16/08/2023
Allahumma Soli A'la Muhammad 💙
Hidup ini kita perlu banyak bersabar. Jangan ikutkan hati dan nafsu nanti jadi sia-sia.Rugi.
Bersabarlah dengan segala bentuk ujian. Ujian sakit,susah,masalah rumahtangga,perniagaan,pekerjaan,masalah anak-anak,masalah kawan-kawan, masalah dengan boss,masalah dengan kakitangan dan macam-macam lagilah ujian.
Bawa kereta pun kena banyak bersabar kadang-kadang nak terkeluar juga perkataan yang tak elok dari mulut asbab pemandu lain nak masuk simpang tak beri signal.. Haishhh.. geram je kan.. Tak pelah pelan-pelan pujuk hati sendiri. Istighfar.. Ya, tu saje Allah yang datangkan nak uji kesabaran kita. Sabarlah wahai diriku. Saksikan sahaja ya 😅. Kita kan dah berSYAHADAH 🥰
Pesanan ini ringkas tapi manfaatnya tak terkata, justeru bersabarlah. Macam mana nak bersabar? Mujahadah. Apa tu mujahadah? Tahan diri. Macam mana nak tahan diri? Diam dan berserah pada Allah, inginkan redaNya. TAQWA,TAWADHU' DAN INSANULLAH ☝️💞