21/10/2026
WELLNESS COLOUR RUN 2026 & WELLNESS HUB KEMAMAN OPEN DAY
Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2026
📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Wellness Hub Kemaman / Klinik Kesihatan Kerteh
Program Wellness Hub Kemaman Open Day Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah! Sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung,yang setia kekal bersama-sama memeriahkan program dari awal pagi hingga ke penghujung acara, benar-benar menyuntik semangat kepada seluruh warga penganjur. Terima kasih atas sokongan yang diberikan!
Wellness Hub Kemaman Open Day merupakan platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat terus kepada komuniti setempat,
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan, antaranya :
🏃🏻♀️Wellness Colour Run
🎀 Sambutan Pink Oktober
🪑 Chairobik
🖍️ Pertandingan mewarna
🎉 Pertandingan Sukaneka
👩🏻🍳 Pertandingan memasak
⛱️ Reruai pameran kesihatan
🍊 Reruai jualan makanan sihat
👕 Workshop TieDye
🩺 Saringan kesihatan asas / kesihatan wanita & pergigian
Program ini turut mendapat sokongan dan kehadiran YBrs. Dr. Mohd Shafik bin Abd Majid, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, yang bukan sahaja turut serta memeriahkan pelbagai aktiviti, malah menyempurnakan perasmian program.
Semoga segala ilmu, maklumat dan perkhidmatan kesihatan yang dikongsikan sepanjang program ini dapat memberikan manfaat serta menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.