Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus

Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus Menyediakan khidmat kesihatan
bermutu dan bertaraf tinggi
pada kadar yang mesra rakyat Terengganu

IUCD tamat tempoh? Nk tukar baru?Kami sedia membantu untuk prosedur buang dan pasang IUCD dengan lebih selesa dan privas...
25/05/2026

IUCD tamat tempoh?
Nk tukar baru?
Kami sedia membantu untuk prosedur buang dan pasang IUCD dengan lebih selesa dan privasi terjaga...

IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) ialah alat kecil berbentuk “T” yg dimasukkan dalam rahim untuk mencegah kehamilan

Fungsi IUCD:
✅ Mencegah kehamilan jangka panjang
✅ Sesetengah jenis membantu mengurangkan pendarahan haid dan senggugut
✅ Kaedah perancang keluarga yang boleh dipulihkan
(Kesuburan biasanya kembali selepas IUCD dibuang)

Kelebihan IUCD:
🌸 Sangat berkesan (lebih 99% jika dipasang dengan betul)
🌸 Tahan lama (bergantung jenis, boleh 3–10 tahun)
🌸 Tidak perlu ingat makan pil setiap hri

Klinik Perubatan Ku
013-5157743
Dataran Rimba, Kuala Nerus (Bersebelahan Nasken Coffee)

WE ARE HIRING! 🩺✨Anda s**a buat content? Kreatif dalam storytelling? KLINIK PERUBATAN KU nak cari anda!Tanggungjawab: Pl...
30/04/2026

WE ARE HIRING! 🩺✨

Anda s**a buat content? Kreatif dalam storytelling?

KLINIK PERUBATAN KU nak cari anda!

Tanggungjawab: Plan, shoot video, & naikkan branding klinik.
Syarat: Aktif media sosial, biasa buat live & mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan

Jika berminat, hantar resume anda melalui Whatsapp ke 013-515 7743 atau melalui emel di [email protected]

WE ARE HIRING! 🩺✨Anda s**a buat content? Kreatif dalam storytelling? KLINIK PERUBATAN KU nak cari anda!Tanggungjawab: Pl...
30/04/2026

WE ARE HIRING! 🩺✨
Anda s**a buat content? Kreatif dalam storytelling?

KLINIK PERUBATAN KU nak cari anda!

Tanggungjawab: Plan, shoot video, & naikkan branding klinik.
Syarat: Aktif media sosial, biasa buat live & mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan

Jika berminat, hantar resume anda ke 013-515 7743 atau melalui emel di [email protected]

🌙✨ Cuti Raya Mode ON! ✨🌙Klinik akan ditutup sementara sempena Hari Raya Aidilfitri 🎉Jumpa anda semula selepas cuti ya!Ja...
19/03/2026

🌙✨ Cuti Raya Mode ON! ✨🌙

Klinik akan ditutup sementara sempena Hari Raya Aidilfitri 🎉

Jumpa anda semula selepas cuti ya!
Jaga kesihatan & berhati-hati di jalan raya 🚗

🫶 Terima kasih atas sokongan anda
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 🌙

Apa Jadi Selepas 10 Hari !!???Selepas 10 hari, jahitan pembedahan kecil Ganglion Cyst tempoh hari dibuka oleh doktor, pe...
08/03/2026

Apa Jadi Selepas 10 Hari !!???

Selepas 10 hari, jahitan pembedahan kecil Ganglion Cyst tempoh hari dibuka oleh doktor, pesakit merasa lebih lega kerana bengkak berkurangan, namun masih mengalami lebam, sakit ringan, dan kekakuan sedikit pada sendi.

Keadaan tersebut adalah normal dalam proses pemulihan selepas minor surgery. Fungsi tangan akan mengambil masa dalam beberapa minggu untuk pulih secara penuh.

Pesakit digalakkan melakukan pergerakan ringan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kekakuan sendi.

Pesakit biasanya boleh kembali melakukan aktiviti harian ringan selepas 1-2 minggu dan hampir normal dalam masa sebulan.

📲 Hubungi kami di:
📞 013-5157743 | 09-8535773
📍 Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus
(Dataran Rimba, bersebelahan Nasken Coffee)

Tetamu Dari Tanah MerahHari ini, kami diziarahi oleh seorang pesakit di awal usia 60-an dari Tanah Merah ke klinik kami....
06/12/2025

Tetamu Dari Tanah Merah

Hari ini, kami diziarahi oleh seorang pesakit di awal usia 60-an dari Tanah Merah ke klinik kami. Puan N sudah berbulan-bulan bergelut dengan masalah bahu yang membuatkan tangannya berasa sakit sehingga aktiviti harian menjadi semakin terbatas.

Kini Puan N merasakan sakitnya semakin mengganggu terutama ketika mahu menunaikan solat, mengemas rumah. Setiap malam, bahunya berdenyut sehingga tidur pun sering terganggu.

Pemeriksaan awal menunjukkan bahu kirinya s**ar untuk digerakkan kerana sakit yang amat sangat, tanda klasik frozen shoulder yang jika tidak dirawat akan menjadi semakin teruk terutama pada usia seperti Puan N.

Selepas rawatan dan terapi pertama, kelihatan sedikit kelegaan pada wajahnya. Bahunya belum pulih sepenuhnya, tetapi sudah cukup untuk membuatkan beliau terasa ada sinar baru dalam perjalanan penyembuhan ini. Kami berikan panduan senaman di rumah dan menetapkan rawatan susulan agar pemulihan dapat diteruskan secara konsisten.

Kisah Puan N mengingatkan kami bahawa setiap pesakit membawa cerita dan perjuangan tersendiri. Frozen shoulder mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang mengalaminya, ia menjejaskan seluruh kualiti hidup.

Semoga Puan N terus kuat dan semakin pulih dari hari ke hari. ❤️

Tahukah anda apa itu SKIN TAG ??Skin tag ialah pertumbuhan kulit kecil yang lembut dan biasanya tidak sakit. Ia muncul p...
03/12/2025

Tahukah anda apa itu SKIN TAG ??
Skin tag ialah pertumbuhan kulit kecil yang lembut dan biasanya tidak sakit. Ia muncul pada kawasan kulit yang mengalami geseran.
👉 Skin tag bukan masalah besar, tapi boleh mengganggu keyakinan diri. Dengan prosedur minor yang cepat, selamat, dan bersih, skin tag dapat dibuang tanpa rasa sakit dan meninggalkan kulit yang licin serta kemas.
Berita baiknya, rawatan ini mudah dilakukan di klinik, memberikan hasil yang pantas dan keselesaan maksimum untuk pesakit.

🙌Di Klinik Perubatanku Kuala Nerus, kami ada menawarkan rawatan minor surgeri untuk Skin Tag.

📞 013-5157743 | 09-8535773
📍 Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus (Dataran Rimba, bersebelahan Nasken Coffee)
🕒 Waktu operasi: 9.00 pagi – 10.30 malam

Transformasi diri bermula di sini! 💗Di Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus, kami menawarkan rawatan 'Jom Kurus' yang selamat...
02/12/2025

Transformasi diri bermula di sini! 💗
Di Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus, kami menawarkan rawatan 'Jom Kurus' yang selamat, mesra dan sentiasa dipantau oleh doktor bertauliah.

✨ Dibimbing secara profesional, sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan dengan cara yang lebih teratur, selamat dan berkesan.
Langkah pertama anda bermula hari ini, kami sedia bantu.

📝 "Jom tempah slot appointment anda sekarang sebelum penuh!"

𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫: 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 💕Musim banjir datang lagi. Jaga keselamatan & kesihatan—elak kawasan...
27/11/2025

𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫: 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 💕
Musim banjir datang lagi. Jaga keselamatan & kesihatan—elak kawasan berisiko, guna air bersih dan lindungi diri semasa pembersihan. Utamakan keselamatan keluarga ❤️🌧️
📞 013-5157743 | 09-8535773
📍 Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus (Dataran Rimba, bersebelahan Nasken Coffee)



🌟 “Lepas Buat Minor Surgery Terus Hilang Sakit! 😍”🌟Malam tadi, sekitar pukul 9 malam 🕘, seorang wanita muda, umur 23 tah...
20/11/2025

🌟 “Lepas Buat Minor Surgery Terus Hilang Sakit! 😍”🌟

Malam tadi, sekitar pukul 9 malam 🕘, seorang wanita muda, umur 23 tahun, datang ke KLINIK PERUBATANKU KUALA Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus dengan wajah penuh risau. Di tangannya ada bonggolan yang makin membesar dan... sakit tak boleh sentuh langsung! 😣

> “Dok, tangan ni makin bengkak, rasa berdenyut teruk. Tak leh pegang barang pun…” 😔
Doktor kami yang berpengalaman dalam minor surgery terus buat pemeriksaan. Rupa-rupanya tu adalah ganglion cyst – benjolan berisi cecair yang biasa muncul dekat sendi atau tendon.

✅ Terus kami jalankan minor surgery pada malam tu juga.
✅ Prosedur cepat, bersih dan selamat.
✅ Tak lama lepas tu… sakit yang dia dok rasa HILANG terus!😍
> “Serius lega sangat lepas buang cyst tu. Rasa ringan, tak nyut-nyut doh. Saya puas hati gila! 😄”

👩‍⚕️ Dirawat oleh doktor berpengalaman & mesra
🏥 Klinik selesa, bersih & selamat
🌙 Buka sampai malam – sesuai untuk yang kerja siang!

📍 KLINIK PERUBATANKU KUALA NERUS
🗺️ Sebelah Nasken Coffee, Rimba Hotel
📞 013-5157743 / 09-6674005
🕒 Waktu operasi: 9.00 pagi – 10.30 malam

📆 Walk-in terus atau buat temujanji awal untuk lebih mudah!
👇 Kongsi & tag kawan/keluarga kalau anda kenal sesiapa yang ada benjolan di tangan. Mungkin mereka perlukan rawatan cepat & selamat 💙

Address

PT 37792, Tingkat Bawah, Rimba Square, Jalan Gong Pak Damat
Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:30
Tuesday 09:00 - 22:30
Wednesday 09:00 - 22:30
Thursday 09:00 - 22:30
Saturday 09:00 - 22:30
Sunday 09:00 - 22:30

Telephone

+60135157743

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus:

Shortcuts

Share

Category