Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA

Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA Menyediakan rawatan komplimentari dengan menggunakan ayat ruqyah dan bahan semulajadi. Rawatan peny

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・*GUNAKAN ...
03/05/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・༄˖°.🍂.ೃ࿔*:・
*GUNAKAN CERMIN, BUKAN TEROPONG*

🪷Sahabat-ku, mari kita belajar memperbaiki dan mengkritik diri sendiri, kerana memperbaiki dan mengkritik orang lain itu tidak perlu belajar

❣️Gunakan cermin untuk melihat kekurangan diri, jerawat kecil di wajah kita sangat diperhatikan. Jangan gunakan teropong untuk melihat kesalahan kecil orang lain

❣️Perhatikan perkataan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

يبصر أحدكم القذاة في أعين أخيه، وينسى الجذل- أو الجذع – في عين نفسه

“Salah seorang dari kalian dapat melihat kotoran kecil di mata saudaranya tetapi dia lupa akan kayu besar yang ada di matanya.”
(Adabul Mufrad no. 592, shahih)

♦️Jika semua orang salah di mata, beerti ada yang perlu diperbaiki pada hati. Kerana sifat ini membuatnya tidak akan mempunyai sahabat dan tidak akan merasakan nikmatnya persahabatan

💟Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata,

ﻣﻦ ﻃﻠﺐ ﺃﺧﺎ ﺑﻼ ﻋﻴﺐ، ﺻﺎﺭ ﺑﻼ ﺃﺥ

“Barangsiapa mencari teman yang tidak memiliki aib, sungguh ia akan hidup sendiri tanpa teman.”
(Sya’bul Iman no. 7887)

♦️Seseorang tidak boleh sudah merasa diri baik karena kalau sudah merasa baik sukar untuk diperbaiki dan memperbaiki.

❣️Inilah hakikat dari tawaadhu’ selalu merasa diri belum baik dan merasa orang lain lebih baik dari dirinya

💟Abdullah Al Muzani rahimahullah berkata,

إن عرض لك إبليس بأن لك فضلاً على أحد من أهل الإسلام فانظر، فإن كان أكبر منك فقل قد سبقني هذا بالإيمان والعمل الصالح فهو خير مني، وإن كان أصغر منك فقل قد سبقت هذا بالمعاصي والذنوب واستوجبت العقوبة فهو خير مني، فإنك لا ترى أحداً من أهل الإسلام إلا أكبر منك أو أصغر منك.

“Jika iblis memberikan was-was kepadamu bahwa engkau lebih mulia dari muslim lainnya, maka perhatikanlah. Jika ada orang lain yang lebih tua darimu, maka seharusnya engkau katakan, “Orang tersebut telah lebih dahulu beriman dan beramal sholih dariku, maka ia lebih baik dariku.” Jika ada orang lainnya yang lebih muda darimu, maka seharusnya engkau katakan,

“Aku telah lebih dulu bermaksiat dan berlumuran dosa serta lebih pantas mendapatkan siksa dibanding dirinya, maka ia sebenarnya lebih baik dariku.”

♦️Demikianlah sikap yang seharusnya engkau perhatikan ketika engkau melihat yang lebih tua atau yang lebih muda darimu.”
[Hilyatul Awliya’ 2/226]

♦️Dengan merasa tidak lebih baik/mulia dari orang lain, seorang yang tawaadhu’ akan berusaha:

🔸1. Memuliakan orang lain kerana menganggap orang lain lebih baik serta ia tidak mudah meremehkan orang lain. Sikap ini akan memudahkan ia berinteraksi dan melahirkan ahklak yang mulia.

🔸2. Berusaha terus memperbaiki dirinya dan meningkatkan kualitas diri karena ia merasa ada yang perlu ditingkatkan.

💟✍🏻 Penyusun dr Rahanul Bahraen

🤲 Semoga Bermanfaat

🍂" بِسْــــــــــــــــــــــم اللّهِاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰـهِ وَبَرَكاتُهُ‎🩷 "Hukum Orang Yang Mengaku...
02/05/2026

🍂" بِسْــــــــــــــــــــــم اللّهِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰـهِ وَبَرَكاتُهُ‎

🩷 "Hukum Orang Yang Mengaku Mengetahui Yang Ghaib

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ

Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya :
Apa hukum orang yang mengaku mengetahui yang ghaib ?

Jawaban
Hukum orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib adalah kafir, karena ia mendustakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia berfirman.

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

“Katakanlah : “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah”, dan mereka tidak engetahui bila mereka akan dibangkitkan” [an-Naml/27 : 65]

Allah memerintahkan kepada NabiNya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memberitahukan kepada manusia bahwa tidak ada seorangpun di bumi maupun di langit yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib, maka ia telah mendustakan Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang khabar ini.

Kita tanyakan kepada mereka : Bagaimana mungkin kalian mengetahui yang ghaib, sedangkan Nabi saja tidak mengetahui ?
Apakah kalian lebih mulia daripada Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam ?

Jika mereka menjawab : “Kami lebih mulia daripada Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka mereka telah kafir karena ucapan itu.

Jika mereka mengatakan : Bahwa Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih mulia, maka kami katakan : Kenapa Rasul tidak mengetahui yang ghaib, sedangkan kalian mengetahui ?
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا﴿٢٦﴾إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

“(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridahiNya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan belakangnya” [al-Jin/ : 26-27]

Ini adalah ayat kedua yang menunjukkan atas kafirnya orang yang mengetahui ilmu ghaib.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan NabiNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengabarkan kepada manusia dengan firmanNya.

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ

“Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (p**a) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (p**a) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku” [al-An’am/6 : 50]

[Disalin dari kitab Majmu Fatawa Arkanil Islam, edisi Indonesia Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Terbitan Pustaka Arafah]

Jom berikhtiar dengan kaedah yang syarie dan berdaftar penuh dibawah Tradisional and Complimentary Medicine Kementerian ...
30/04/2026

Jom berikhtiar dengan kaedah yang syarie dan berdaftar penuh dibawah Tradisional and Complimentary Medicine Kementerian Kesihatan Malaysia...

Ibu Duit, Tangkal dan AzimatAlhamdulillah, segala puji bagi Allah.. beberapa siri  kuliah dan tazkirah di sekitar Klang ...
17/03/2026

Ibu Duit, Tangkal dan Azimat

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. beberapa siri kuliah dan tazkirah di sekitar Klang dan Shah Alam dengan izin Allah telah memberi impak kepada masyarakat awam terutamanya kefahaman dari sudut akidah.

Tangkal dan azimat ini diserahkan untuk tujuan pelupusan dan pembatalan amalan amalan sihir yang masih diamalkan. Perkara menarik yang dimaklumkan oleh pengamal ilmu ini bahawa.. untuk membuat penulisan rajah atau wafaq ini perlu dibuat KETIKA KHUTBAH JUMAAT DIBACAKAN. Pengamal akan menulis rajah rajah dan tulisan ini sepanjang khatib memberi khutbah!!

Saudara saudara ku!!!

Amalan seperti ini merupakan satu amalan yang bercanggah dengan syariat Islam, malah boleh merosakkan aqidah.

Nabi s.a.w bersabda

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ

Maksudnya: “Jika kamu berkata kepada Rasulullah sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”. (Riwayat al-Bukhari)

Syaitan telah membisik dan merangkap pengamal supaya mengamalkan perkara yang bertentangan dengan apa yang Nabi s.a.w sarankan.

Tangkal dan Azimat boleh menyebabkan seseorang itu jatuh syirik kepada Allah s.w.t sepertimana sabda Nabi s.a.w.

Daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

Riwayat Imam Ahmad (3615), Abu Daud (3883)
dan Ibnu Majah (3530)

Dan banyak lagi hadis hadis Nabi s.a.w yang melarang penggunaan tangkal dan azimat.

Yang paling menarik, sekeping duit kertas Saudi bernilai 1 riyal, telah dituliskan rajah dan jampi tertentu untuk tujuan IBU DUIT.. Tetapi orang yang menyimpan duit sedang dilanda masalah kewangan yang begitu teruk.. Benarlah sabda Nabi s.a.w

‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya dari tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”
Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20090)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan sebagai iktibar.

Salam Penghujung Ramadhan.

Muhammed Nor Hezri Baharudin
Terapi Islam Ibnu Katsir
27 Ramadhan 1447H, 17/3/2026

Bengkel Pengubatan Islam "BADI DAN GANGGUAN KANAK KANAKAlhamdulillah, telah berlangsung bengkel Pengubatan Islam sempena...
10/03/2026

Bengkel Pengubatan Islam
"BADI DAN GANGGUAN KANAK KANAK

Alhamdulillah, telah berlangsung bengkel Pengubatan Islam sempena Ihya Ramadhan dan Nuzul Quran anjuran Terapi Islam Ibnu Katsir bersama Maahad Tahfiz Ibnu Katsir pada 8/3/2026 bersamaan 17 Ramadhan 2026.

Bengkel ini mendedahkan secara ilmiah tentang kepercayaan BADI serta pandangannya dari perspektif Islam. Kaedah rawatan dan pencegahan juga dikongsikan sebagai tambahan ilmu buat peserta.

Gangguan kanak-kanak merupakan antara kes tertinggi di pusat pusat rawatan Islam. Perkongsian mengenai masalah ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta bagi mengenalpasti jenis gangguan, kaedah rawatan dan pencegahannya.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Syazwan , Ustaz Hafizul Iman, Anak anak Maahad Tahfiz Ibnu Katsir serta semua peserta diatas sokongan yang diberikan.

InshaAllah kita berjumpa di Bengkel akan datang bersempena Ulang Tahun ke 10 Tauliah saya.. sama sama kita tunggu! InshaAllah.

Jazakumullahu Khairan Kathira

Ikhlas. Istiqamah. Tawaduk

Muhammed Nor Hezri Baharudin
Terapi Islam Ibnu Katsir
9 Mac 2026

Bengkel Pengubatan Islam "HISTERIA DAN KERASUKAN"Alhamdulillah, selesai program bengkel anjuran bersama Masjid Setia Ala...
15/02/2026

Bengkel Pengubatan Islam
"HISTERIA DAN KERASUKAN"

Alhamdulillah, selesai program bengkel anjuran bersama Masjid Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam berfokus kepada Kaedah Rawatan Dan Pemulihan Histeria dan Kerasukan.

Lebih 80 orang peserta terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk pakar Psikiatri Hospital bersama dalam program ini.

Terima kasih buat semua terutama pihak Masjid Setia Alam .Ustaz Syazwan Rosli, Ustaz Syumul Islam, pelajar Maahad Tahfiz Ibnu Katsir.. menjadi pemudah cara dan membantu menjayakan program ini dari awal hingga ke akhirnya.

Antara yang menarik didalam bengkel ini, adalah penekanan pada SOP dan teknik mengawal Histeria dan kerasukan. Perbezaan antara kerasukan dan Histeria serta sesi soal-jawab yang santai..

Alhamdulillah..semoga bermanfaat buat ummah.. setidaknya anda dapat membantu jika dalam kecemasan. TAHNIAH BUAT SEMUA .

Jazakumullahu Khairan

Muhammed NorHezri Bin Baharudin
Terapi Islam Ibnu Katsir

DOA KETIKA KESUSAHAN/KESEDIHAN/UJIAN YANG BERATوَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَل...
11/11/2025

DOA KETIKA KESUSAHAN/KESEDIHAN/UJIAN YANG BERAT

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَقُوْلُ عِنْدَ الكَرْبِ : (( لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيمُ الحَليمُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ ، لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ، وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ ))
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah S.A.W ketika mengalami kesulitan, beliau mengucapkan:

[Artinya: Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung dan Maha Santun. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, Rabb yang menguasai ‘arsy, yang Maha Agung. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah – (Dia) Rabb yang menguasai langit, (Dia) Rabb yang menguasai bumi, dan (Dia) Rabb yang menguasai ‘arsy, lagi Mahamulia]. (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 6346 dan Muslim, no. 2730]

Jom amalkan..

Anda perlukan konsultansi Ruqyah Syari'yyah?"TERSALAH MEMBAWA PADAH"Alhamdulillah Perawatan Ruqyah kini diiktiraf oleh k...
07/05/2024

Anda perlukan konsultansi Ruqyah Syari'yyah?

"TERSALAH MEMBAWA PADAH"

Alhamdulillah Perawatan Ruqyah kini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui

✅SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

✅ TAULIAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

✅TCM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jom ke TIIBKA...JANGAN PUTUS ASA.. TERUSKAN IKHTIAR...

KURSUS RAWATAN PENGUBATAN RUQYAH SYAR'IYYAH............................................................................M...
15/10/2023

KURSUS RAWATAN PENGUBATAN RUQYAH SYAR'IYYAH
............................................................................
MODUL
✅ KAEDAH MERAWAT PENYAKIT FIZIKAL
-DEMAM PANAS
-PENYAKIT KULIT
-BATUK
-PENYAKIT DI DALAM PERUT

✅KAEDAH MERAWAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS/JIN
- SIHIR
- SAKA
- ASYIK
- AIN & HASAD

✅AMALAN AMPUH BENTENG PERTAHANAN DIRI BERDASAR SUNNAH YANG SHAHIH

✅ MENYINGKAP RAHSIA KELEMAHAN JIN DAN PELEBUR SIHIR

✅ PENGENALAN PENYAKIT FIZIKAL DAN RAWATAN ALOPATI DARI DOKTOR PERUBATAN BERTAULIAH
.....................................................................
KELEBIHAN KURSUS

❇️12 KALI PERTEMUAN
❇️ RUANG KELAS YANG KONDUSIF DAN SELESA
❇️ PENYAMPAI BERTAULIAH DARI MAJLIS AGAMA ISLAM ( PERUBATAN ISLAM)
❇️ PRAKTIKAL RAWATAN INTENSIF DI PUSAT RAWATAN
❇️SIJIL FIZIKAL TAMAT KURSUS

KELAS BERMULA JANUARI 2024

WHATSAPP
017-360 3013 UNTUK PENDAFTARAN

‼️‼️TERHAD HANYA KEPADA 30 ORANG PESERTA SAHAJA, DAFTAR SEGERA!

Alhamdulillah...Kuliah Dhuha bersama muslimat Masjid Nurul Jannah Jalan Jabar Meru..Kuliah berkisar Mengapa Muslimat ser...
09/07/2023

Alhamdulillah...

Kuliah Dhuha bersama muslimat Masjid Nurul Jannah Jalan Jabar Meru..

Kuliah berkisar Mengapa Muslimat sering di ganggu makhluk halus.. Bagaimana membina perisai dari gangguannya...

Bonus.. Teknik dah kaedah rawatan untuk diri sendiri serta keluarga..

Pengijazahan 7 Rangkaian Ayat Ruqyah yang sangat ampuh dan bermanfaat sebagai ikhtiar rawatan Bi Iznillah..

Anda berminat untuk program seperti ini...
Boleh hubungi
0173603013
Muhammed NorHezri Baharudin
Founder Terapi Islam Ibnu Katsir

Address

LOT 2455B, Jalan TELUK KAPAS, KAMPUNG RANTAU PANJANG
Klang
42100

Telephone

0173603013

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Islam Ibnu Katsir - TIIBKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share