Hospital Kanowit - Rasmi

Hospital Kanowit - Rasmi Halaman Rasmi Bagi Hebahan Di Hospital Daerah Kanowit, Sarawak

๐Ÿ‘‘ DAULAT TUANKU ๐Ÿ‘‘Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di...
31/05/2026

๐Ÿ‘‘ DAULAT TUANKU ๐Ÿ‘‘

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 (Isnin) bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

โ€œDirgahayu Tuankuโ€

Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja Hospital Kanowit









๐ŸŒพ Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 ๐ŸŒพโ€œGayu Guru Gerai Nyamaiโ€Seluruh warga kerja Hospital Kanowit ingin mengucapkan Sela...
31/05/2026

๐ŸŒพ Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 ๐ŸŒพ

โ€œGayu Guru Gerai Nyamaiโ€

Seluruh warga kerja Hospital Kanowit ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dan kekeluargaan.

Semoga musim perayaan ini disambut dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang.

โœจ Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai โœจ

Ikhlas daripada
Seluruh warga kerja
Hospital Kanowit

๐ŸŒธ Selamat Menyambut Hari Wesak ๐ŸŒธIkhlas daripada seluruh warga kerja Hospital Kanowit, kami mengucapkan Selamat Hari Wesa...
30/05/2026

๐ŸŒธ Selamat Menyambut Hari Wesak ๐ŸŒธ

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Hospital Kanowit, kami mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kasih sayang, kesejahteraan serta kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai hormat-menghormati, keharmonian dan perpaduan demi masyarakat yang lebih aman dan sejahtera. โœจ

โ€œMay peace fill your heart and light guide your path.โ€

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja
Hospital Kanowit

๐Ÿš— Nak balik ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐ฉ๐š ๐๐š๐ฐ๐š ๐”๐›๐š๐ญNak bawa ubat balik kampung? Kami kongsikan tip untuk pengurusan ubat-ubatan d...
28/05/2026

๐Ÿš— Nak balik ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐ฉ๐š ๐๐š๐ฐ๐š ๐”๐›๐š๐ญ

Nak bawa ubat balik kampung? Kami kongsikan tip untuk pengurusan ubat-ubatan dengan betul semasa perjalanan ke kampung. Ingat ya, pengurusan ubat-ubatan yang tidak tepat boleh menyebabkan ubat rosak dan tidak berkesan.

Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang Gawai ke rumah panjang minggu ini, kami ucapkan semoga selamat sampai ke destinasi.

SELAMA HARI GAWAI
GAYU GURU GERAI NYAMAI

---

๐ŸŒ™โœจ **SALAM AIDILADHA 1447H | 2026** โœจ๐ŸŒ™Seluruh warga kerja Hospital Kanowit mengucapkan**Selamat Menyambut Hari Raya Aidi...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ **SALAM AIDILADHA 1447H | 2026** โœจ๐ŸŒ™

Seluruh warga kerja Hospital Kanowit mengucapkan
**Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha**
kepada semua umat Islam yang meraikannya.

๐Ÿ•Œ Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan silaturahim serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

๐Ÿ“… **27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H**

โ€œPengorbanan yang ikhlas menjadi jalan menuju ketakwaan.โ€ ๐Ÿค

Ikhlas daripada,
**Warga Kerja Hospital Kanowit**






MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL KANOWIT.Dimaklumkan bahawa pada tarikh 3/6/2026 (Rabu) dan 4/6/2026 (Kh...
20/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL KANOWIT.

Dimaklumkan bahawa pada tarikh 3/6/2026 (Rabu) dan 4/6/2026 (Khamis), Jabatan Pesakit Luar akan ditutup bersempena pengumuman pengisytiharan Cuti Kelepasan Am Tambahan daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak bertarikh 19 Mei 2026.

Sehubungan itu, Jabatan Pesakit Luar Hospital Kanowit tidak akan beroperasi pada tarikh-tarikh tersebut.

Pesakit yang mempunyai temujanji pada tarikh-tarikh tersebut dinasihatkan untuk datang lebih awal atau selepas tarikh 04/06/2026 (Khamis), bergantung kepada kesesuaian dan keperluan masing - masing.

Jabatan Pesakit Luar akan beroperasi seperti biasa mulai 05/06/2026 (Jumaat).

Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Hospital Kanowit


๐Ÿ“ข PERINGATAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI CUACA PANAS โ˜€๏ธ๐ŸŒก๏ธOrang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap cuaca...
18/05/2026

๐Ÿ“ข PERINGATAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI CUACA PANAS โ˜€๏ธ๐ŸŒก๏ธ

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini serta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penyakit berkaitan haba seperti:

โ–ช๏ธ Heat Exhaustion (Kelesuan Haba)
โ–ช๏ธ Heat Cramps
โ–ช๏ธ Heat Stroke

Antara langkah pencegahan yang disarankan:
โœ… Minum air secukupnya
โœ… Kurangkan aktiviti luar pada waktu panas terik
โœ… Pakai pakaian yang ringan dan berwarna cerah
โœ… Berehat di tempat teduh dan mempunyai pengudaraan baik
โœ… Pantau golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik

Sekiranya mengalami gejala berkaitan cuaca panas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

๐Ÿ“Œ Bersama-sama kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga dalam menghadapi cuaca panas.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Hospital Kanowit












18/05/2026
Majlis Perpisahan Warga Kerja Hospital KanowitPada 29 April 2026 telah berlangsung Majlis Perpisahan bagi meraikan empat...
11/05/2026

Majlis Perpisahan Warga Kerja Hospital Kanowit

Pada 29 April 2026 telah berlangsung Majlis Perpisahan bagi meraikan empat (4) orang warga kerja yang bersara serta seorang (1) warga kerja yang akan bertukar keluar dari Hospital Kanowit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga segala pengalaman menjadi kenangan terindah dan didoakan agar terus diberikan kesihatan yang baik serta kejayaan di masa hadapan.

โ€œJasamu dikenang, budimu disanjung.โ€

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 ๐ŸŽ‰Dedikasi, komitmen dan pengorbanan setiap warga kerja adalah tunjang kepada p...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 ๐ŸŽ‰

Dedikasi, komitmen dan pengorbanan setiap warga kerja adalah tunjang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas usaha tanpa jemu dalam memberikan yang terbaik, khususnya dalam memastikan kesihatan dan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.

Semoga segala jasa dan bakti anda terus dihargai dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Ucapan ikhlas daripada seluruh warga kerja Hospital Kanowit ๐Ÿ’™

Address

Hospital Kanowit, Jalan Durin/Kanowit
Kanowit
96700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kanowit - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category