15/08/2026
Ada satu sakit yang orang malu nak cerita. Sakit kat tulang ekor.
Rasa dia bila duduk lama atas kerusi keras. Bila bangun dari duduk, rasa macam ada yang tersepit. Duduk atas motor pun tak selesa.
Ramai ingat sebab pernah terjatuh dulu. Ada yang memang betul. Tapi ramai jugak yang tak pernah jatuh langsung.
Cuba perasan macam mana korang duduk. Kalau korang duduk melurut ke depan, punggung tergelincir ke hadapan dan belakang badan melengkung β berat badan korang jatuh terus atas tulang ekor tu. Bukan atas tulang duduk yang sepatutnya menanggung.
Duduk macam tu lapan jam sehari, memang la area tu jadi sakit.
Lepas tu ada otot kecil sekeliling situ yang sambung ke tulang ekor. Bila otot tu tegang, dia tarik dan buat area tu rasa sakit walaupun tulang tu sendiri okay.
Yang senang nak buat. Duduk tegak sikit, punggung rapat ke belakang kerusi. Kalau kerusi keras, letak tuala lipat. Dan bangun setiap empat puluh lima minit walaupun sekejap.
Tapi kalau sakit tu datang lepas terjatuh, dan makin teruk, tu kena buat pemeriksaan dulu. Bukan terus urut.
Korang duduk berapa jam sehari kat tempat kerja? π
Saya ada buat servis urut setiap minggu. Isnin sampai Jumaat kat Brickfields, slot dari 5 petang sampai 9 malam. Hujung minggu p**ak di Meru Klang, slot dari 10 pagi sampai 6 petang.