02/10/2026
🎀 PINK OCTOBER | A JOURNEY OF HOPE 🎀
Bulan Oktober bukan sekadar tentang warna merah jambu. Ia adalah tentang keberanian untuk menghadapi diagnosis, kekuatan untuk meneruskan rawatan, kasih sayang keluarga yang tidak pernah berkurang, dan harapan yang sentiasa menyala. 💗
Buat setiap wanita yang sedang menjalani rawatan kanser payudara di Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM , setiap langkah yang anda lalui adalah bukti sebuah keberanian. Buat para survivors, anda adalah inspirasi bahawa harapan sentiasa mempunyai tempat dalam setiap perjalanan. Buat keluarga dan penjaga, terima kasih kerana terus menjadi bahu untuk bersandar dan tangan yang tidak pernah melepaskan.
🌸 May every treatment bring renewed strength, every challenge bring greater courage, and every new day bring another reason to HOPE.
Terus melangkah. Terus percaya. Terus berharap.
Kerana setiap perjuangan mempunyai kisah, dan setiap kisah masih mempunyai harapan. 💕
IPPT Breast Cancer Networks