02/10/2026
“Doctor, saya baru pregnant tapi scan nampak ada cyst pada ovari. Bahaya ke?” 🥺
Kalau doktor beritahu cyst tersebut ialah corpus luteum cyst, jangan terus risau ya. 🤍
Corpus luteum memang terbentuk selepas ovulasi dan pada awal kehamilan ia membantu menghasilkan hormon progesterone untuk menyokong pregnancy.
Kebanyakannya akan mengecil dan hilang sendiri apabila placenta mula mengambil alih fungsi hormon.
Tapi jika ada sakit perut yang kuat, pening/pitam atau pendarahan banyak, dapatkan pemeriksaan segera.
Save video ni untuk rujukan kalau anda sedang melalui early pregnancy. 🤰🏻✨