Poliklinik Barakah Klang

Call Directions Website Contact the practice

Poliklinik Barakah Klang Poliklinik, Klinik Pakar Sakit Puan, Klinik Kesihatan Mental. Perkhimatan Antenatal Scan, X-ray, Ultrasound, Sunat.

Klinik Bandar Puteri Klang.

BARAKAH HEALTHCARE & SERVICES SDN BHD (763313-P) (200701005314) Masa Rawatan Poliklinik Barakah:

Isnin - Jumaat. 9 Pagi - 10 Malam

Sabtu, Ahad & 9 Pagi - 1 Petang
Cuti Umum

Bacaan kualiti udara setakat pagi ini masih mencatatkan bacaan kurang sihat bagi penduduk Johan Setia. Sehubungan itu la...
02/09/2026

Bacaan kualiti udara setakat pagi ini masih mencatatkan bacaan kurang sihat bagi penduduk Johan Setia.

Sehubungan itu langkah pencegahan harus di ambil dan segera berjumpa doktor jika simptom berikut menjadi lebih parah.

- Mata dan Hidung: Mata menjadi pedih, berair, hidung berair, dan kerap bersin.
- Tekak dan Saluran Pernafasan: Tekak terasa gatal, batuk-batuk, serta sukar bernafas atau sesak nafas

Keadaan ini juga memburukkan lagi pesakit kronik seperti asma, bronkitis, sakit jantung, dan alahan kulit.

📍 Nak tahu tahap kesihatan anda? Dapatkan pemeriksaan kesihatan dan nasihat doktor di Poliklinik Barakah.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
☎ 03-51661622

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 202631 Ogos kita mengenang sejarah perjuangan dan kemerdekaan tanah air. Sempena sambu...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026

31 Ogos kita mengenang sejarah perjuangan dan kemerdekaan tanah air.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Poliklinik Barakah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyahut seruan:

JOM SIHAT UNTUK MALAYSIA ❤️🤍💙💛

🇲🇾 Mulakan dengan langkah kecil:

🚭 Merdeka daripada rokok dan v**e
🥤 Kurangkan pengambilan gula
🥗 Pilih makanan yang lebih sihat
🏃‍♂️ Aktifkan tubuh dengan bersukan dan bersenam
🩺 Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Menjaga kesihatan diri bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga, masyarakat dan negara.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan!

Terima kasih atas sokongan anda! Maklumbalas anda memberi semangat dan inspirasi buat kami untuk terus berkhidmat. Semog...
28/08/2026

Terima kasih atas sokongan anda! Maklumbalas anda memberi semangat dan inspirasi buat kami untuk terus berkhidmat. Semoga korang terus sihat!

Pemakluman Notis Cuti Poliklinik Barakah.Klinik akan bercuti pada Isnin, 31 Ogos 2026 sempena Hari Kemerdekaan dan Selas...
28/08/2026

Pemakluman Notis Cuti Poliklinik Barakah.

Klinik akan bercuti pada Isnin, 31 Ogos 2026 sempena Hari Kemerdekaan dan Selasa, 1 September 2026 sempena Cuti Peristiwa Selangor.

Selamat bercuti, dan ayuh sihat untuk Malaysia!

🏆 TAHNIAH KONTINJEN SELANGOR! 🏆Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan sebaga...
28/08/2026

🏆 TAHNIAH KONTINJEN SELANGOR! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara SUKMA 2026! 🎉🥇

Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang, disiplin, pengorbanan dan kerja keras para atlet, jurulatih serta seluruh pasukan yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Selangor dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus aktif, sihat dan berani mengejar impian.

🥇 SYABAS DAN TAHNIAH! TERUSKAN KEGEMILANGAN! ❤️💛

🤰💗 DETAILED SCAN: KENALI PERKEMBANGAN SI KECIL DENGAN LEBIH DEKATKehamilan adalah satu perjalanan yang penuh dengan hara...
28/08/2026

🤰💗 DETAILED SCAN: KENALI PERKEMBANGAN SI KECIL DENGAN LEBIH DEKAT

Kehamilan adalah satu perjalanan yang penuh dengan harapan. Setiap ibu pasti mahu mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan dan memastikan semuanya dipantau dengan baik. 👶

Antara perkara yang boleh dinilai, bergantung pada usia kandungan dan keadaan klinikal:

❤️ Struktur dan aktiviti jantung
🧠 Struktur kepala dan otak
🦴 Tulang belakang serta anggota badan
👶 Struktur organ tertentu
📏 Tumbesaran bayi
💧 Kedudukan uri dan jumlah cecair ketuban

📍 Perkhidmatan Detailed Scan tersedia di Poliklinik Barakah.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
☎ 03-51661622

Salam Maulidul Rasul. Tentunya cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Dari ...
25/08/2026

Salam Maulidul Rasul. Tentunya cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.

🤰 BAGAIMANA NAK TAHU BAYI DALAM KANDUNGAN MEMBESAR DENGAN BAIK? 👶💗Bagi ibu hamil, antara persoalan yang sering bermain d...
25/08/2026

🤰 BAGAIMANA NAK TAHU BAYI DALAM KANDUNGAN MEMBESAR DENGAN BAIK? 👶💗

Bagi ibu hamil, antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah:

“Adakah bayi saya sihat?” “Adakah tumbesaran bayi mengikut usia kandungan?” "Keciknya perut"

Salah satu cara doktor menilai keadaan dan perkembangan bayi ialah melalui pemeriksaan antenatal secara berkala, termasuk ultrasound apabila sesuai dan disarankan oleh doktor.

🩺 Melalui pemeriksaan Ultrasound Antenatal, doktor boleh membantu menilai beberapa perkara seperti:

👶 Kehadiran dan kedudukan bayi
❤️ Aktiviti atau denyutan jantung bayi, mengikut usia kandungan dan jenis pemeriksaan
📏 Anggaran tumbesaran dan perkembangan bayi
💧 Keadaan tertentu yang berkaitan dengan kandungan
📅 Usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin, jika bersesuaian

⚠️ Penting untuk diingat, ultrasound ialah salah satu kaedah penilaian dan hasilnya perlu ditafsirkan bersama sejarah kesihatan serta pemeriksaan klinikal oleh pengamal perubatan.

📍 Perkhidmatan Ultrasound Antenatal tersedia di Poliklinik Barakah.
📲 WhatsApp Klinik https://wa.me/60103788440
☎ 03-51661622

Address

11, Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri
Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+601113133176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Barakah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Barakah Klang:

Shortcuts

Share