29/06/2026
PROGRAM PEMBUGARAN ILMU BERSAMA PRESIDEN DARUSSALAM MALAYSIA
ποΈ 28 Jun 2026 (Ahad)
Alhamdulillah pada Ahad, telah berlangsung dengan jayanya Program Pembugaran Ilmu Bersama Presiden Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia bertempat di Pusat Rawatan Islam DarusSalam Malaysia Cawangan Pahang di Kg. Lengkong, Karak.
Program ini merupakan satu medan yang amat bermakna dalam memperkukuh kefahaman serta memperbaharui ilmu berkaitan rawatan Islam patuh syariah, di samping menerima ijazah beberapa amalan sempena bulan Muharram. Program ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, mengeratkan ukhuwah serta menyuntik semangat dalam meneruskan usaha dakwah dan khidmat rawatan Islam kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Presiden DarusSalam Malaysia Tuan Haji Abdul Manaf bin Jusoh, Setiausaha Agung Dr. Elias, Penolong Setiausaha Agung Ust Sabri dan Penggerak Aktif DarusSalam HQ Ustaz Rosdi atas kesudian hadir ke Program Pembugaran Ilmu dan mengijazahkan amalan kepada para perawat DarusSalam Pahang.
Penghargaan juga dirakamkan kepada seluruh pimpinan dan perawat DarusSalam Pahang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dengan penuh amanah, menjadi panduan dalam berkhidmat, serta membawa keberkatan dan keredaan Allah SWT.
π² Dapatkan maklumat lanjut mengenai DarusSalam Pahang melalui pautan berikut:
π https://linktr.ee/darussalampahang