Taska Mayamin

Taska Mayamin menawarkan perkhidmatan menjaga dan mengasuh bayi serta kanak-kanak, playschool dan preschool

11/08/2026

Alahai sukanya dia boleh main tampal-tampal. Hari ni mengenali bentuk. Betullah kajian tentang kanak-kanak belajar melalui bermain. Dengan bermainlah mereka mudah untuk memahami persekitaran mereka. Satu lagi, rutin kena konsisten.

10/08/2026

Santai-santai belajar di taska

10/08/2026

Keyakinan dan fokus mesti la dipupuk sedikit demi sedikit. Tidak mudah tapi demi kesayangan kami, kami akan cuba sebaiknya.

05/08/2026

Aktiviti berjalan setiap hari, mungkin mereka sudah biasa dengan warna-warna tersebut tapi bila bersama kawan, suasana terasa berbeza. Iya, sangat berbeza. Nangis dan ketawa bersama. Mandi makan tidur bersama. Di kala ibu dan ayah keluar mencari rezeki, mereka memberikan kerjasama.

Semoga anak-anak taska mayamin sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tenang, gembira dan membesar dengan sihat dari segi fizikal juga mental 🤲

Belajar sambil bermain, berkembang sambil meneroka! ✨ABM yang menarik bukan sekadar alat permainan, tetapi merupakan med...
19/07/2026

Belajar sambil bermain, berkembang sambil meneroka! ✨

ABM yang menarik bukan sekadar alat permainan, tetapi merupakan medium pembelajaran yang merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui aktiviti mengenal nombor, huruf, warna dan bentuk, anak-anak belajar berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta membina keyakinan diri dalam suasana yang menyeronokkan.

Di taska dan tadika, kami percaya bahawa pengalaman pembelajaran yang bermakna bermula dengan ABM yang kreatif, interaktif dan sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak. 🌱🧠💛

Soalan yang selalu di tanya adalah pasal aktiviti. Ada buat aktiviti ke, boleh tengok aktiviti tak, baby ada belajar jug...
14/07/2026

Soalan yang selalu di tanya adalah pasal aktiviti. Ada buat aktiviti ke, boleh tengok aktiviti tak, baby ada belajar juga ke, macam-macam lagi yang di tanya. Tapi soalan ni paling banyak di tanya.

Alhamdulillah setakat ni kanak-kanak di semua peringkat umur belajar. Bayi 3 bulan bukan makan tidur sahaja, bila masa dia berjaga. Akan ada aktiviti yang bermanfaat untuk dia. Ini salah satu contoh aktiviti mereka.

Bayi dalam gambar ni dah 11 bulan, aktiviti yang dilakukan mencari barang tersembunyi. Melalui aktiviti ni, bayi bukan sahaja belajar menggunakan anggota badan mereka, tetapi meransang perkembangan otak untuk mencari apa yg tersembunyi. Pendedahan ini membuat bayi belajar bahawa ada sesuatu di dalam sana yang best. 😁

13/07/2026

Aktiviti yang baik tuk motor halus, kalu nak ajar warna, bole guna straw warna. Target berapa warna yang hendak diperkenalkan ikut tahap kebolehan kanak-kanak.

Setiap aktiviti yang kelihatan ringkas sebenarnya membantu membentuk asas matematik yang kukuh sebelum anak melangkah ke...
10/07/2026

Setiap aktiviti yang kelihatan ringkas sebenarnya membantu membentuk asas matematik yang kukuh sebelum anak melangkah ke alam persekolahan.

Melalui aktiviti padanan nombor seperti ini, anak-anak belajar untuk: ✨ Mengenal nombor 1–10. ✨ Memadankan nombor dengan tepat. ✨ Meningkatkan koordinasi mata dan tangan. ✨ Mengasah kemahiran berfikir secara logik dan sistematik. ✨ Membina keyakinan diri apabila berjaya menyelesaikan tugasan.

10/07/2026

Setiap gambar ada cerita,
Setiap gambar ada rasa,
Ingin diungkap dengan kata-kata,
Tapi...,
Tidak bisa,
Kerana kamu terlalu istimewa,

Kesayangan kami

Selamat hari lahir to our angel yang pertama 😘Alooo comelnya awak ni, murah dengan senyuman. Dari umur 3 bulan, sekarang...
09/07/2026

Selamat hari lahir to our angel yang pertama 😘

Alooo comelnya awak ni, murah dengan senyuman. Dari umur 3 bulan, sekarang dah 1 tahun. Semoga Allah kurniakan kamu kesihatan yang baik, sentiasa mendapat perlindunganNya dari apa pun perkara yang memudaratkan dan menjadi anak yang soleha, taat pada perintah Allah dan taat kepada orang tua.

Address

Jalan Kemboja, Kg Baru Kerteh
Kemaman
24300

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 17:30
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

0133312363

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Mayamin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category