30/07/2026
29 Julai 2026
Lawatan Audit Silang Klinik Kesihatan โ Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR)
Alhamdulillah, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu telah menerima kunjungan daripada pasukan Klinik Kesihatan Seri Iskandar bagi pelaksanaan Audit Silang Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR).
Audit ini merupakan platform yang amat bermakna dalam menilai pelaksanaan perkhidmatan, berkongsi pengalaman, bertukar idea serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan PKMR sentiasa berkualiti, mesra remaja dan memenuhi standard yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan audit dari Klinik Kesihatan Seri Iskandar atas segala pandangan, teguran yang membina dan perkongsian ilmu sepanjang sesi audit berlangsung. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi memperkasakan perkhidmatan kesihatan remaja di masa hadapan.