23/08/2026
✨ GALA DINNER & HARI ANUGERAH STAF KLINIK AISHAH 2026 ✨
Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Gala Dinner dan Hari Anugerah Staf Klinik Aishah 2026 bertemakan Arabian Night, bertempat di Restoran Tun Teja, Kuantan.
Majlis ini merupakan tahun kedua Klinik Aishah Kemaman menganjurkan acara istimewa seperti ini sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada seluruh warga kerja yang sentiasa memberikan komitmen, dedikasi serta usaha gigih dalam memastikan kecemerlangan dan perkembangan Klinik Aishah Kemaman.
InsyaAllah, majlis penuh bermakna ini akan terus diadakan setiap tahun sebagai wadah untuk meraikan kejayaan, menghargai jasa serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara seluruh warga Klinik Aishah.
Pada malam yang penuh gemilang ini, pelbagai kategori Anugerah Staf telah dipertandingkan bagi mengiktiraf bakat, prestasi, sikap positif serta sumbangan setiap individu dalam pasukan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah dan juga seluruh staf Klinik Aishah Kemaman. Setiap usaha, pengorbanan dan komitmen anda amat dihargai dan menjadi tunjang kepada kejayaan klinik kita.
Terima kasih kepada seluruh warga Klinik Aishah Kemaman atas segala jasa dan kerja keras yang diberikan. Semoga kita terus melangkah lebih jauh, berkembang bersama dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Klinik Aishah Kemaman Bersama Membina Kecemerlangan ❤️