05/06/2026
Dulu masa baru mula bekam…
cup cukup-cukup je.
Satu customer datang… kena basuh dulu baru sambung customer lain.
Kadang tengah busy… terus kelam-kabut cari cup yang masih bersih.
Tapi bila makin lama buat rawatan…
baru faham kenapa ramai perawat lama simpan cup banyak.
Bukan untuk nampak hebat.
Tapi sebab kerja jadi lebih lancar.
Bila cup banyak:
✔ lebih mudah asingkan saiz
✔ senang urus customer ramai
✔ cepat tukar cup masa rawatan
✔ lebih teratur untuk SOP kebersihan
Especially kalau buat:
— bekam belakang penuh
— bekam s**an
— bekam satu badan
— rawatan ramai customer sehari
Memang terasa bezanya.
Ada perawat dulu mula dengan 12 cup saja.
Hari ini rak penuh cup pelbagai saiz.
Sebab bila dah selalu buat rawatan…
kita sendiri akan faham:
“Eh… cup memang tak pernah cukup rupanya.”
Dan satu benda lagi…
Customer pun lebih yakin bila tengok setup rawatan tersusun dan lengkap.
Kadang sebelum customer tanya skill kita pun…
mereka dah tengok dulu cara kita jaga peralatan.
Sebab dalam dunia rawatan,
alat bukan sekadar alat.
Ia melambangkan tahap kesediaan dan kesungguhan seorang perawat.