Klinik Kesihatan FELDA Chuping

Klinik Kesihatan FELDA Chuping Menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk komuniti Felda Chuping. "Kami Sedia Membantu" "Selamat datang ke laman rasmi Facebook Klinik Kesihatan Felda Chuping.

Kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan primer yang holistik untuk seluruh warga Felda Chuping dan kawasan sekitarnya. Keutamaan kami adalah kesihatan dan keselesaan anda." Perkhidmatan Kami:

Pesakit Luar & Rawatan Kecemasan Ringan

Klinik Ibu dan Anak (Maternal & Child Health)

Pemeriksaan Kesihatan Berkala (Screening)

Khidmat Nasihat Pemakanan, Kaunseling & Farmasi

Program K

esihatan Komuniti

Waktu Operasi:

>Isnin – Khamis: 8:00 AM – 5:00 PM
**TUTUP(REHAT):1:00PM-2:00PM

>Jumaat: 8:00 AM – 12:15 PM | 2:45 PM – 5:00 PM
**TUTUP(REHAT):12.15 PM-2:45PM

*Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup (Kecuali jika ada On-Call/Kecemasan)

11/03/2026
07/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad atas segala jasa, sumbangan, khidmat bakti dan pimpinan selama menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dari kami seluruh warga kerja KKM. 🫰🏻

01/03/2026

🤲🏻🕌 Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi “hipo” atau keadaan dimana pesakit akan berasa menggigil dan sejuk menandakan berlakunya penurunan gula dalam darah secara mendadak.

Ikuti panduan seperti yang dikongsikan agar ramadan kali ini dapat dijalani dengan lebih sempurna. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kekerapan pemeriksaan paras gula dalam darah seperti dicadangkan.

27/02/2026

27/02/2026
📍SEKITAR MAJLIS PELUNCURAN CCMS NEGERI PERLIS🎉Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran CCMS pad...
27/02/2026

📍SEKITAR MAJLIS PELUNCURAN CCMS NEGERI PERLIS🎉

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran CCMS pada 26 Februari 2026 bertempat di Dewan Auditorium Dr.Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

👁️‍🗨️Program ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkasa pendigitalan sistem kesihatan primer ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan berfokus kepada pesakit
– selari dengan aspirasi “Satu Individu, Satu Rekod”.

✨Warga Klinik Kesihatan Felda Chuping turut sama hadir dan menyokong usaha pendigitalan sistem kesihatan ini 💻

Semoga usaha ini terus memperkukuh sistem kesihatan kita demi manfaat masyarakat majmuk✨


27/02/2026

📌 Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini.

Platform: Ruang Bicara BERNAMA 📺
Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) 🗓️
Masa: 9:00 malam - 10:00 malam ⏰
Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah

27/02/2026

Adakah anda mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian pada bulan Ramadan❓

🪥🦷Ikuti perkongsian berikut bagi mengetahui amalan pergigian yang boleh membatalkan puasa dan cara penjagaan kesihatan pergigian kendiri seperti yang disarankan.

27/02/2026

Di sebalik senyuman Pakcik Omar, tersimpan kasih yang tak pernah putus. Setiap Ramadan, beliau hadir membawa bubur lambuk—bukan sekadar makanan, tetapi penuh dengan rasa sayang dan keikhlasan.

Bagi kami warga KKFC, pemberian ini sangat bermakna. Lebih-lebih lagi buat yang berjauhan dari ibu bapa, setiap suapan seakan mengubat rindu yang terpendam.

Terima kasih Pakcik Omar… kebaikan pakcik bukan hanya dikenang, tetapi menjadi inspirasi untuk kami terus menyebarkan kebaikan.



Address

Klinik Kesihatan Felda Chuping
Kangar
02500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049860315

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan FELDA Chuping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan FELDA Chuping:

Shortcuts

Share