12/06/2026
LAPORAN AKTIVITI HTF: KURSUS PENGUKUHAN PELAKSANAAN PELAPORAN E-NOTIFIKASI BAGI PENYAKIT BERJANGKIT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah berjaya menganjurkan Kursus Pengukuhan Pelaksanaan Pelaporan E-Notifikasi Bagi Penyakit Berjangkit Negeri Perlis Tahun 2026 pada 12 Jun 2026 bertempat di Dewan MRI, HTF.
Kursus penting ini diadakan selaras dengan pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi memastikan sistem penyampaian maklumat dan rujukan penyakit berjangkit di peringkat negeri berjalan dengan lebih cekap, pantas, dan sistematik.
Kursus ini melibatkan pencalonan wakil kakitangan daripada pelbagai jabatan klinikal utama di HTF bagi memastikan liputan pelaporan yang menyeluruh dan tepat.
Antara jabatan yang terlibat termasuklah:
* Jabatan Kecemasan & Trauma
* Jabatan Perubatan
* Jabatan Pembedahan
* Jabatan Ortopedik
* Jabatan Paediatrik
* Jabatan Obstetrik & Ginekologi
* Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Para peserta yang hadir merangkumi gandingan Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, serta Penolong Pegawai Perubatan.
Sesi latihan amali ini dikendalikan secara interaktif di mana setiap peserta membawa komputer riba masing-masing bagi mempraktikkan proses pelaporan e-Notifikasi secara masa nyata.
Pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKN Perlis, UKKP HTF, serta semua Ketua Jabatan/Unit atas kerjasama penuh dalam menjayakan kursus pengukuhan ini demi keselamatan dan kesihatan komuniti seluruhnya