22/07/2026
HARI SUKAN TAK AKAN MENANG JIKA TIDAK ADA YANG BERTANDING🥇
IBU AYAH TKK PALING SPORTING TAHUN NI, JATUH KEPADA ………..🏆✨
______________________________________________________
Dengan berakhirnya pemberian anugerah, pengumuman JUARA maka berakhirlah majlis sukan ini. Jutaan terima kasih kepada semua warga ibu ayah TKK KIDS yang masih kekal ada bersama dari awal sehingga akhir acara.
Alhamdulillah syukur Allah swt. sebaik-baik perancangan dan sebaik-baik pengaturan-Nya. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama barisan guru-guru pendidik hebat yang sentiasa bersemangat dan inginkan yang terbaik. Kepada barisan pembantu guru iaitu para JURI dikalangan ibu-ibu iaitu Pn. ANIS ,Pn. ZURAIDA, Pn ZURAINI, Pn. ZULAIKHA & Pn. NABILA anda adalah JURI paling FUNCTION untuk MAJLIS SUKAN INI🥹🔥.
Kepada ahli keluarga yang menyalurkan tenaga khidmat di belakang majlis, sama ada sebelum, semasa dan selepas majlis terima kasih tidak terhingga sesungguhnya majlis ini adalah berkat pertolongan anda juga.
Oleh itu, dikesempatan posting ini, selaku juru acara Teacher Murni & Teacher Wawa dan seluruh warga pengurusan TKK ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kekuragan atau kesilapan sepanjang majlis ini. Sesungguhnya kami sentiasa akan memperbaiki lagi segala kekurangan yang ada.
AYUH KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG ! -MARKET DAY Tadika & Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kota Konstantinopel 2026 🥳🎉
TKK KIDS HEBAT ! ✨
TKK KIDS JUARA ! 🥇
TKK KIDS FREEDOM TO LEARN ! ⭐️