIC Lodge Indera Mahkota.

Bengkel ini dihadiri oleh 40 orang para peserta termasuk jawatankuasa penganjur yang terdiri dari kakitangan Jabatan Psikiatri pelbagai jawatan klinikal seluruh Negeri Pahang.

Bengkel bertujuan untuk melatih dan mengukuhkan pengetahuan kakitangan klinikal Jabatan Psikiatri dalam melaksanakan triaging kes psikiatri baharu di klinik pakar masing masing.

Bengkel selama sehari ini merangkumi perkongsian teori berdasarkan Guideline on Psychiatry Triaging of New Referrals dan juga sesi klinikal -menemubual pesakit simulasi- untuk mengenal pasti risiko dan kod.

Syabas kepada jawatakuasa penganjur dan Jabatan Psikiatri HTAA diatas penganjuran bengkel. Semoga para peserta dapat pulang ke tempat masing masing dan melatih jabatan yang berkenaan.


Alhamdulillah telah berlangsung perkongsian Pakar Psikiatri Dr Hjh Umi Kalsom bersama Dr Inani di Segmen Doktor di Radio...
23/05/2026

Alhamdulillah telah berlangsung perkongsian Pakar Psikiatri Dr Hjh Umi Kalsom bersama Dr Inani di Segmen Doktor di Radio bersama DJ Mie pada 5 Mei 2026 di konti Pahang FM.

Perkongsian kali ini membincangkan topik Kesihatan Mental di Era Digital: Bagaimana Media Sosial Membentuk Kesihatan Mental.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Kepada yang ingin mendengar rakaman segmen boleh melayari pautan rasmi Pahang FM ini: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1577401364387858&set=a.457421449719194


Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel TOT SHARE (Su***de Awareness and Response) HTAA 2026 pada 25 April 2026 bertempa...
23/05/2026

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel TOT SHARE (Su***de Awareness and Response) HTAA 2026 pada 25 April 2026 bertempat di Auditorium HTAA.

Bengkel yang dihadiri 63 orang kakitangan pelbagai jawatan dari pelbagai jabatan HTAA termasuk Jawatakuasa Pencegahan Bunuh Diri HTAA (SToP) ini merangkumi perkongsian oleh Pakar Pakar Psikiatri HTAA berpandukan Guideline on Su***de Risk Management in Hospitals 2014.

Selain itu, dilaksanakan juga sesi klinikal -menemubual pesakit simulasi- untuk mengenal pasti faktor risiko dan mengamalkan komunikasi yang berkesan. Satu sesi table top drill turut dilaksanakan yang melibatkan ahli SToP.

Syabas kepada Jawatakuasa penganjur dan Jabatan Psikiatri HTAA. Bengkel ini telah mencapai objektifnya dan penyertaan adalah melibihi jangkaan asal iaitu sebanyak 45 orang.

Semoga bengkel bermanfaat dan HTAA secara keseluruhannya akan lebih cekap dalam menangani kejadian seumpamanya.


Address

Lorong Balok Maju 16
Kampong Balok
26100

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:00
Tuesday 08:30 - 12:00
Wednesday 08:30 - 12:00
Thursday 08:30 - 12:00

Telephone

+601155025086

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Psikiatri HTAA / Mentari Balok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share