Surihati Keluarga

Surihati Keluarga Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surihati Keluarga, Family Therapist, Klang.

18/06/2022

Tips deko rumah dengan anak kecil

🟢pilih perabot yang besar2
👉🏼 boleh sumbat segalanya. Perabot kecil kecil hanya akan membuatkan ruang tampak sempit dan sentiasa merasakan tak cukup ruang

🟢pilih perabot minimalis
👉🏼Minimalis yang tak banyak corak dan nampak kemas. Ini supaya senang menyusun atur rumah

🟢Cari perabot yang multifunction
Contohnya sofa dengan storage, katil yang ada rak di kepala.

🟢adakan ruang khas penyimpanan mainan dan baju anak anak
👉🏼untuk latih anak kemas semula mainan lepas guna
👉🏼untuk latih dia cara sangkut baju sendiri dan ajar dia buat pilihan sendiri setiap kali lepas mandi

🟢pentingkan kekemasan berbanding dekorasi semata mata

‼️Elakkan beli perhiasan yang menghalang anak dari bermain. Lapangkan rumah
‼️elakkan membeli perkakas dan aksesori dari kaca , seperti pinggan, mangkuk dan sebagainya
‼️elakkan karpet mahal dan berbulu
👉🏼supaya tak pening kepala kalau makanan tumpah dan easy to clean


17/06/2022

Nak jadi surihati keluarga berjaya ni, paling penting kena ada tiga benda:-
1) telinga yang tebal

Sampai kita pandai sabar dengan anak yang meronta dan menangis sepanjang masa. Sampai kita masuk tandas pun macam kena dera.

2) hati yang sobar.
Sabar tengok rumah sepah.
Sambil pujuk hati,
“Okey, biarlah dia nak teroka kejap. Hak anak adalah bermain. Masa takboleh dibeli. Rumah yang kemas boleh kita ganti”

3) badan yang cergas

Haa nak jadi tarzan bukan mudah. Kena mahir macam macam teknik kecergasan badan. Kalau badan lemau, anak anak akan lemau. Suami apatah lagi. Buatlah apa pun untuk pastikan badan selalu cergas

Nak exercise ke
Nak zumba depan tv ke
Nak telan supplement tigapuluh papan ke
Sukahati andalah🤣

Yang penting badan kena fit okey!”

Surirumah ni bukanlah pekerjaan yang-tak-ada-kerja.Surirumah sendiri satu karier yang tak ramai mahir dalam seninya. Nah...
16/06/2022

Surirumah ni bukanlah pekerjaan yang-tak-ada-kerja.

Surirumah sendiri satu karier yang tak ramai mahir dalam seninya. Nah, siapa siapa yang nak belajar berjinak jinak dengan karier surirumah, boleh follow sini. In sha Allah kita akan kongsikan bagaimana rupa kerjaya kita yang ramai yang tak tahu ni🥰

Kerjaya surirumah tak ramai yang faham.
Tapi cukuplah kita tahu rentaknya bagaimana.

Selamat meneroka kerjaya suri. Semoga menjadi surihati keluarga paling profesional.

16/06/2022

5 SEBAB MENGAPA KARIER SURIRUMAH PATUT DIBANGGAKAN

Rata rata kalau sebut surirumah ni, kebanyakannya akan anggap perkara perkara negatif. Ada yang sampai merendahkan level pendidikan suri suri pun ada.. Huishh sadis.

Jadi Surirumah ni bukanlah bebanan mahupun kehinaan bahkan ianya penghormatan dan kemuliaan!

Ada orang kata surirumah ni kerja yang goyang kaki je, membebankan suami. ‘Tak kerja’, pemalas bahkan sesetengahnya menghina kerjaya surirumah aka Ratu rumahtangga ni.

Nanti suami tinggal macamana?
Kalau masalah ekonomi macamana?
Beratus ribu mak ayah habiskan untuk berikan pendidikan terbaik, tapi end up jadi surirumah JE..

Kalau itu, kalau ini..

Betul ke macamtu?

Meh cek nak cerita sikit dekat hampa..

1. Tugas surirumah bukanlah tugasan goyang kaki ye. Bahkan anjuran Allah dan rasul.

Firman Dalam beberapa ayat sekitar ayat 33 surah Al Ahzab , ada 8 arahan penting untuk wanita yang beriman dan salah satunya ialah arahan Allah :

وقرن في بيوتكن،

(Dan menetaplah kamu wahai wanita di dalam rumah dan jangan keluar kecuali jika ada keperluan).

Tetapi mohon jangan disalahertikan dengan memandang rendah wanita bekerjaya. Bahkan ada beberapa pekerjaan yang menjadi fardu kifayah kepada golongan wanita seperti doktor, dan guru..

2. Tugas surirumah bukanlah beban untuk suami, tetapi pelengkap hati dan hidup suami. Cuba kita bayangkan, suami yang zaman bujangnya tiada tempat curhat, kini sudah punya tempat curhat.Dia yang dahulunya hanya berfikir sendiri dan bertindak sendiri, kita sudah ada back up pemikir dan penguat semangat..

Manakala bab kewangan sememangnya tugas dan tanggungjawab suami yang jika suami berlepas tangan, berdosa besar kerana tidak menunaikan amanah Allah. Jika suami pandai mengungkit bahawa menjaga anak dan rumahtangga itu tanggungjawab kita, sebegitu juga urusan nafkah, itu sememangnya tanggungjawab suami atas kita dan anak anak seperti yang nabi sabdakan tadi.

Firman Allah dalam surah Albaqarah: ayat 228

ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak).

Sabda Rasulallah dalam mafhum hadis yang panjang: “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang amir (pemerintah, pemimpin atau ketua) akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin akan ditanya terhadap keluarga yang dipimpinnya. *Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin terhadap rumahtangga suaminya akan dipertanggungjawabkan terhadap tugasnya.* Bahkan seorang hamba (pembantu) juga adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan terhadap barang milik tuannya, juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu semua adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap hal dipimpinnya”. (HR Imam Bukhari dan Muslim)
Kita adalah pemimpin harta suami. Ratu di dalam rumah. Penggubal undang undang dan CEO untuk education anak anak.

3. Surirumah ialah ratu kepada kerajaan kecilnya. Rajanya ialah suami, dan hamba rakyatnya ialah anak anak dan rumah tangga.

Cuba kita tonton cerita tentang ratu kerajaan yang besar besar seperti kerajaan Turki Uthmaniyyah- cerita kerajaan China yang lama bahkan kerajaan korea, perhatikan tugasan ratu kerajaan. Apakah ratu dibebankan dengan tugasan lain seperti bertukang dan tugas tugas kenegaraan yang lain? Tidak..

Ratulah yang menguruskan istana., menyusunatur istana menjadikan istana tempat yang indah.
Ratu jugalah orang kanan raja yang paling penting dalam menasihati raja soal hal hal kenegaraan.
Dan ratu jugalah yang mendidik adab dan memikirkan haluan bakal putera mahkota dan puteri istana.
Itulah tugas ratu dan itulah juga tugas surirumah.

Jadinya, jika ada yang memandang rendah tugas surirumah, katakanlah bahawa anda bukan hanya suri, bahkan ratu permaisuri agung di mata agama.

4. Nanti kalau suami tinggal bagaimana?
Apa back up plan etc etc..

Keywordnya mudah, janganlah bernikah dari awal dengan orang yang bakal tinggalkan kamu. Nikahilah orang yang amanah dan beragama. Nescaya dia akan tahu tugasan hakiki selaku suami dan lelaki di muka bumi Allah yang luas.

Oh ya! Dan satu lagi, pelan hibah kan ada.. suruh aje suami carum setiap bulan😌. Kalau makcik bawang timbulkan lagi soalan ini, jawab je, suami dah ambik pelan hibah sejuta😁. Setel masalah.

5. Tugasan permaisuri agong ni sebenarnya sangaaaattlah berat. Terutamanya dalam mempastikan putera dan puteri mahkota mendapatkan didikan dan sentuhan yang terbaik. Cubalah bayangkan bagaimana sekiranya putera puteri mahkota dididik dengan acuan yang salah?

Apakah nasib kerajaan di masa depan?

Cuba kita baca berita berita tentang penderaan, masalah sosial dan pelbagai masalah di luar.. takut bukan?

Percaya atau tidak, 80% masalah sosial di luar akan selesai jika rumah mereka mempunyai suri yang fokus pada tugasnya. Sejujurnya, perhatikanlah emosi dan cara perlakuan anak anak yang di rumahnya punya ibu suri dan bandingkanlah dengan ibu yang bukan suri.. cuba selidiki peratusan masalah sosial yang berlaku antara mereka. Pastilah kita akan lihat jurang yang teramat besar.

Haa..
Cubalah baca berita tentang Amber Heard dengan J***y Depp. Kenapa Amber Heard menjadi sangat psikosis? Ada sumber mengatakan, Puncanya adalah kerana dia dididik di rumahnya oleh ibu bermasalah lalu dia membesar menjadi seorang yang sangat bermasalah. Menakutkan bukan?

Dan meh cek nak cerita sikit tentang wanita Arab sepanjang cek belajar di Jordan. Di sana, majoriti wanitanya adalah surirumah. Dan masalah sosial di sana juga sangat jauh berbeza sikit sangat berbanding di negara barat mahupun negara kita Malaysia. (Kecualilah sikap mereka yang agak kasar-itu normal- kerana itu sememangnya adat budaya mereka)

Di sana, ibu mereka dijulang tinggi. Pernah satu tahun, berlaku satu peristiwa yang amat amat dahsyat, yang mana seorang pemuda membunuh ibunya di bandar Amman.
Sebab?
Dadah..

lalu berita tu tersebar ke seluruh Jordan dan menggemparkan bumi Jordan kerana seorang ibu dibunuh okeh anaknya sendiri.

Cuba bayangkan, Bagaimana p**a di negara kita yang acah moden ini?
Ibu tidak dihormati itu biasa..
seorang ibu dibuang anak sendiri pun bersepah.

Tengoklah pusat jagaan orangtua yang saban tahun penghuninya makin meningkat. Persoalannya, bagaimana ibu ibu mereka berfungsi di rumah?
Apakah ibu tidak mengajarkan adab dari kecil?

Lihat p**a di sebelah barat sana. Yang kononnya negara moden.. saban waktu kita dengar bermacam cerita yang menakutkan. Cerita pembunuhan, kisah penderaan dan pelbagai masalah yang kadangkala tak logik untuk kita hadam. Cubalah perhatikan, di mana wanita mereka?

Oh ya, wanita merekalah yang paling banyak di luar. Kononnyalahh kan bekerja atas dasar equality -mahu hak disamakan dengan lelaki.
Islam tidak mengajarkan persamaan-kerana yang nyatanya semua manusia berbeza. Tetapi Islam menganjurkan keadilan. Apa itu adil?
Adil itu meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Bukan berdiri sama tinggi, bukan p**a duduk sama rendah. Akan tetapi berdiri atau duduk, kedua duanya membuatkan mereka dapat melihat frame dunia dengan luas terbentang di depan mata..

Islam menganjurkan familyman dan familywoman dalam masyarakat. Kenapa?
Sebab setiap orang berhak menjadi raja dan permaisuri dalam kerajaan mereka sendiri.

Justeru itu, berbanggalah bergelar suri-surirumah sepenuh masa atau separuh masa. Asalkan rumah kita punya suri yang mendapat tempat dalam hati setiap ahli keluarga..
Berbanggalah kerana kita menyahut seruan Allah dan rasul. Biarkan saja makcik makcik bawang. Lagipun, bukanlah mereka yang memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan-itu hanya Allah saja yang mampu memberinya..

ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين، واجعلنا للمتقين إماما.
Jemput follow sini untuk perkongsian seterusnya. Kite kite ajee-geng surihati keluarga.

Telegram surihati keluarga

16/06/2022

Ni nak habaq ni, kata, cek dah ada kerjaya tetap. Kerjaya SuRihati keluarga!

Bahasa Melayunya, surirumah tangga
Bahasa Inggerisnya ialah Housewife
Dan Arabnya dipanggil Rabbatul Bayt (The Queen of The House).

Dan cek gelarkan kerjaya cek sebagai surihati keluarga, melengkapkan ketiga tiga definisi bahasa. Tapi, yang paling utama, menurut Allah dan rasul, kerjaya ni bukan kerjaya biasa. Tapi yang luar biasa. Kerana itulah digelar sebagar Rabbatul Bayt (The Queen of The House- Ratu di kerajaan rumahtangga).

Cek dah naik pangkat menjadi ratu selepas perkahwinan cek. Bukan kuli dan bukan hamba abdi. Dan cek berbangga menjadi ratu mengikut acuan Allah dan rasul. Bukan acuan budaya bangsa melayu dan bukan acuan adat warisan.

Di sini, cek nak mula berkongsi tentang kerjaya cek yang rata ratanya, ummat manusia bani Malaysia belum tahu dan kuasai kuasa ratu ini. Nantikan perkongsian cek di posting posting seterusnya. Sabaq naa.. nak ambik feel ratu sat.😌

Boleh follow di Telegram Surihati Keluarga

Address

Klang
42200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surihati Keluarga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share