24/04/2026
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐈𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Bersempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2026, KKM menyeru seluruh masyarakat untuk memastikan diri dan anak-anak menerima vaksinasi mengikut jadual yang ditetapkan.
Imunisasi bukan sahaja melindungi individu, malah membantu membina imuniti kelompok demi kesejahteraan bersama.
Dengan mengangkat tema “𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢: 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐢, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐬𝐢𝐚”, sambutan pada tahun ini menekankan kepentingan imunisasi sebagai pelindung kesihatan yang berterusan, bermula dari awal kehidupan, melindungi masa kini, serta menjamin kesejahteraan generasi akan datang.
💉 Lindungi diri, lindungi komuniti. Imunisasi tanggungjawab bersama.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia