22/06/2026
TAHAP EREKSI DAN UKURAN: APA YANG LELAKI PERLU TAHU?
Ramai lelaki risau tentang saiz.
Tapi dari sudut kesihatan, soalan yang lebih penting ialah
Adakah ereksi cukup keras?
Adakah boleh dikekalkan?
Adakah ia mengganggu hubungan?
Adakah masalah ini berlaku berulang kali?
Tahap kekerasan ereksi boleh dinilai secara:
Tahap 0
Tiada ereksi
Tahap 1
Membesar tetapi tidak keras
Tahap 2
Keras, tetapi tidak cukup untuk hubungan penetrasi
Tahap 3
Cukup keras untuk hubungan seksual, tetapi tidak sepenuhnya tegang
Tahap 4
Keras sepenuhnya dan tegang
Secara umum, tahap 3 dan 4 dianggap berfungsi.
Tetapi jika kerap berada pada tahap 1 atau 2, itu bukan isu malu. Itu tanda badan mungkin perlukan penilaian.
Masalah ereksi yang berulang boleh berkait dengan diabetes, darah tinggi, kolesterol, obesiti, merokok, stres, anxiety, kemurungan atau kesan ubat tertentu.
Tentang ukuran p**a, kajian besar melibatkan lebih 15,000 lelaki mendapati purata panjang z***r ketika ereksi sekitar 13 cm, dan purata lilitan sekitar 11.7 cm. Tetapi ini hanyalah purata, bukan syarat untuk dikatakan normal.
Ramai lelaki normal berada di bawah atau atas angka ini.
Yang lebih penting ialah fungsi, keselesaan dan tiada perubahan yang mencurigakan.
Dapatkan pemeriksaan jika:
Ereksi susah dicapai atau dikekalkan secara berulang
Ada sakit ketika ereksi
Ada lengkungan baru yang ketara
Saiz berubah mendadak
Ereksi berpanjangan lebih 4 jam
Masalah ini menjejaskan keyakinan atau hubungan
Kesihatan lelaki bukan hanya tentang ukuran.
Kadang-kadang, masalah ereksi ialah “early warning sign” bahawa salur darah, hormon, emosi atau kesihatan metabolik sedang terganggu.
Jangan malu untuk dapatkan nasihat doktor.
Lebih awal diperiksa, lebih banyak pilihan rawatan boleh dibantu.