Alamy Pharmacy

Directions Contact the practice

Alamy Pharmacy MTT Healthcare Sdn Bhd (1427023-D)

Alami Gaya Hidup Sihat Setiap Hari

Alamy Pharmacy dimiliki oleh MTT Healthcare Sdn Bhd - 202101026723 (1427023-D) telah ditubuhkan pada suku akhir tahun 2021 dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2022. Kami merupakan sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera dan dipimpin oleh ahli farmasi yang berpengalaman dalam farmasi komuniti. Dengan moto “Alami Gaya Hidup Sihat Setiap Hari”, kami beriltizam untuk membantu komuniti merawat dan mencegah pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, obesiti dan lain-lain di Malaysia dengan kaedah yang terbukti secara saintifik dan praktikal untuk diamalkan. Visi :
Melahirkan masyarakat yang bahagia dan produktif melalui kesihatan berkualiti sepanjang hayat. Misi :
1- Menyediakan perkhidmatan nasihat dan bekalan keperluan asas kesihatan.
2- Memberi panduan lengkap kepada pesakit kronik seperti pemakanan dan komplikasi.
3- Menggalakkan pengesanan awal (screening) sebagai langkah pencegahan.

30/10/2026

Sakit kepala je… nanti baiklah 🤔

Kadang-kadang memang begitu. Tetapi bukan semua simptom patut kita abaikan 🙌🏻

Tetapi cuba perhatikan “clue” lain:
🚩 Muntah berulang
🚩 Sawan
🚩 Lemah pada bahagian badan
🚩 Perubahan tingkah laku atau personaliti
🚩 Masalah penglihatan atau keseimbangan

Bukan semua sakit kepala berpunca daripada ketumbuhan otak.

Tetapi jika simptom berterusan atau semakin teruk, dapatkan pemeriksaan

Jaga kesihatan, kenali perubahan pada tubuh sendiri ✨

BILA ANAK SUSAH ALIHKAN PANDANGAN DARIPADA WAJAH SEDIH… 👀Kajian mendapati, sesetengah kanak-kanak yang mengalami peningk...
28/10/2026

BILA ANAK SUSAH ALIHKAN PANDANGAN DARIPADA WAJAH SEDIH… 👀

Kajian mendapati, sesetengah kanak-kanak yang mengalami peningkatan simptom kemurungan mungkin menjadi lebih tertumpu kepada ekspresi wajah yang sedih.

Kesan ini dilihat lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai sejarah kemurungan dalam keluarga.

🧠 Penyelidik percaya cara kita memberi perhatian kepada emosi dan simptom kemurungan boleh saling mempengaruhi dari semasa ke semasa.

Tapi ingat ini bukan bermaksud melihat wajah sedih = kemurungan.

Jika anak menunjukkan perubahan emosi atau tingkah laku yang berpanjangan, beri perhatian dan dapatkan nasihat profesional jika diperlukan.

Kadang-kadang perubahan kecil adalah sebab untuk kita mula bertanya, “Kamu okay tak?” ❤️

SUMBER :
1. https://www.bharian.com.my/sihat/2026/09/1632810/kemurungan-ubah-cara-kanak-kanak-melihat-ekspresi-pada-wajah

Gegata ni kadang-kadang datang tanpa amaran.Pagi tadi kulit elok sahaja. Tiba-tiba petang naik bentol merah satu badan. ...
25/10/2026

Gegata ni kadang-kadang datang tanpa amaran.

Pagi tadi kulit elok sahaja. Tiba-tiba petang naik bentol merah satu badan. Gatal bukan main. Garu sana, garu sini. Makin digaru, makin menjadi-jadi.

Ada yang sampai tak boleh tidur malam.

Mulalah fikir apa yang dimakan tadi. Udang ke? Telur ke? Susu ke?
Sebenarnya, bukan semua gegata berpunca daripada alahan makanan.

Ada yang dicetuskan oleh ubat-ubatan, jangkitan, gigitan serangga, perubahan suhu, peluh atau tekanan pada kulit.

Stres juga boleh memburukkan keadaan.

Malah, dalam banyak kes, punca sebenar gegata langsung tidak dapat dikenal pasti.

Sebab itu, jangan terus pantang macam-macam makanan hanya kerana sekali mengalami gegata.

Kabar baiknya, kebanyakan gegata akan beransur hilang. Ubat antihistamin juga boleh membantu mengurangkan kegatalan.

Tetapi kalau gegata kerap berulang, berpanjangan atau mengganggu aktiviti harian, dapatkan pemeriksaan doktor.

Dan satu perkara yang sangat penting.

Kalau gegata datang bersama sesak nafas, bengkak lidah atau tekak, atau rasa nak pitam, jangan anggap itu gegata biasa.

Ia mungkin tanda reaksi alahan serius yang boleh mengancam nyawa.

Terus dapatkan rawatan kecemasan.

Pernah tak anda mengalami gegata secara tiba-tiba, tetapi sampai sekarang tak tahu apa puncanya?

SUMBER: Public Health Malaysia

22/10/2026

Perut mula pedih bila lambat makan? 😣

Lambat makan, kopi, makanan pedas dan makanan tertentu boleh mencetuskan atau memburukkan simptom bagi sesetengah individu ‼️

Tips mudah:
🍽️ Jangan selalu lewat makan
☕ Kurangkan kopi jika ia mencetuskan simptom
🌶️ Hadkan makanan pedas jika mudah rasa pedih
💧 Pastikan pengambilan air mencukupi

Kalau simptom kerap berulang atau berpanjangan, jangan abaikan. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi 💙

BANGUN PAGI, JARI TANGAN KERAS DAN SUSAH NAK GENGGAM? JANGAN ANGGAP SEKADAR SAKIT SENDI BIASA.Ada orang bangun pagi, jar...
21/10/2026

BANGUN PAGI, JARI TANGAN KERAS DAN SUSAH NAK GENGGAM? JANGAN ANGGAP SEKADAR SAKIT SENDI BIASA.

Ada orang bangun pagi, jari tangan terasa kaku. Nak genggam tangan pun susah. Selepas bergerak beberapa ketika, barulah rasa lega.

Ada juga yang mengalami bengkak pada jari, sakit pergelangan tangan dan cepat letih walaupun tidak melakukan kerja berat.

Ini antara gejala yang boleh berlaku dalam penyakit Rheumatoid Arthritis (RA).


RA ialah penyakit autoimun, iaitu keadaan apabila sistem pertahanan badan tersilap menyerang lapisan sendi sendiri.

Akibatnya, sendi mengalami keradangan, sakit dan bengkak. Jika tidak dikawal, keradangan berpanjangan boleh merosakkan sendi secara kekal.

KENALI GEJALA RA
✅ Sendi jari tangan, pergelangan tangan atau kaki sakit dan bengkak.
✅ Sendi terasa kaku selepas bangun tidur, biasanya melebihi 30 minit.
✅ Sakit sering melibatkan kedua-dua belah tangan atau kaki, tetapi tidak semestinya.
✅ Sendi terasa panas atau sakit apabila disentuh.
✅ Sukar menggenggam, membuka penutup botol atau melakukan aktiviti harian.
✅ Badan cepat letih, kadangkala disertai demam ringan atau kurang selera makan.

Gejala mungkin datang dan pergi. Ada masa pesakit berasa sihat, tetapi kemudian mengalami serangan keradangan semula.


BOLEHKAH RA DIRAWAT?

Ya. Walaupun RA merupakan penyakit kronik dan belum mempunyai penawar sepenuhnya, rawatan moden mampu mengawal penyakit dengan berkesan.

Ubat ini bukan sekadar mengurangkan sakit. Ia membantu mengawal keradangan dan mencegah kerosakan sendi.
Sesetengah pesakit mungkin memerlukan kombinasi ubat atau rawatan biologi jika penyakit masih aktif.


🎯 APA TARGET RAWATAN RA?

Matlamat utama bukan sekadar supaya pesakit kurang sakit.

Doktor mahu pesakit mencapai keadaan yang dipanggil REMISSION, iaitu aktiviti penyakit berada pada tahap sangat rendah sehingga tiada atau hampir tiada tanda keradangan aktif.

Ramai pesakit RA boleh terus bekerja, bersenam dan menjalani kehidupan aktif apabila penyakit dikawal dengan baik.

🏥 BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Jika anda mengalami sakit dan bengkak sendi yang berterusan, terutama pada jari tangan atau kaki, disertai kekakuan waktu pagi, dapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan atau fasiliti kesihatan berhampiran.

Doktor akan memeriksa sendi dan menentukan sama ada ujian darah atau rujukan kepada pakar reumatologi diperlukan.


Jangan tunggu sehingga jari berubah bentuk atau s**ar bergerak.

Tidak semua sakit sendi ialah RA. Namun, RA yang dikesan dan dirawat lebih awal mempunyai peluang lebih baik untuk dikawal sebelum kerosakan sendi berlaku.

Ingat, sendi yang sudah rosak mungkin tidak dapat kembali seperti asal. Tetapi kerosakan seterusnya boleh dicegah dengan rawatan yang sesuai.

SUMBER: Public Health Malaysia

🌫️ RAMAI TAK TAHU, JEREBU BUKAN SEKADAR MASALAH PERNAFASANBila jerebu melanda, ramai mungkin fikir kesannya cuma batuk, ...
20/10/2026

🌫️ RAMAI TAK TAHU, JEREBU BUKAN SEKADAR MASALAH PERNAFASAN

Bila jerebu melanda, ramai mungkin fikir kesannya cuma batuk, selesema atau rasa tak selesa ketika bernafas. Sebenarnya, pendedahan kepada udara berjerebu juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya jika seseorang berada di luar untuk tempoh yang lama.

Mata boleh menjadi merah, pedih dan gatal, manakala hidung dan tekak p**a boleh mengalami kerengsaan. Ada juga yang mengalami batuk, sakit tekak, rasa tidak selesa ketika bernafas atau sesak nafas.

Lebih membimbangkan, jerebu mengandungi zarah halus seperti PM2.5 yang sangat kecil dan boleh masuk jauh ke dalam sistem pernafasan. Pendedahan yang kerap atau berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama bagi golongan yang lebih sensitif seperti *kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan atau penyakit paru-paru sedia ada.

Jadi, apabila keadaan jerebu semakin teruk, jangan ambil mudah. Antara langkah yang boleh dilakukan:

😷 Gunakan perlindungan yang sesuai
Jika perlu berada di luar ketika keadaan jerebu tidak baik, respirator seperti N95 boleh membantu mengurangkan penyedutan zarah halus apabila dipakai dengan betul.

🏠 Kurangkan aktiviti di luar
Cuba hadkan tempoh berada di luar, terutama untuk aktiviti yang tidak penting. Jika boleh, lakukan aktiviti di dalam bangunan sehingga keadaan udara bertambah baik.

👃 Pastikan pelitup dipakai dengan betul
Respirator perlu menutup hidung dan mulut serta dipastikan melekap dengan baik pada muka. Jika terdapat ruang yang besar di bahagian tepi, perlindungan terhadap zarah halus boleh menjadi kurang berkesan.

💧 Jaga keadaan badan
Pastikan pengambilan air mencukupi dan beri perhatian kepada sebarang perubahan pada keadaan kesihatan, terutamanya jika mula mengalami batuk atau ketidakselesaan ketika bernafas.

🚨 Jangan abaikan gejala yang semakin teruk
Jika mengalami sesak nafas yang ketara, sakit dada, s**ar bernafas atau gejala yang membimbangkan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada profesional kesihatan.

Jerebu mungkin nampak seperti “kabut” biasa, tetapi udara yang tercemar boleh membawa zarah halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jangan tunggu sampai batuk atau sesak nafas baru nak ambil langkah berjaga-jaga. Bila kualiti udara merosot, lindungi diri dan kurangkan pendedahan sebanyak mungkin 🌫️

SUMBER :
1. https://www.bharian.com.my/sihat/2026/09/1642623/kepentingan-pelitup-muka-ketika-jerebu

🩸 KENAPA LEBAM BOLEH BERTUKAR WARNA?Pernah perasan?Hari pertama terlanggar bucu meja, kulit mula nampak merah.Esoknya ja...
19/10/2026

🩸 KENAPA LEBAM BOLEH BERTUKAR WARNA?

Pernah perasan?

Hari pertama terlanggar bucu meja, kulit mula nampak merah.
Esoknya jadi biru atau ungu.
Beberapa hari kemudian, tiba-tiba nampak kehijauan atau kekuningan.

Lebam tu makin teruk ke?

Sebenarnya, tidak semestinya 👀

Perubahan warna tersebut boleh menjadi sebahagian daripada proses badan membersihkan dan menyerap semula darah yang terkumpul di bawah kulit.

🩸 Apa yang berlaku sebenarnya?

Apabila kita terhantuk atau mengalami kecederaan kecil, salur darah halus di bawah kulit boleh pecah.

Darah kemudiannya keluar daripada salur darah tersebut dan berkumpul dalam tisu di sekeliling.

Sebab itulah kawasan tersebut kelihatan seperti lebam.

Menariknya, badan kita tak biarkan darah itu begitu sahaja.

Ia akan mula memecahkan dan membersihkan komponen darah tersebut secara berperingkat — dan proses inilah yang boleh menyebabkan warna lebam berubah.

🎨 Jadi, kenapa warnanya berubah?

🔴 Merah / merah jambu
Lebam yang baru berlaku boleh kelihatan kemerahan kerana darah baru berkumpul di bawah kulit.

🟣 Biru / ungu
Apabila lebam berkembang, warnanya boleh menjadi lebih gelap dan kelihatan biru atau ungu.

🟢 Hijau
Apabila badan mula memecahkan hemoglobin daripada darah yang terkumpul, warna lebam boleh berubah menjadi kehijauan.

🟡 Kuning
Seterusnya, lebam boleh kelihatan kekuningan sebelum semakin pudar.

Akhirnya, hilang
Badan terus menyerap dan membersihkan sisa darah tersebut sehingga warna kulit kembali seperti biasa.

🤔 Semua lebam mesti ikut urutan warna ini?

Tak semestinya.

Warna dan tempoh sesuatu lebam boleh berbeza bergantung kepada lokasi, saiz dan tahap kecederaan. Ada lebam yang berubah warna dengan jelas, ada juga yang tidak begitu ketara.

Kebanyakan lebam akan beransur pulih dalam tempoh sekitar dua minggu, tetapi sesetengahnya boleh mengambil masa lebih lama.

🚨 Bila lebam patut diberi perhatian?

Dapatkan pemeriksaan jika lebam:
➡️ Kerap berlaku tanpa sebab yang jelas
➡️ Disertai sakit atau bengkak yang ketara
➡️ Tidak beransur pulih seperti biasa
➡️ Berlaku bersama pendarahan lain yang tidak biasa

Jadi, lain kali nampak lebam bertukar warna…

Jangan terus fikir ia makin teruk.

Kadang-kadang, itu tanda badan sedang buat kerja membersih dan membaiki kawasan yang cedera 🩸✨

Sumber:
1. Bruise healing - series—Healing, part 1: MedlinePlus Medical Encyclopedia. (n.d.). https://www.medlineplus.gov/ency/presentations/100207_2.htm?utm_source=chatgpt.com
2. Bruises (Ecchymosis). (2026, July 7). Cleveland Clinic. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15235-bruises?utm_source=chatgpt.com

Petang-petang, kasut tiba-tiba rasa sempit.Buka kasut…“Eh, kenapa kaki nampak bengkak?”Kalau sekali-sekala, mungkin kita...
14/10/2026

Petang-petang, kasut tiba-tiba rasa sempit.

Buka kasut…

“Eh, kenapa kaki nampak bengkak?”

Kalau sekali-sekala, mungkin kita boleh kaitkan dengan perkara biasa.

Mungkin hari tu banyak berdiri.
Mungkin terlalu lama duduk.
Mungkin makan agak masin.
Atau mungkin ada kecederaan kecil yang kita tak sedar.

Bila berehat, bengkak pun berkurang.

Okay, settle.

Tapi kalau perkara ni selalu berlaku, cuba jangan abaikan.

Kaki yang kerap bengkak boleh berlaku apabila cecair terkumpul dalam tisu. Dalam sesetengah keadaan, ia mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan tertentu termasuk jantung, buah pinggang, hati atau salur darah.

Lebih penting, perhatikan bagaimana bengkak itu berlaku.

🚩 Datang secara tiba-tiba?
🚩 Hanya sebelah kaki?
🚩 Sakit, merah atau terasa panas?

Kalau ada tanda-tanda ini, elok dapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Dan kalau bengkak disertai sesak nafas, sakit dada, pening atau susah bernafas, jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Bukan semua kaki bengkak itu tanda masalah serius.

Tapi kalau badan dah berulang kali bagi signal yang sama…

mungkin kita patut mula ambil perhatian.

SUMBER :
1. https://www.bharian.com.my/sihat/2026/09/1639021/kaki-kerap-bengkak-jangan-ambil-ringan

JEREBU: SAMPAI BILA KITA NAK BERGANTUNG PADA HUJAN?Setiap kali jerebu datang, skrip yang hampir sama berulang.Sekolah di...
11/10/2026

JEREBU: SAMPAI BILA KITA NAK BERGANTUNG PADA HUJAN?

Setiap kali jerebu datang, skrip yang hampir sama berulang.

Sekolah ditutup. Aktiviti luar dibatalkan. Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah. Pesakit asma mula memenuhi klinik dan hospital.

Kemudian kita tunggu hujan.

Bila langit kembali biru, isu ini perlahan-lahan dilupakan.

Sehinggalah episod jerebu seterusnya.

Tetapi kali ini, ada desakan supaya Malaysia mengambil tindakan melalui undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam,

Vivekananda Sukumaran, menggesa kerajaan segera membentangkan Rang Undang-Undang Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Cadangan ini bukan sekadar tentang asap. Ia tentang akauntabiliti.

Syarikat yang didapati bertanggungjawab menyebabkan pencemaran jerebu sehingga menjejaskan Malaysia boleh dikenakan tindakan sivil atau jenayah, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang bakal digubal.

Singapura sudah mempunyai undang-undang sedemikian sejak 2014. Malaysia p**a masih meneliti mekanisme perundangan yang sesuai.

Kenapa perkara ini penting?

Data pemantauan KKM pada Ogos lalu menunjukkan dalam tempoh satu minggu:
* Kes asma meningkat 259%.
* Jangkitan saluran pernafasan atas meningkat 124%.

Ini bukan sekadar masalah pemandangan kabur atau bau asap yang tidak menyenangkan.

Ada kanak-kanak yang mengalami kes**aran bernafas. Ada pesakit kronik yang penyakitnya semakin teruk. Ada pekerja yang terpaksa terus mencari rezeki di luar ketika udara tidak sihat.

Dalam masa yang sama, cadangan perlindungan segera turut dibangkitkan. Antaranya pemberian N95 kepada golongan berisiko, penapis udara di bilik darjah dan garis panduan lebih jelas untuk pekerja luar.

Sudah tentu, undang-undang rentas sempadan mempunyai cabaran tersendiri. Bidang kuasa, pembuktian dan penguatkuasaan terhadap syarikat di luar negara bukan perkara mudah.

Namun persoalan yang wajar dibincangkan ialah bagaimana negara boleh bergerak daripada sekadar menguruskan kesan jerebu kepada usaha mencegahnya daripada berulang.

Kerana setiap kali langit menjadi kelabu, ada harga kesihatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat.

Dan harga itu tidak sepatutnya dianggap sebagai perkara biasa.

SUMBER: Public Health Malaysia

Address

PT 6490, No. 7 Tingkat Bawah, Jalan Jeli-Dabong
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alamy Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Alamy Pharmacy:

Shortcuts

Share

Nearby clinics