Healthy Is A Gift

Call Directions Website Contact the practice

Healthy Is A Gift Healthy Is A Gift Page available selling Shaklee product. Shaklee Distributor ID : 1090397

02/10/2026

PrePro Shaklee yang sedap! 😋😋
Proven and effective!







02/10/2026

Its protein month 🤩🥳






WANITA DAN GLA 🩷Sebagai wanita,kita selalu sibuk menjaga banyak perkara…keluarga,kerja,rumah,orang lain.Tapi pernah ka k...
27/09/2026

WANITA DAN GLA 🩷

Sebagai wanita,kita selalu sibuk menjaga banyak perkara…
keluarga,kerja,rumah,orang lain.

Tapi pernah ka kita berhenti sekejap dan tanya:

“Nutrisi apa yang badan saya perlukan?”

Salah satu nutrien yang mungkin pernah kamu dengar ialah GLA – Gamma-Linolenic Acid, sejenis asid lemak omega-6 yang terlibat dalam proses fisiologi tubuh.

👉 Kenapa kita perlu ambil tahu? Dan kenapa ia penting dalam rutin kesihatan wanita?

Bukan kerana GLA adalah “ubat” atau penyelesaian kepada semua masalah wanita.

Tetapi kerana memahami nutrisi membantu kita membuat pilihan yang lebih bijak untuk rutin kesihatan sendiri.

Dan seperti biasa,asas tetap penting:

🥗 Pemakanan seimbang
💧 Air yang mencukupi
🚶‍♀️ Aktif bergerak
😴 Tidur yang cukup
🧘‍♀️ Pengurusan stres
🌱 Nutrisi yang sesuai dengan keperluan individu

Kesihatan wanita bukan tentang menunggu badan “bermasalah” baru mula ambil peduli.

Lebih baik kita mula dengan kenal,faham dan jaga diri secara konsisten 🌸

Sayangi diri 🫰





Kalau saya boleh,kamu pun boleh baitu!Dulu saya pun bukan terus pandai.Bukan terus yakin.Bukan terus tahu semuanya.Saya ...
27/09/2026

Kalau saya boleh,kamu pun boleh baitu!

Dulu saya pun bukan terus pandai.
Bukan terus yakin.
Bukan terus tahu semuanya.
Saya pun mula dari kosong.
Belajar sikit demi sikit.
Buat walaupun takut.
Jatuh,bangun dan cuba lagi.

Sampai hari ini saya sedar…

Kita tidak perlu pun tunggu jadi hebat untuk bermula.
Kita bermula,kemudian kita belajar untuk jadi lebih baik.

Kalau saya yang dulu boleh ambil langkah pertama…

👉 Kamu pun boleh bah! 💪✨

Jangan terlalu fikir,
“Boleh ka saya buat?”

Tukar kepada ;

“Saya cuba dulu.”

Sebab kadang-kadang,satu langkah kecil hari ini boleh membawa kita jauh lebih daripada yang kita sangka. 🌿

Tidak perlu sempurna.
Tidakperlu tunggu masa yang tepat.
Yang penting,berani mula.

✨ Kalau saya boleh, kamu pun boleh bah!

Me.. Tetap semangat! Walau turun naik prosesnya 🤗..





Rasa happy bila dapat feedback dari customer yang konsisten GLA intake ni.Sebagai seorang consumer dan juga SID. Feedbac...
25/09/2026

Rasa happy bila dapat feedback dari customer yang konsisten GLA intake ni.

Sebagai seorang consumer dan juga SID. Feedback ni adalah satu perasaan yang buat kami selalu bersyukur. Why? Sebab ia bukan tentang hal menjual semata-mata. Tetapi ia adalah tentang membantu orang lain dapat selesaikan masalah yang dihadapi.

Saya percaya,konsisten itu tidak mudah. Tapi satu hal yang saya belajar sendiri,if the product is proven,why not stick and consistent as best as can.

Antara feedback-feeback customer yang konsisten GLA.

GLA Promo sept. Bah jangan lepaskan peluang,grab sementara masih available stock 😉😉...





Antara perkara yang buat saya terus selesa dalam bisnes ini?💪 Saya tidak buat seorang diri.Bila baru mula, memang banyak...
23/09/2026

Antara perkara yang buat saya terus selesa dalam bisnes ini?

💪 Saya tidak buat seorang diri.

Bila baru mula, memang banyak benda yang kita belum tahu.

Mau belajar tentang produk.
Mau belajar cara berkomunikasi.
Mau tahu cara buat posting.
Mau belajar follow-up.
Mau faham bagaimana bina bisnes.

Sebab itu support dan training dalam team sangat penting bagi saya.

📚 Ada training — belajar langkah demi langkah.

💬 Ada tempat bertanya — tidak perlu pin simpan soalan seorang diri.

🤝 Ada team support — boleh belajar dan berkembang bersama.

🌱 Ada peluang untuk improve diri — bukan sekadar tentang business, tapi komunikasi, disiplin dan keyakinan diri.

Yang saya suka…

Tidak perlu tunggu sampai kita pandai baru mau mula.
Kita mula → belajar → buat → perbaiki → ulang lagi.

Itulah proses sepanjang hidup!

Dan bagi saya, team yang baik bukan team yang hanya suruh kita buat bisnes…
Tetapi team yang membantu kita belajar bagaimana untuk buat 😊❤️...





APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG KESIHATAN USUS?....Dulu saya ingat kesihatan usus cuma pasal “senang atau susah membuang.”...
23/09/2026

APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG KESIHATAN USUS?....

Dulu saya ingat kesihatan usus cuma pasal “senang atau susah membuang.” saja 😅

Tapi semakin saya belajar,semakin saya sedar dan tahu,bahawa ia lebih dari itu..

Usus kita sebenarnya perlukan perhatian setiap hari...

Ini antara perkara yang saya belajar:

1. Usus perlukan makanan yang baik
Serat daripada sayur, buah, kekacang dan bijirin penuh membantu menyokong kesihatan sistem penghadaman.

2. Bakteria dalam usus juga penting
Dalam usus terdapat komuniti mikroorganisma. Sebab itu kita selalu dengar tentang probiotik dan prebiotik.

3. Air jangan dilupakan
Pemakanan yang baik juga perlu disokong dengan pengambilan air yang mencukupi.

4. Bukan makanan sahaja yang penting
Tidur, aktiviti fizikal dan pengurusan stress juga sebahagian daripada gaya hidup yang menyokong kesihatan keseluruhan—termasuk sistem penghadaman.

5. Jangan tunggu ada masalah baru mula jaga
Bagi saya, penjagaan kesihatan lebih baik dijadikan rutin, bukan hanya apabila badan mula rasa tidak selesa.

Dan satu lagi yang paling saya belajar…

Kesihatan usus bukan tentang mencari satu “produk ajaib”.
Ia tentang rutin harian yang konsisten — makanan yang lebih baik, cukup air, bergerak, tidur dan menjaga diri.

👉 Kita mungkin tidak nampak apa yang berlaku dalam usus kita setiap hari,tapi ia tetap sebahagian daripada kesihatan kita.

"Usus otak kedua manusia"

Saya yang masih belajar....





Ada gaya hidup sihat??....Tidak perlu tunggu Isnin. Tidak perlu tunggu bulan depan. Tidak perlu tunggu semangat datang. ...
22/09/2026

Ada gaya hidup sihat??....

Tidak perlu tunggu Isnin. Tidak perlu tunggu bulan depan. Tidak perlu tunggu semangat datang. Mula dengan langkah mudah saja bah..

Jom 🤗 ;....

💧 1. Mulakan dengan air kosong
Biasakan minum air secukupnya sepanjang hari.

🥗 2. Tambah makanan berkhasiat
Lebihkan sayur, buah, protein dan makanan yang kurang diproses.

🚶‍♀️ 3. Gerakkan badan setiap hari
Tidak semestinya perlu workout berat dan berjam-jam pun. Kalau boleh jalan kaki, naik tangga atau buat stretching pun boleh jadi permulaan yang simple sudah. Janji gerak!

😴 4. Jaga waktu tidur
Tidur yang cukup adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat.

🧘‍♀️ 5. Beri ruang untuk diri berehat
Urus stres, ambil masa untuk tenangkan fikiran dan jangan terlalu memaksa diri.

🌱 6. Konsisten dengan rutin kecil
Jangan kejar sempurna. Yang penting, buat sedikit tetapi berterusan.

Gaya hidup sihat bukan tentang perubahan besar dalam satu hari.
Ia tentang pilihan kecil yang kita ulang setiap hari 😊...

✨ Mula dengan satu rutin hari ini. Esok tambah satu lagi. Easy run! And keep consistency 💪🔥





Fakta yang harus kita sama-sama tahu tentang GLA shaklee 🩷...🔹 1. GLA ialah Gamma-Linolenic AcidGLA ialah sejenis asid l...
22/09/2026

Fakta yang harus kita sama-sama tahu tentang GLA shaklee 🩷...

🔹 1. GLA ialah Gamma-Linolenic Acid
GLA ialah sejenis asid lemak omega-6.

🔹 2. GLA bukan sama dengan Omega-3
Kedua-duanya ialah asid lemak, tetapi jenis dan laluan metabolisme dalam tubuh adalah berbeza.

🔹 3. Tubuh boleh menghasilkan GLA daripada LA
LA (linoleic acid) boleh ditukar kepada GLA melalui enzim tertentu. Namun, keupayaan proses ini boleh berbeza antara individu.

🔹 4. GLA terlibat dalam proses fisiologi tubuh
GLA boleh ditukar kepada DGLA, yang kemudiannya terlibat dalam penghasilan molekul lipid tertentu yang mempunyai fungsi dalam tubuh.

🔹 5. GLA boleh diperoleh daripada sumber makanan tertentu 🌱
Minyak daripada tumbuhan seperti evening primrose dan borage merupakan antara sumber GLA yang digunakan dalam produk supplement.

🔹 6. GLA bukan “ubat untuk semua”
Ia adalah nutrien, bukan pengganti rawatan perubatan. Kesan supplement juga bergantung kepada individu dan tujuan penggunaannya.

Apa yang penting?...

Jangan hanya tahu nama supplement. Tetapi kenali dengan lebih dalam dan fahami apa kandungannya,bagaimana ia berfungsi dan sama ada ia sesuai dengan keperluan kita atau tidak.

Kenali nutrisi. Fahami keperluan. Pilih dengan bijak 😉...





“Saya belum boleh buat semua"."Saya tidak pandai"."Saya tiada masa yang cukup"."Saya penat".Pernah terjadi macam ni? 😊Se...
20/09/2026

“Saya belum boleh buat semua".
"Saya tidak pandai".
"Saya tiada masa yang cukup".
"Saya penat".

Pernah terjadi macam ni? 😊
Selalu beralasan...

Dalam menjaga kesihatan,kita tidak perlu pun tunggu semuanya sempurna. Dalam berimpian untuk berjaya,tidak perlu menunggu sempurna.

Tidak sempat workout 1 jam?
➡️ Cukup berjalan 15–20 minit pun tetap satu langkah.

Tidak dapat makan “perfect” setiap hari?
➡️ Cuba buat pilihan yang lebih baik pada hidangan seterusnya.

Terlepas rutin sehari?
➡️ Sambung balik esok. Jangan terus berhenti.

Ingat! kesihatan dan sukses bukan dibina dengan satu hari yang sempurna.
Ia dibina daripada perkara kecil yang kita ulang berkali-kali.

Hari ini minum air yang cukup💧
Esok lebih banyak bergerak🚶‍♀️
Kurangkan makanan yang kurang berkhasiat 🥗
Tidur sedikit lebih awal 😴
Jaga nutrisi!
Belajar tanpa lelah 💪
Sentiasa menerima 🤗

Tidak perlu sempurna. Cukup dengan langkah kecil saja.
Yang penting,teruskan!

👉 Konsisten kecil + masa = perubahan yang lebih bermakna.

Jangan tunggu “Monday”.
Jangan tunggu tahun depan.
Jangan tunggu semuanya sempurna.

Mulakan dengan apa yang mampu kita buat hari ini ❤️.

Ini bukan siapa yang paling perfect yang paling jauh melangkah.
Tetapi siapa yang terus melangkah walaupun sedikit 😉

Jalani dan nikmati setiap proses-Sukses!
Consistency is the 🔑.





Address

Kinarut
89600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Healthy Is A Gift posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Healthy Is A Gift:

Shortcuts

Share