Klinik Kesihatan Kok Lanas

Klinik Kesihatan Kok Lanas FACEBOOK RASMI KLINIK KESIHATAN KOK LANAS

🌙✨ 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 ✨🌙Ikhlas daripada seluruh warga Klinik Kesihatan Kok Lanas.Semoga Aidiladha...
25/05/2026

🌙✨ 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 ✨🌙

Ikhlas daripada seluruh warga Klinik Kesihatan Kok Lanas.

Semoga Aidiladha yang diraikan ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik serta kebahagiaan buat anda dan keluarga tercinta 🤍

Dalam kemeriahan musim perayaan ini, marilah kita bersama:
💚 Mengamalkan pemakanan secara sihat dan berpada-pada
💚 Menjaga kebersihan diri dan keselamatan keluarga
💚 Kekal aktif serta mendapatkan rehat yang mencukupi
💚 Memandu dengan berhemah sepanjang perjalanan

Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan ukhuwah bersama insan tersayang 🌿

Semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

📢 MAKLUMAN WAKTU OPERASI KLINIKDimaklumkan bahawa waktu operasi bagi 🏥 Klinik Kesihatan Kok Lanas adalah seperti berikut...
25/05/2026

📢 MAKLUMAN WAKTU OPERASI KLINIK

Dimaklumkan bahawa waktu operasi bagi 🏥 Klinik Kesihatan Kok Lanas adalah seperti berikut:

🗓️ Ahad – Rabu
🕗 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
🕑 2.00 petang – 5.00 petang

🗓️ Khamis
🕗 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
🕑 2.00 petang – 3.30 petang

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kaunter pendaftaran klinik.
Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai. Terima kasih.

15/04/2026
18/03/2026

PROGRAM SIHAT ITU SAYA (SIS) PERINGKAT KK KOK LANAS SESI MAC 2026.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan dan memberi kerjasama program pada pagi ini.

17/03/2026

12/03/2026

5 Langkah Strategik Untuk Bebas Daripada Asap Rokok!

Dah nekad nak berhenti merokok Ramadan ini? Jom amalkan Tip 5S untuk membantu perjalanan anda:

Sisih: Buang semua pemetik api, tempat abu rokok atau v**e

Susun: Rancang jadual harian supaya anda tidak teringat pada rutin merokok.

Sapu: Bersihkan rumah daripada sisa asap rokok lama demi kesihatan keluarga tersayang.

Seragam: Selaraskan matlamat anda dengan orang sekeliling untuk Ramadan tanpa rokok.

Sentiasa Amal: Kekal meneruskan pembudayaan hidup sihat ini walaupun selepas Ramadan berakhir.

Anda mampu melakukannya! Mulakan langkah pertama hari ini. 🚭

12/03/2026

Kenapa perlu makan sihat pada bulan Ramadan? 🤔

Bukan sekadar kenyang, tapi untuk pastikan badan kekal bertenaga sepanjang berpuasa!

Ingat formula ini:

✅ Amalkan konsep "Suku-Suku Separuh".
❌ Kurangkan garam, gula dan kafein
🍎 Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jom amalkan tips ini supaya kekal cergas sehingga waktu berbuka! 💪



Ismuni Bin Bohari
Program Kesihatan Awam, KKM

12/03/2026

Jom Kenali Wellness Hub: Pusat Kesejahteraan Anda! 🌿

Adakah anda tahu mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di Wellness Hub? Jangan lepaskan peluang untuk mendalami topik ini bersama pakar dalam slot "Sembang Sihat" esok!

🗓 Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 12.30 Tengah Hari
📻 Saluran: Kelantan FM
🎙 Tetamu Jemputan: En. Che Hazri Bin Che Maail (Pegawai Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan)

Kesihatan bukan sekadar tiada penyakit, tapi kesejahteraan yang menyeluruh. Jom dengar!


05/03/2026

Anda sukaka Kopi namun ingin berhijrah ke pilihan yang lebih sihat. Bole try ni

Address

Kok Lanas
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097880900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kok Lanas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share